Seorang tokoh sufi mengatakan bahawa makam tertinggi
dan kenikmatan puncak yang dapat dicapai oleh seseorang
di dunia adalah berjumpa dengan Nabi Muhammad s.a.w
dalam keadaan jaga... Perkara ini tentu sangat berat dan
hanya dapat dicapai oleh orang tertentu sahaja.
Namun, berjumpa dengan Nabi Muhammad s.a.w dalam mimpi
pun sama dengan melihat baginda dalam keadaan jaga,
sebagaimana disebutkan dalam sabda baginda s.a.w: "barang
siapa melihat aku dalam mimpi, maka ia telah melihat aku
dalam keadaan jaga."
Juga jika seseorang mimpi berjumpa dengan nabi Muhammad s.a.w,
maka dapat dipastikan bahawa yang dilihatnya adalah benar-benar
nabi Muhammad s.a.w.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w :" Sesiapa melihatku di dalam
tidur sesungguhnya ia benar-benar melihatku. Sesungguhnya
syaitan tidak dapat menyerupai diriku. Sesiapa yang melihatku
di dalam tidur maka ia akan melihatku ketika jaga. "
Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda:
" Sesungguhnya akan datang suatu masa, di mana seseorang
ingin ( dapat ) melihat aku, maka itu di anggap lebih untung
baginya daripada mendapat ( seperti ) keluarga dan hartanya."
Habib Ali al-Jufry menggaris 4 panduan untuk bermimpi
bertemu Rasulullah SAW dalam mimpi, iaitu:
-Banyakkan selawat ke atas baginda s.a.w
-Agungkan sunnah Rasulullah s.a.w
-Sentiasa lahirkan kecintaan terhadap Rasulullah s.a.w
-Sebarkan dakwah baginda dan berkhidmat sesama manusia..
Dikongsikan antara cara untuk mengundang Al-Habib
Rasulullah s.a.w ke dalam mimpi :
1-Membaca surah al-Qadr
-Barang siapa yang membacanya pada waktu terbit dan
tenggelamnya matahari sebanyak 21 kali, nescaya akan
mimpi bertemu Rasulullah s.a.w
2-Membaca surah al-Kautsar. Barang siapa membacanya
pasa waktu malam sebanyak 1000 kali nescaya akan mimpi
bertemu Rasulullah s.a.w
3-Disebutkan di dalam kitab al-Asrar: "Sebahagian ulama
berkata, bahawa barang siapa membaca surah al-Qadr
sebanyak 1000 kali pada hari jumaat, nescaya dia tidak
akan meninggal sebelum mimpi bertemu Rasulullah s.a.w"
4-Sebahagian Syeikh berkata: "Sesungguhnya barang siapa
membaca surah a-Quraisy pada pertengahan malam jumaat
sebanyak 1000 kali lalu tidur dalam keadaan wuduk, nescaya
akan mimpi bertemu Rasulullah s.a.w dan akan tercapai
maksudnya."
5-Diriwayatkan oleh Anas bin Malik RA bahawa Nabi s.a.w
bersabda:
"Barang siapa berselawat kepadaku pada hari sabtu sebanyak
1000 kali, maka tidak akan meninggal dunia sebelum mimpi
bertemu tempatnya di dalam syurga."
6-Sebahagian orang-orang soleh yang dilahirkan di Madinah
al-Munawarrah memberitahukan kepadaku, bahawa diriwayatkan
dari Sayyid Yusuf an-Nabhani yang berkata:
"Barang siapa ingin mimpi berjumpa Nabi s.a.w hendaklah
membaca 'Muhammad shallallahu 'alaihi wa Sallama' sebelum
tidur sebanyak 20 kali."
7-Di dalam kitab Sa'adat ad-Darain, Imam asy-Sya'rani berkata
di dalam biografinya:
"Barang siapa ingin mimpi bertemu Rasulullah s.a.w, hendaklah
memperbanyak mengingatnya pada waktu malam dan siang,
disertai dengan mencintai orang-orang yang mulia, para wali
dan orang-orang yang terhormat. Apabila tidak buat demikian,
maka pintu mimpi bertemu dengannya tertutup kerana mereka
itu adalah para pemimpin manusia dan Tuhan akan marah
kerana kemarahan mereka. Demikian juga Nabi Muhammad s.a.w."
8- Sesiapa membaca surah al-Qadr ketika terbit dan terbenam
matahari sebanyak 21 kali akan dapat melihat nabi Muhammad s.a.w
di dalam tidurnya.
9- Sesiapa membaca surah Al-Khauthar pada malam hari sebanyak
1,000 kali akan melihat Nabi s.a.w.
10- Sesiapa yang ingin bertemu dengan baginda Rasulullah s.a.w
maka bacalah surah Al-Muzammil sebanyak 41 kali.
11-Sesiapa yang membaca surah Al-khauthar pada malam jumaat
sebanyak 1,000 kali berserta selawat ke atas junjungan besar
Nabi Muhammad s.a.w setelah ia tidur maka dia akan melihat
Nabi s.a.w
12- Saidina Abdullah bin Abas ( sepupu Rasulullah ) pernah
menyebut " sesiapa yang membaca surah Al-Ikhlas pada
waktu malam sebanyak 1,000 kali maka ia akan dapat melihat
Nabi s.a.w di dalam tidurnya. "
Cara-cara di atas merupakan antara ikhtiar yang boleh kita lakukan
untuk mimpi bertemu al Habib Rasulullah s.a.w.
Perkongsian melalui cara-cara lain akan disambung di lain posting...
terkesan dalam hati ni kak :)
ReplyDelete