Friday, November 15, 2013

BILIK MANDI RUMAH IBLIS

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bercerita bahawa Iblis 
meminta tempat tinggal kepada Allah SWT seperti halnya 
Allah SWT memberikan tempat tinggal kepada anak Adam 
untuk berada di bumi. 

"Ya Allah, Adam dan keturunannya engkau beri tempat tinggal 
di bumi, maka berilah pula aku tempat tinggal !!" Kata iblis. 

Allah berfirman, "tempat tinggalmu adalah bilik mandi atau 
tandas. (HR Bukhari). 

Dari situlah kemudian iblis pun menggoda setiap orang yang 
memasuki rumahnya yang berupa bilik mandi atau tandas. 
Godaan iblis macam-macam contohnya menggoda manusia 
semasa di rumah nya ( bilik mandi / tandas ) supaya:

1. Berlama-lama 
2. Bernyanyi-nyanyi atau berkata-kata 
3. Bermain-main air atau buat sesuatu yang lain seperti
    membaca akhbar / buku 
4. Membisik seseorang supaya kencing sambil berdiri
5. Membiarkan baju yang kotor tergantung di dalam tandas
6. Melupakan seseorang untuk berdoa ketika hendak masuk 
    atau keluar dari bilik mandi / tandas
7. Mengambil wuduk sambil telanjang
8. Mengoret-goret dinding bilik mandi
9. Merencanakan kejahatan
10.Merasa was-was semasa mengambil wudhu
11.Menjawab azan dengan kata-kata kuat bila dengar.
    Seeloknya jawab dalam hati saja, jangan berkata-kata.

12.Bagi pasangan suami isteri pula , ada yang sanggup melakukan
    hubungan kelamin di dalam bilik mandi walaupun mereka
    tahu bilik mandi tersebut di penuhi oleh bermacam-macam
    jenis iblis dan syaitan

13.Yang hairannya ada juga individiu yang akan menghiaskan cantik2
bilik mandi nya , juga membuat saiz bilik mandi nya luas serta
selesa dan di letakkan pula dengan bermacam-macam assesori 
mandi, alatan elekronik seperi TV, radio dll.. supaya mereka akan 
rasa selesa bila berada di dalam bilik mandi / tandas padahal 
mereka tahu bilik mandi / tandas itu adalah rumah iblis / syaitan.

Maka, berhati-hatilah sewaktu dalam bilik mandi / tandas. 
Tips yang baik adalah mandi, buang air dan lain-lain sewajarnya 
lebih cepat lebih baik.

Amalkan lah doa ini semasa masuk dan keluar bilik mandi / tandas
untuk menghindar dari gangguan iblis / syaitan yang dilaknat



No comments:

Post a Comment