Thursday, September 6, 2012

NABI MUHAMMAD S.A.W

Mari kita perbanyakkan selawat ke atas
junjungan kita nabi Muhammad s.a.w










Nabi Muhammad S.A.W :

a)Nama penuh:
Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib
bin Hashim

b)Nama bapa:
‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim

c)Nama ibu:
Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf

d)Nama datuk:
Syaibah bin Hâsyim dikenal dengan nama
‘Abdul Muttalib

e)Bapa2 saudara:
• Al-Harith bin Abdul Muthalib
• Muqawwam bin Abdul Muthalib
• Zubair bin Abdul Muthalib
• Hamzah bin Abdul Muthalib
• Al-Abbas bin Abdul Muthalib
• Abu Thalib bin Abdul Muthalib
• Abu Lahab bin Abdul Muthalib
• Abdul Kaabah bin Abdul Muthalib
• Hijl bin Abdul Muthalib
• Dzirar bin Abdul Muthalib
• Ghaidaq bin Abdul Muthalib


f)Nama Ibu susuan Rasulullah:
- Ibu susuan pertama Thuwaibah

  (hamba perempuan Abu Lahab)
- Ibu susuan kedua Halimah binti Abu Zuaib As-Sa‘diah

  (lebih dikenali Halimah As-Sa‘diah.
   Suaminya bernama Abu Kabsyah)

g)Nama isteri pertama dan usia baginda berkahwin:
Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah pada 25 tahun


h)Nama isteri2 Rasulullah:
1. Khadijah bt. Khuwailid al-Asadiyah r.a
2. Saudah bt. Zam’ah al-Amiriyah al Quraisiyah r.a
3. Aisyah bt Abi Bakr r.a (anak Saidina Abu Bakar)
4. Hafsah bt. Umar bin al-Khattab r.a

   (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab)
5. Ummu Salamah Hindun bt. Abi Umaiyah r.a

   (digelar Ummi Salamah)
6. Ummu Habibah Ramlah bt. Abi sufian r.a
7. Juwairiyah ( Barrah ) bt. Harith
8. Safiyah bt. Huyay
9. Zainab bt. Jansyin
10. Asma’ bt. al-Nu’man al-Kindiyah
11. Umrah bt. Yazid al-Kilabiyah
12. Zainab bin Khuzaimah

    (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)

i)Nama anak-anak Rasulullah:
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra’
8. Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi

   (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind
   bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah,
   Khadijah adalah seorang janda).(anak tiri Rasulullah)

j)Pengalaman bekerja Rasulullah:
* Semenjak kecil lagi, baginda telah menternak kambing
   dan berniaga membantu bapa saudaranya.
* Abu Talib telah membawa baginda ke Syam (Syria)

   bagi membantunya berniaga.
* Apabila baginda telah agak dewasa, baginda telah

  mula menjalankan perdagangan baginda sendiri
  secara kecil-kecilan dan menjalankan perniagaan
  dengan menggunakan modal orang lain kerana 
  baginda sedar bapa saudaranya bukanlah terdiri
  daripada orang yang berada dan beliau terpaksa
  menyara sebuah keluarga yang besar.
* Ketika baginda berusia dua puluh lima tahun, baginda

   telah pergi ke Syam untuk kali kedua bagi menjalankan
   perniagaan Sayidatina Khadijah. Bukti Rasulullah adalah
   seorang ketua keluarga yang patut dicontohi: Rasulullah
   merupakan seorang yang pengasih.
* Sebagai seorang suami, baginda sering membantu isteri

   menjalankan urusan rumah seperti memasak, menampal
   pakaian yang koyak, memmbersih rumah dan menjaga anak.
* Sebagai seorang bapa, baginda memberi pendidikan agama

   yang secukupnya dan menjadi seorang contoh yang baik
   kepada anak-anak.

k)Gelaran Al-Amin:
Baginda merupakan seorang yang jujur, amanah dan
budi pekerti. Perkataan dan perbuatan baginda
sentiasa dipercayai sehingga baginda diberi gelaran al-Amin
oleh masyarakat Arab Quraisy.



l)Sifat-sifat terpuji Rasulullah:
- Berkata benar (siddiq)
- Boleh dipercayai (amanah)
- Penyampai ajaran Islam (tabliq)
- Bijaksana (fatanah)


m)kepimpinan Rasulullah disebalik peristiwa banjir di kota
Mekah ketika Rasulullah berusia 35thn: Kota Mekah telah
dilanda banjir kilat yang menyebabkan dinding kaabah
pecah dan runtuh. Kaum Quraisy telah membina semula
bahagian yang runtuh. Kemudian timbul perbalahan antara
ketua kaum Quraisy yang berebut untuk mengangkat dan
meletakkan Hajar Aswad di penjuru sebelah timur bangunan
kaabah. Perbalahan ini hampir menimbulkan peperangan.
Rasulullah telah menjadi hakim bagi menentukan kedudukan
Hajar Aswad dan secara tidak langsung Rasulullah telah
meleraikan perbalahan antara ketua kaum Quraisy.

n)Peristiwa Rasulullah menerima wahyu:
- Wahyu pertama diterima Rasulullah pada hari isnin,

  17 ramadan (6 ogos 610 M)
- Ketika itu Rasulullah berusia 40 tahun.
- Wahyu tersebut diterima baginda di Gua Hirak

   al-Jabar Nur.
- Surah al-Alaq, wahyu pertama yang berbunyi “Bacalah

 dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan
  manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama
 Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia
 dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan
 kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. ”
- Wahyu kedua, surah al-Muddasir (ayat 1-7) diturunkan

  di Bukit Nur berhampiran Makkah.
- Wahyu kedua ini menandakan pelantikan baginda sebagai

  Rasulullah atau pesuruh Allah.

o)Tokoh-tokoh awal memeluk Islam:
• Zaid bin Harithah (anak angkat nabi)
• Ali bin Abu Talib (sepupu nabi berusia 10 tahun)
• Khadijah binti Khuwailid (isteri nabi dan orang

   pertama memeluk Islam)
• Abu Bakar al-Siddiq (sahabat karib)


p)Keadaan Rasulullah ketika menerima wahyu:
Pada suatu ketika sedang dia bertafakkur itu datanglah

malaikat kepadanya, lalu berkata: “Bacalah!” (Iqra’).
Lalu Rasulullah menjawab; “Saya tidak pandai membaca.
” Lalu kata beliau: “Maka diambilnya aku dan dipagutnya
sampai habis tenagaku. Kemudian dilepaskannya aku
dan dia berkata pula: “Bacalah!” Tetapi aku jawab: “Aku
tidak pandai membaca!” Lalu dipagutnya pula aku sampai
habis pula tenagaku.

Kemudian ditegakkannya aku baik-baik dan dikatakannya
pula: “Bacalah!”, yang ketiga kali, lalu berkatalah malaikat
itu: “Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah menjadikan,
” sampai kepada ujung “Yang telah mengajarkan kepada
manusia apa yang dia tidak tahu.” Setelah sampai pada
ujung ayat tersebut malaikat itu pun ghaiblah dan tinggallah
beliau seorang diri dalam rasa kengerian.

Lalu beliau segera pulang kepada isterinya Khadijah.
Lalu beliau berkata: “Selimutilah aku, selimutilah aku.
” (Zammiluuni, zammiluuni). Maka segeralah orang-orang
dalam rumah menyelimuti beliau, sampai rasa dingin itu
hilang. Lalu berkatalah beliau kepada Khadijah: “Hai
Khadijah, apakah yang telah terjadi atas diriku ini?” Lalu
beliau ceriterakan segala yang telah beliau alami itu,
akhirnya beliau berkata: “Aku ngeri atas diriku.”

q)Kisah nabi Muhammad s.a.w. sewaktu menemui ajalnya :
Betapa mulia dan indahnya akhlak baginda Rasulullah s.a.w.
Mengingatkan kita tentang kematian.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seseorang yang berseru
mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanya nya.
Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah,
ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan
badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata
sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah,
"Siapakah itu wahai anakku?". "Tak tahulah ayahku,
orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya" tutur
Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah s.a.w menatap puterinya
itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah
bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.
"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan
sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia.
dia lah malaikatul maut," kata Rasulullah s.a.w., Fatimah
pun menahan ledakan tangisnya.

Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah s.a.w.
menanyakan kenapa Jibril tidak ikut bersama menyertainya.
Kemudian dipanggillah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap
di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan
penghulu dunia ini.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?"
tanya Rasululllah s.a.w. dengan suara yang amat lemah.
"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti
rohmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,"
kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah s.a.w
lega, matanya masih penuh kecemasan.

"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" tanya
Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib
umatku kelak?" "Jangan khuatir, wahai Rasul Allah, aku
pernah mendengar Allah berfirman kepadaku:
'Ku haramkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad
telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas.
Perlahan ruh Rasulullah s.a.w ditarik. Nampak seluruh tubuh
Rasulullah s.a.w bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.

"Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah s.a.w.
mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk
semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?"
Tanya Rasulullah s.a.w. pada Malaikat pengantar wahyu itu.
"Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,"

kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah s.a.w. mengaduh,
karena sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat
nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku,
jangan pada umatku. "

Badan Rasulullah s.a.w. mulai dingin, kaki dan dadanya
sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak
membisikkan sesuatu, Ali mendekatkan telinganya.
"Uushiikum bis-shalaati, wamaa malakat aimaanukum -
peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah
di antaramu."

Di luar, pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat
saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya,
dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah s.a.w
yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii, ummatiii!" -
"Umatku, umatku, umatku"

Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi
sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?
Allaahumma sholli 'alaa Muhammad wa'alaihi wasahbihi
wasallim. Betapa cintanya Rasulullah s.a.w. kepada kita.

Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak
yang menyayangimu di dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci
Allah s.w.t. kerana tiada lagi yang mengasihmu di akhirat
kelak.

Ini lah serba ringkas kisah hidup nabi Muhammad s.a.w..

No comments:

Post a Comment