Apa itu SCRUB ?
Mengikut istilah kamus, antara maksud SCRUB ialah
Scrubbing atau mengosok
Kini di pasaran terdapat bermacam-macam produk
scrubbing yang punyai pelbagai khasiat tersendiri
tetapi secara kasarnya semua ini punyai hanya satu
matlamat sama iaitu untuk memberi kulit yang di 'scrub'
( terutama bahagian wajah ) menjadi bersih, berasa
licin, gebu serta membantu langkah2 awal untuk menjauhi
masaalah2 kulit yang tidak di ingini.
Kita tidak perlu membelanjakan wang yang banyak
di kedai2 runcit dan juga di pasaraya2 untuk membeli
produk2 scrub moden sebab kini produk2 tradisional juga
mampu digunakan sebagai bahan scrub dan mampu memberi
kesan yang sama termasuklah penggunaan BEDAK MUNTAH
BELUT.
Scrubbing tidak perlu dilakukan lama cuma hanya dalam
beberapa minit saja untuk sekali. Terpulang lah samada untuk
membuat scrubbing hari2 atau sekali saja dalam seminggu.
Dengan scrubbing atau mengosok perlahan-lahan , ia nya
memberi kesan kepada kulit hingga terkelupasnya sel2 kulit
yang sudah mati. Memang menyeronokkan dengan melakukan
scrubbing kepada kulit terutama bahagian wajah, ianya membantu
untuk membersihkan, melembutkan serta melembapkan kulit.
Disini saya kongsikan cara scrubbing menggunakan BEDAK
MUNTAH BELUT :
1. Bedak Muntah Belut adalah berbentuk sebiji-sebiji.
( Nota : Kini Bedak Muntah Belut juga ada dalam bentuk
serbuk atau powder yang boleh digunakan untuk
tujuan sama seperti sebiji Bedak Muntah belut )
2. Ambil sebiji Bedak Muntah Belut dan pecah-pecahkan
menjadi pecahan kecil.
3. Ambil pecahan kecil yang diperlukan dan larutkan dalam
air mineral atau air zam zam atau air gamat ( sebab air2 ini
tidak punyai kandungan klorin ). Kurangkan guna air paip
biasa sebab air jenis ini punyai kandungan klorin yang
tinggi yang berkemungkinan tidak sesuai untuk sesetengah
kulit.
4. Ambil larutan bedak itu dan sapukan ke bahagian kulit
yang perlu di 'scrub'.
5. Kemudian scrub atau gosok perlahan-lahan secara
bulatan dibahagian kulit yang sudah di sapu larutan
bedak muntah belut itu.
6. Jika rasa kurang larutan bedak di bahagian itu, ambil
dan tambah.
7. Setelah selesai scrubbing, jangan dibasuhkan dulu
dan biarkan ianya menjadi kering dan bahagian kulit
akan terasa tegang.
8. Seelok2nya buat scrubbing ini pada sebelah malam
sebelum tidur supaya larutan bedak di bahagian kulit
ini boleh dibiarkan semalaman. Bila bangun keesokkan
paginya, baru basuh dengan air bersih.
9. Boleh juga dibuat scrubbing mengguna bedak ni di waktu2
lain ( bila ada masa terluang dan berada di rumah ). Juga
biarkan larutan bedak ni seketika sebelum di basuh bahagian
kulit itu.
Inysallah andai dilakukan sekerap yang boleh, kita kan terasa
kelainan pada bahagian kulit itu seperti rasa kulit licin dan
gebu selain rasa kulit bersih.
Pengelupasan kulit dengan kerap adalah bahagian yang penting
dalam penjagaan kulit terutama bahagian wajah. Ini juga
membantu membuang kulit mati dan membersihkan liang-liang
kulit yang mendalam. Ia juga membantu menyingkirkan kekotoran.
Menyental amat berguna untuk menjaga kulit wajah bebas jerawat.
Dengan melakukan scrubbing, kita juga boleh mendapatkan
kulit yang segar. Bagaimanapun perlu ingat, jangan scrub atau
mengosok dengan keras kerana ini akan berkemungkinan merosakkan
kulit pula. Buat secara perlahan-lahan dan sekerap yang boleh
insyallah lama kelamaan kulit kita akan kelihatan bersih dan cantik.
Cuba lah ye....
0 komen:
Post a Comment