TERJEMAHAN SURAH AL KAUTSAR
(KEBAIKAN YANG BANYAK)
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
1.Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu
(wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan
di akhirat)
2.Oleh itu , kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu
semata-mata dan sembelilah korban (sebagai syukur)
3.Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, dialah yang
terputus (dari mendapat sebarang perkara yang dingininya)
Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat dan
diturunkan di makkah dan bermaksud sungai di surga.
Surah Al Kautsar bererti kebaikan yang banyak dan
merupakan surah yang ke 108 di dalam Al Quran.
Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan
indah dan cantik. Rasanya lebih manis daripada madu,
warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi
daripada kasturi.
Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi
Muhammad s.a.w kerana diturunkan ketika baginda
bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak
lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.
Berbagai khasiat terkandung di dalam surah ini boleh
di amalkan:
♥Barang siapa membaca pasa waktu malam sebanyak
1000 kali surah al Kautsar nescaya akan mimpi bertemu
Rasulullah SAW.
♥baca surah ini 100x ketika hujan turun dan berdoa,
mudah-mudahan Allah s.w.t memakbulkan doa dan hajat kita.
♥jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan
gosokan di leher, insya Allah hilang dahaga
♥jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bengkak...
sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini
sebanyak 10x pada mata.
♥jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x
mudah-mudahan Allah s.w.t bagi ilham kepada kita dimana
letaknya sihir itu
♥jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah dan
dibuka dengan pelbagai kebaikan
♥jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut
dan khusyuk ketika menunaikan solat
♥jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya
sebanyak 71x, Allah s.w.t akan memberikan bantuan
kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi
♥baca surah ini setiap hari 7 x pada mata air akan menjadi
besar sumbernya
♥baca surah ini 300x pada tempat sunyi dengan niat
mendapat kemenangan terhadap musuh, maka Allah swt
membelanya
Rasulullah bersabda, "Barang siapa menyampaikan (1) satu
ilmu saja dan ada orang yang mengamalkan, maka walaupun
yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia) dia akan
tetap memperoleh pahala.
0 komen:
Post a Comment