Dalam beberapa hari terakhir ramadhan ni,
selain meningkatkan ketakwaan kepada
Allah s.w.t dan mencuba untuk mendapatkan
keberkatan malam ramadhan, saya juga agak sibuk
membuat persiapan2 keluarga untuk menyambut hari
raya aidilfitri yang kian menjelang tiba.
Pakaian serta kasut untuk anak2 sudah dibeli kesemuanya
di pasaraya Mydin di Meru Raya, Ipoh. Memang ramai
betul orang membeli belah disitu. Dibuka pukul 8.30 pagi
sehingga 12 malam la ni . La ni...saya dah tak pandang
dah Giant ke, Tesco ke , Aeon ke, Billion ke....cuma la ni
nampak Mydin saja. Bukan apa, pada pandangan
saya barangan jualan di Mydin nampaknya agak pelbagai
dan juga berharga patut .
Saya tak suka pergi ke Giant sebab Giant ni nampaknya
macam kedekut pasang suhu air-con nya. Terasa berkuap2
dan panas bila ada kat dalam bangunannya sebab tu malas
saya sekeluarga nak shopping kat situ. Tesco dan Aeon tu...
ok juga suhu air-con nya...tak kedekut. Tapi Aeon ni, barangan
jualan nya agak mahal. Barangan jualan Tesco pula, boleh la
dikira berharga patut juga macam Mydin sebab kedua2 pasaraya
Mydin dan Tesco ni bukan saja pasaraya biasa tetapi juga pasaraya
borong sebab tu harga nya berpatutan.
Bukannya saya ni nak promosi pasaraya Mydin tetapi itu yang saya
sekeluarga rasa dalam perbandingan membeli belah di pasaraya2
ini.
Kos belanja keluarga mesti dijimatkan sebaik boleh.
Meru Raya, Ipoh
Seronok nya jika saya punyai gedung macam Mydin.
Kaya Raya...!!
Tapi takpe la..saya bersyukur juga kerana punyai
syarikat jualan sendiri....Nuralya Enterprise yang
diusahakan bersama2 dengan suami menjual
produk2 rawatan tradisional macam Bedak Muntah
Belut, Bedak Benang Sila, Bedak Sejuk biasa dan Bedak
Sejuk Alor vera , Air gamat dll..
Oh ye...saya sudah tambah satu lagi produk jualan
dalam senarai jualan syarikat saya iaitu Sabun Susu Beras.
Sabun Susu Beras ni sebenarnya bukanlah produk baru
di pasaran. Sudah bertahun2 digunakan oleh ramai tapi
bagi diri saya, sebelum saya menjual sesuatu produk tu,
saya biasanya akan mencubanya dulu untuk pastikan
keberkesanan produk tu sendiri seperti saya sudah mencuba
bedak muntah belut, bedak benang Sila , air gamat dan lain2
produk jualan saya.
Jika kita buat kajian mengenai Sabun Susu Beras ni,
macam2 khasiat sabun ni disebutkan antaranya :
- bantu hilangkan kotoran serta daki di kulit
- bantu hilangkan kesan2 hitam di bawah ketiak, celah2
paha, siku
- bantu kurangkan kesan minyak dan sel mati pada kulit
- bantu atasi masaalah bau badan
- memudarkan dan menghilangkan parut dengan penggunaan
yang berterusan
- dan macam2 lagi khasiatnya
Saya tak berani nak katakan sabun ni berkesan untuk
semua khasiat2 yang disebut di atas TETAPI apa yang saya
pasti setelah menggunakannya, saya memang terasa tiga
perkara iaitu...
- bahagian kulit kasar dihilangkan secara ansur2
- bantu kurangkan bau2an yang kurang menyenangkan
pada badan
- Daki serta kesan2 hitam di tempat2 tertentu di kulit badan
dapat di kurangkan secara ansur2
Bila mandi menggunakan Sabun Susu Beras ni, memang
berbuih2. Baunya pula adalah dari wangi beras tu sendiri.
Tak de rasa gatal2 bila menggunakannya.
Jadi setakat ni, saya akan meneruskan mengamal guna
Sabun Susu Beras ni bila mandi dan saya mmg galakan sesiapa
yang ingin mencubanya, untuk alami apa yang saya sudah
alami.
Oleh itu, jika ada sesiapa yang ingin jimatkan masa, tak
nak susah2 keluar mencari Sabun Susu Beras ni tapi
ingin sabun ni diposkan terus ke premis sendiri, boleh
lah dapatkan dari saya....jika sudi.
Kos termasuk kos pos laju serta bekas sabun untuk sebiji
Sabun Susu Beras :
Semenanjung Malaysia - RM15
Sabah / Sarawak - RM20
Jadi sudi la membuat pesanan....
1 komen:
ooo berniaga susu beras gak :)
Post a Comment