BOLEH PESAN BEDAK2 SEJUK BERAS TITIK , BEDAK2 SEJUK MUNTAH BELUT , BEDAK SEJUK BENANG SILA DISINI - CARA BORONG PUN BOLEH...BELI SIKIT2 PUN OK. BOLEH JUGA BUAT PESANAN AIR GAMAT, BEDAK PENAWAR, BAM ,MINYAK GAMAT, MINYAK URUT PANAS,...

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

Tima kasih sudi jadi sahabat :D

Saturday, September 7, 2013

MALAIKAT MAUT MENCABUT NYAWA MANUSIA TIDAK KIRA MASA..

Bila Allah s.w.t hendak ambil nyawa kita, dia 
boleh ambil tanpa kira waktu melalui malaikat
mautNya bernama Izrail

Selalukan bertaubat dan bertakwa kepada Allah s.w.t
dan jagalah keselamatan diri serta keluarga.



Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: 

“Setiap yang hidup akan merasai mati, dan Kami
menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan

sebagai cubaan; dan kepada Kamilah
kamu akan kembali.” (Surah al-Anbiyak ayat 35)

Tahukah kita bahawa malaikat maut sentiasa

merenung serta melihat wajah seseorang itu 70 kali
dalam sehari? Andainya manusia sedar hakikat itu,
nescaya mereka tidak lalai mengingati mati.

Oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib,

manusia tidak dapat melihat kehadirannya, sebab itu
manusia tidak menyedari apa yang dilakukan malaikat
Izrail.

Hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin

Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang
bermaksud: “Bahawa malaikat maut memerhati wajah
manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail
datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada
yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail: ‘Alangkah hairannya
aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah untuk
mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok

dan bergelak ketawa.’”

Justeru, tidak hairanlah, jika ramai manusia yang masih

mampu lagi bergelak sakan dan bersenang-lenang seolah
mereka tiada masalah yang perlu difikirkan dalam hidup.

Takdirnya esok hari terakhir Allah ‘pinjamkan’ nyawa

kepada kita untuk bernafas di muka bumi ini adakah kita
sudah cukup bekalan bagi menghadapi dua fasa
berikutnya iaitu alam barzakh dan alam akhirat?




Tiada seorang pun di dunia ini dapat menggambarkan

bagaimana perasaan dan pengalaman mereka menghadapi
saat kematian.

Ajal tidak mengenal sesiapa sama ada mereka itu tua,

muda, sihat, kaya atau miskin.

Rasulullah s.a.w juga menjelaskan dalam hadisnya bahawa

kesakitan ketika hampir mati itu seperti ditetak 100 kali
dengan pedang tajam atau seperti dikoyak kulitnya dari
daging ketika hidup-hidup.

Bayangkanlah betapa sakit dan dahsyatnya saat

menghadapi kematian.

Kalau hendak diikutkan siapa yang hendak nyawanya

dicabut dalam keadaan yang amat menyeksakan.

Maka amat beruntunglah sesiapa yang matinya dalam

keadaan khusnul khatimah (kebajikan).

Salman Al-Farisi meriwayatkan hadis Nabi s.a.w yang

bermaksud: “Perhatikanlah tiga perkara kepada orang
yang sudah hampir mati itu. Pertama: berpeluh pada
pelipis pipinya; kedua: berlinang air matanya dan

ketiga: lubang hidungnya kembang kempis.

“Manakala jika ia mengeruh seperti tercekik, air mukanya

nampak gelap dan keruh dan mulutnya berbuih, menandakan
azab Allah sedang menimpa dia.”
(Hadis riwayat Abdullah, al-Hakim dan at-Tarmizi)

Kematian ‘menjemput’ manusia secara perlahan-lahan atau

beransur-ansur mulai daripada jasad, hujung kaki kemudian
ke paha.

Bagi orang kafir pula, apabila nyawanya hendak dicabut

Izrail, wajahnya akan menjadi gelap dan keruh dan dia
mengeruh seperti binatang yang disembelih.

Itu pula tanda azab yang diterimanya disebabkan dosa

dan kekufuran mereka.

Al-Qamah bin Abdullah meriwayatkan hadis

Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Bahawa roh orang mukmin akan ditarik oleh Izrail dari

jasadnya dengan perlahan-lahan dan bersopan sementara
roh orang kafir pula akan direntap dengan kasar oleh
malaikat maut bagaikan mencabut nyawa seekor khimar.”

Allah juga turut menimpakan seorang Muslim yang

berdosa itu dengan kekasaran ketika mereka
menghembuskan nafasnya yang terakhir sebagai
kaffarah dosanya.

Mungkin ada juga orang kafir yang mati dalam ketenangan

mungkin kerana ketika hidupnya dia berbuat kebajikan dan
itu adalah balasan terhadapnya kerana setiap kebajikan
pasti akan dibalas.

Tetapi kerana tidak beriman, ia tidak menjadi pahala

kebajikan dan kekufurannya tetap diazab pada hari akhirat
kelak.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Apabila

telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah
satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil
dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui
kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut.

“Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain

masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan
kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan
malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut
hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.

“Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat

masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai
ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak
orang itu.”

Malaikat Izrail menjalankan arahan Allah s.w.t dengan

sempurna. Dia tidak diutuskan hanya untuk mencabut
roh orang sakit saja ataupun roh orang yang mendapat
kecelakaan dan malapetaka.

Kematian mungkin berlaku kerana sebab bencana seperti

gempa bumi, banjir, kebakaran dan ada juga yang matinya
disebabkan kemalangan, diserang penyakit berbahaya
seperti kanser, jantung, Aids, denggi dan taun.

Seorang yang sedang sakit tenat, menjadi rahmat yang

tinggi nilainya kerana Allah masih memberi peluang
supaya mereka sedar akan kesilapan yang mereka lakukan
selama hidup di dunia.

Maka waktu itu mereka masih berpeluang bertaubat dari

dosa dan kesilapan. Begitu juga halnya dengan orang mati
mengejut disebabkan kemalangan.

Ia memberi pengajaran dan peringatan kepada mereka

yang masih hidup supaya berhati-hati dan tidak lalai
berusaha untuk memperbaiki diri.

Justeru, bagi mereka yang masih diberikan nikmat

kehidupan perlu sentiasa mengambil iktibar terhadap
segala yang berlaku.

Allah menjadikan sebab kematian itu bagi memenuhi

janji-Nya kepada malaikat maut.

Saidina Abbas meriwayatkan dalam sebuah hadis antara

lain menerangkan malaikat Izrail berasa sedih apabila
ditugaskan mencabut roh makhluk bernyawa.

Ini kerana antara makhluk bernyawa itu adalah termasuk

manusia yang terdiri daripada kekasih Allah iaitu Rasul,
nabi, wali dan orang soleh.

Malaikat maut mengadu kepada Allah betapa dirinya

tidak disenangi keturunan Adam a.s.

Dia mungkin dicemuh kerana mencabut roh manusia yang

mana menyebabkan orang berduka cita akibat kehilangan
orang tersayang dalam hidup mereka.

Justeru, jika seseorang Muslim itu meninggal dunia,

beberapa langkah penting perlu dilakukan seperti
menempatkan jenazah di tempat yang sesuai sebagai
menghormatinya, sunat meletakkan keadaan kakinya

menghala ke arah kiblat, tanggalkan pakaian berjahit,
tutupkan jenazah dengan sehelai kain nipis ke atas
seluruh jasadnya, rapatkan kedua-dua belah matanya

dan mulutnya, letakkan kedua-dua tangan jenazah di atas
dadanya sebagaimana dalam keadaan qiam (berdiri)
ketika solat, letakkan sesuatu yang sederhana berat
di atas perutnya seperti gunting dan pisau serta sunat
bagi yang hidup mencium jenazah.

Umat Islam dilarang mengaitkan kematian seorang Muslim

itu dengan tanda tertentu.

Itulah yang menyebabkan umat Islam semakin mundur 

kerana terlalu banyak mempercayai perkara khurafat dan tahyul.

Jika ada kematian seperti kemalangan contohnya kita

ditegah untuk bertanya kepada waris apakah perbuatan
ganjil yang dilakukan sebelum kematiannya.

Tiada siapa pun dapat mengelak daripada mati melainkan

Allah dan kematian tetap akan datang tepat pada masanya.

Apabila sampai ajal seseorang, umat Islam digalakkan

memberi nasihat kepada keluarga si mati supaya bertenang
dan banyakkan bersabar.

Islam menegah amalan keterlaluan seperti menjerit dan

meratapi kematian.

Mereka yang masih hidup peluang perlu dimanfaatkan

dengan memperbaiki keadaan diri yang ternyata banyak
melakukan kesilapan dan kesalahan. Tiada daya atau
usaha yang boleh menyelamatkan kita daripada kematian.

Kematian menjadikan hati manusia menjadi sedih serta

berpisah dengan keluarga tercinta. Hanya amalan soleh
saja akan membawa kita bertemu Allah.

0 komen: