Amalan Rasulullah S.A.W memakan secubit garam sebelum
dan selepas makan kini dibuktikan oleh sains bahawa tabiat
ini menambahkan keberkesanan perut untuk menghadam
makanan dan menghindarkan perut dari menyerap racun.
Pada zaman Yunani, Tentera Yunani ( askar Greek ) dibayar
gaji menggunakan garam .Begitu juga dengan episod penjajahan
negara kecil oleh negara besar dengan mengenakan hukuman
penjara kepada penentang mereka .
.Apabila dipenjarakan, mereka ( penentang ) akan diberi makanan
seperti roti dan air tanpa garam .Walaupun kerap dihidangkan
dengan roti dan air tanpa garam, badan mereka tetap lemah
memandangkan kurangnya kandungan garam dalam badan.
Dari Abdullah Bin Umar
” Sesungguhnya ALLAH menurunkan empat perkara berkat
( mempunyai kebaikan ) dari langit ( menerusi hujan ) ke bumi
iaitu besi, api ,air dan garam”
Hadis Riwayat Al-Baghawiy dalam tafsirnya .
Dari Anas Bin Malik, nabi bersabda ” Penghulu segala lauk pauk
kamu ialah garam .
Dalam kitab perubatan Islam, untuk penyakit dari laut maka
untuk keluarkannya dari badan/merawatnya dari laut juga iaitu
menggunakan air garam. Antaranya:
1. Penyakit Ghaut – timbus anggota badan atau bahagian yang
bengkak dengan pasir laut ( tepi pantai ) 1 – 2 jam kemudian
mandi air laut.
2. Kalau tinggal di bandar seperti , goreng 1 – 2 genggam garam
kasar sampai kekuningan kemudian demah/tuam di bahagian
yang bengkak atau sakit. Garam itu dibungkus dengan kain.
3. Guna cara yang sama seperti di atas untuk penyakit lenguh-lenguh
sendi, sakit kepala, senggugut. Kalau sakit lelah demah/tuam pada
tapak kaki.
4. Elak mabuk semasa perjalanan dengan meminum madu dan
secubit garam atau air suam dan secubit garam sebelum memulakan
perjalanan
5. Mengembalikan tenaga untuk orang yang bekerja berat seperti
bertani, bersukan dan seumpamanya – minum air suam dan sedikit
garam.
6. Cuci perut : minum air suam dan satu butir garam kasar sebelah pagi.
Petua berdasarkan kajian
Merendam kerang supaya hilang tahinya. Dalam kaedah perubatan
Islam, sesuatu perkara yang buruk diubat dengan asalnya. Kerang
berasal dari laut, dan garam digunakan untuk meneutralkan
keburukannya (tahi).
Mengurang tahap kemasinan ikan masin. Ikan kering yang terlalu
masin boleh dikurangkan kadar kemasinannya dengan merendam
dalam air garam juga.
Merawat cirit-birit. Ia boleh diubati dengan meminum air yang
dicampur sedikit garam.
Garam diguna untuk merawat kegatalan. Air yang dicampur garam
disapukan pada kulit yang gatal.
Menambah imuniti badan akibat perubahan hawa/angin. Hal ini
berlaku di sesetengah tempat di negeri Arab. Misalnya pelajar Malaysia
yang berkunjung ke Arab akan mengalami alahan terhadap
hawa/angin tempat baharu. Air garam diminum sebagai ubatnya.
0 komen:
Post a Comment