BOLEH PESAN BEDAK2 SEJUK BERAS TITIK , BEDAK2 SEJUK MUNTAH BELUT , BEDAK SEJUK BENANG SILA DISINI - CARA BORONG PUN BOLEH...BELI SIKIT2 PUN OK. BOLEH JUGA BUAT PESANAN AIR GAMAT, BEDAK PENAWAR, BAM ,MINYAK GAMAT, MINYAK URUT PANAS,...

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

Tima kasih sudi jadi sahabat :D

Monday, August 27, 2012

PUASA 6 HARI DI BULAN SYAWAL DAN TEMPEKKAN BEDAK MUNTAH BELUT DI TEMPAT GIGITAN NYAMUK

Hari raya 1 syawal sudah berlalu pergi...
pasti ramai sudah kembali ke tempat masing2
selepas bercuti lama di kampung serta berkumpul
sanak saudara dan keluarga dan pasti juga kini ramai 
sudah pun mula bertugas kembali di tempat kerja
masing2.

Sedih dan rindu kat kampung halaman serta sanak
keluarga pasti ada tapi jangan lah jadikan ni sebagai
alasan pula untuk tidak mahu bertugas semula di tempat
kerja masing2 dengan baik.

Disini, saya ingin ucapkan SELAMAT BERTUGAS SEMULA
KEPADA WARGA KERJA SEMUA dan BERTUGAS LAH
DENGAN BAIK YE.

Tapi apa2 pun kita ni masih di bulan Syawal dan kemeriahan
raya masih terasa dengan adanya rumah terbuka dll.
Dalam minggu ni, saya sekeluarga pun ada hadiri
beberapa rumah terbuka hari raya dan juga kenduri kahwin.
Tapi makan, makan juga....kesihatan kena jaga juga,
jangan lah jadi semput akibat terlebih makan. Risau.....!!
Jadi memang elok lah kita amalkan terus berpuasa untuk
bantu jaga kesihatan diri.

Esok selasa 10 syawal insyallah saya sekeluarga akan
mula berpuasa 6
hari di dalam bulan syawal. Kepada
rakan2 blogger, sesiapa yang larat tu, elok lah juga turut
berpuasa 6 hari di bulan syawal kerana fadilatnya besar
seakan2 berpuasa sepanjang tahun. Cuba la ye...

Lepas syawal ni, teruskan pula berpuasa sekurang2nya
3 hari setiap bulan sehingga tiba ramadhan yang akan
datang. 

Seperti yang saya kongsikan baru2 ni, nabi s.a.w
bersabda , amalkan sentiasa 3 perkara :

1) Sembahyang witir sebelum tidur
2) Solat dhuha sebelum dzohor
3) Teruskan berpuasa 3 hari setiap bulan selain
    bulan ramadhan ( ni puasa sebulan penuh )

Bercerita pula hal gigitan nyamuk. Masa hari raya tu ,
bukan kita saja yang berhari raya TAPI nyamuk pun
turut berhari raya juga dengan mencuri darah kita dengan
gigitan nya tanpa kita sedari .

Kesian anak saudara saya yang umur kurang setahun,
berbekas2 gigitan nyamuk kat bahagian badan nya.
Bukan nya tak cuba untuk elakkan dari terkena gigitan
nyamuk tapi apa pun kita buat, guna spray serangga ke,
pasang kelambu ke, nyala lingkaran ubatan nyamuk ke...
pasti kena juga gigitan nyamuk tu.

Mujur lah ada BEDAK MUNTAH BELUT. 

Boleh lah bantu surutkan tanda2 kemerahan di kulit
anak saudara saya tu akibat gigitan nyamuk tu dengan
tempekkan bedak tu atas bekas gigitan nyamuk tu. 

Kesan dia kan....!!







0 komen: