Sahabat ditanya oleh Nabi SAW apakah ayat Al-Quran
yang paling tinggi kedudukannya. Mereka terdiam kerana
bagi mereka semua ayat Al-Quran mempunyai kedudukan
yang tinggi. Nabi SAW pun memberitahu bahawa ayat
Al-Kursi mempunyai kedudukan yang paling tinggi antara
kesemuanya.
Ayat ini perlu diamalkan untuk mendekatkan diri dengan
Allah SWT. Syaitan paling tidak suka kepada orang yang
membaca ayat ini. Ketika ayat ini diturunkan, diriwayatkan
bahawa syaitan bertempiaran lari.
Ayat kursi ini boleh merawat penyakit berkaitan akidah
kepada Allah SWT, dan juga menghalang gangguan syaitan,
jin dan iblis. Tapi sebelum diamalkan perlu difahamkan
maknanya dahulu. Allah SWT tidak kirimkan Al-Quran untuk
dibaca semata-mata.
Nabi SAW berkata semulia-mulia surah dalam Al-Quran
ialah Al-Baqarah, dan semulia-mulia ayat dalam surah
Al-Baqarah ialah ayat Al-Kursi. Oleh itu, untuk menjauhkan
gangguan makhluk halus, sebaiknya kita membaca habis
seluruh surah Al-Baqarah. Dikatakan syaitan akan terbakar
jasadnya dengan bacaan surah ini.
1. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila
berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan
dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
2. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir setiap
sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan
Allah SWT hingga sembahyang yang lain.
3. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap
sembahyang, tidak mencegah akan dia daripada masuk
surga, kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika
hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas
rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah di sekitarnya.
4.Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap
sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia
setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan
orang yang benar, pahala nabi-nabi serta Allah melimpahkan
padanya rahmat.
5.Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar
rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat
kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan
mendoakan baginya.
6.Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam
pertama anda menduduki rumah itu sebaiknya anda
membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah anda sekeluarga
terhindar daripada gangguan lahir dan batin.
7.Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk,
insya-Allah akan menyebabkan syaitan dan jin terbakar.
8. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang
Allah SWT akan mengendalikan pengambilan
rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama
Nabi Allah sehingga mati syahid.
9. Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam
kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan
kepadanya.
Dari Abdullah bin 'Amr ra., Rasulullah SAW bersabda,
"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."
1 komen:
mmg amalan terbaik,tq for sharing kak =)
Post a Comment