Secara asas nya, bila kita alami masaalah jerawat,
kita akan anggap masaalah jerawat ini sama saja
dan juga beranggapan masaalah jerawat ini dapat
di sembuhkan dengan cepat tanpa memahami
bagaimana ia nya boleh terjadi dan betapa serius nya
sesuatu masaalah jerawat tu.
Pada asas nya, masaalah timbul nya jerawat ini
memang bersangkut paut rapat dengan cara kehidupan
yang kita lalui antaranya dari segi :
- pengambilan makanan / diet yang tidak sesuai
( contohnya pengambilan banyak makanan berminyak
dan jarang minum air masak / bertapis..)
- kurang jaga kesihatan diri terutama pada bahagian kulit
( contohnya kerap berjemur di bawah terik matahari,
jarang mencuci kulit dengan sabun pencuci kulit yang
sesuai terutama bahagian muka, suka menggaru dan
mengopek kulit bila rasa gatal2 dan juga bila ada
bintik2 kecil yang timbul pada kulit..)
- penggunaan ubatan / krim untuk kulit yang tidak sesuai
( contohnya guna ubatan / krim berkimia atau tidak berkimia
yang tidak sesuai dengan kulit ...)
- terdedah pada kawasan persekitaran tempat kerja
( contohnya alergik pada suhu sejuk alat hawa dingin dan
debu2 di pejabat )
- terdedah pada kawasan persekitaran rumah
( contohnya debu2 pada lantai / dinding rumah , percikan
minyak terlekat ke kulit semasa memasak..)
Dengan tidak menitik berat ke atas perkara2 di atas ni,
maka jika tidak bernasib baik, timbul lah macam2 masaalah
jerawat ringan...jerawat sederhana...jerawat kronik pada
kulit muka mahupun kulit badan kita sendiri.
Apa itu jenis2 jerawat2 ringan...jerawat sederhana...dan
jerawat kronik ni ?
Jerawat ringan
Jerawat jenis ini kebiasaannya mempunyai sikit (dalam
10 ke 30 peratus ) timbul nya bintik-bintik hitam di kulit.
Juga kurang kelihatan radangan kemerah2an pada kulit.
Jerawat sederhana
Jerawat jenis ini pula apabila di alami pesakit, ia
merangkumi keluasan yang lebih ( dalam 40 ke 60
peratus bahagian kulit ) samada di bahagian muka
mahupun badan. Juga timbulnya banyak bintik-bintik
hitam dan merah di kulit.
Jerawat kronik
Jenis jerawat ni yang paling kritikal atau kronik. Apabila
pesakit mengalami jerawat tahap ini, bahagian kulit nya
di tumbuhi banyak bintik-bintik yang besar kemerahan.
Ianya mungkin terasa sakit dan berdenyut2. Kemungkinan
besar pada jerawat tahap ini, berlakunya radangan kulit
yang serius dan kelenjar minyak akan mengeluarkan
jumlah minyak dan sebum dengan berlebihan. Apabila
ini terjadi, kelenjar minyak akan tersumbat. Ini menyebabkan
pertumbuhan jerawat dengan banyak nya pada kulit.
Jerawat batu
kronik
Oleh itu, harus lah kita memahami dulu tahap jerawat mana
kita ada apabila terjadi nya sesuatu masaalah jerawat tu.
Tapi apa2 pun, apabila berlakunya masaalah ini, jangan risau,
cari lah cara rawatan / ubatan / krim / bedak tradisional yang
sesuai untuk sembuhkan masaalah jerawat ini.
Jangan jadikan masalah jerawat ringan menjadi jerawat kronik
pula. Cepat lah bertindak supaya masaalah jerawat tu dapat
di sembuhkan dengan segera.
No comments:
Post a Comment