Aduh! Semalaman panasnya begitu membara.
Amat merisaukan....
Nak tidur pun tak lena, asyik teringatkan si dia
Si dia pula asyik berpusing-pusing di sebelah
Mungkin sukar untuk tidur lantaran kepanasan
'Nak bawa ke klinik?' tanya sayang'Tak perlulah. Nanti bagi ubat yang dah dibeli tadi'
'Cuba letakkan kain lembab di dahi' sayang beri pandangan'Tak mahu dia.....'
Si dia bangun terus merengek-rengek.
'Kita makan ubat, ya'
Si dia mengangguk, terus bangun dari katil
Lepas makan ubat, barulah lena tidurnya....
Sampai ke pagi dan nampaknya terus baik dari demam
Syukurlah...
Si dia demam masa kecil-kecil dulu. Sekarang si dia dah besar...
1 komen:
tomelnya dia....bulat tul..
Post a Comment