Thursday, November 14, 2013

AMALAN / DOA HARI ASYURA ( 10 MUHARRAM )

Amalan yang dituntut dan diberi ganjaran besar oleh 
Allah SWT pada 10 Muharam (Hari Asyura) ialah:

a)  Berpuasa – Allah SWT menghapuskan dosa kecil setahun 

lalu atau dosa besarnya diringankan dan darjatnya akan 
ditingkatkan; serta diberi pahala 10 000 malaikat, 10 000 
kali haji dan umrah, 10 000 kali syahid dan diharamkan daripada 
neraka.

b)  Mandi sunat Asyura – Tidak mengalami sakit berat pada 

tahun itu, sekiranya mandi awal hari dengan berniat:










c)  Memakai celak – Tidak sakit mata pada tahun berkenaan.
d)  Memelihara kehormatan diri – Allah akan mengurniakan 
hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
e)  Menahan marah – Allah akan memasukkannya ke dalam 
golongan yang diredhai-Nya.
f)  Membaca surah Al-Ikhlas 1,000 kali – Allah akan memandangnya 
dengan pandangan rahmat pada hari akhirat nanti.
g) Menjamu orang berbuka puasa. – Diberi pahala seperti memberi 
orang Islam lain berbuka puasa sehingga mengenyangkan perut 
mereka.
h)  Solat Sunat Hari Asyura empat raka’at – Allah akan 
mengampunkan dosa yang dilakukannya dalam jangka masa 
50 tahun.

Pada hari Asyura, disunatkan bersolat empat (4) raka’at dengan 
dua salam. Niatnya :









Bacaan selepas Al-fatihah:
Rakaat pertama: Surah Al-Ikhlas 11 kali
Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas 11 kali.

Pada rakaat ketiga dan keempat, selepas membaca surah 
al-Fatihah, dibaca lagi surah Al-Ikhlas sebanyak 11 kali.

i)  Membaca ‘Hasbiyallahu wa nik mal wakil nikmal maula wa 
nikmal nashiir’ . – Tidak dimatikan pada tahun ini. Baca 70 kali.












j)  Membaca ‘Doa Asyura’ – Allah tidak mematikannya pada 
tahun itu tetapi  bila ajalnya sampai pada tahun itu, tidaklah 
ia diberi taufiq  membacanya.



























k)  Bersedekah – Allah akan menjauhkannya daripada neraka 
sejauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil 
sehingga ia mati dan diberi pahala seperti bersedekah kepada 
semua fakir miskin di dunia ini.
l) Melapangkan masa dan berbelanja  untuk anak dan isteri. 
– Allah akan memperbanyakkan pemberian, meluaskan 
rezekinya untuk sepanjang tahun dan melapangkan hidupnya 
pada tahun berkenaan.
m)  Mengusap kepala anak yatim – Allah menaikkan satu 
darjat dan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi setiap 
rambut yang disapunya.
n)  Memuliakan fakir miskin – Allah akan melapangkan dirinya 
ketika di dalam kubur.
o)  Menunjukkan orang sesat – Allah akan memenuhkan cahaya 
dalam hatinya.

Rasulullah SAW bersabda: “Lima waktu tidak ditolak sesuatu 
doa itu iaitu pada malam Jumaat, malam 10 Muharam, malam 
Nisfu Syaaban, malam Aidilfitri dan malam Aidiladha.”   
(Riwayat Bukhari dan Muslim)




Hari ke-sepuluh dalam bulan ini dipadati dengan nilai yang sarat 
dengan sejarah yang lebih dikenali dengan ‘Hari Asyura’ atau hari 
kesepuluh Muharram. Hari Asyura juga adalah simbol pengabadian 
atas kemenangan Nabi Musa as, dan hancurnya bala Firaun yang 
berlaku pada ‘Hari Asyura’ juga. Oleh kerana itu sesiapa yang 
berpuasa pada ‘Hari Asyura’ umpama berpuasa selama satu 
tahun penuh, kerana puasa pada ‘Hari Asyura’ seperti puasanya 
para Nabi.

Hari ini juga adalah hari kasih sayang, dianjurkan oleh semua 
muslim untuk melaksanakan kebaikan, menambah bekalan pahala 
dengan bersilaturrahim, beribadah, dan banyak sedekah terutamanya bersedekah kepada anak yatim-piatu. Pada ‘Hari Asyura’ itulah 
diperlihatkan kesepakatan pengikut Nabi Nuh as. yang turun dari 
kapal selepas belayar kerana banjir besar dengan bersama-sama 
menyumbang dan bergotong-royong untuk memasak baki-baki 
bekalan makanan menjadi bubur.

Pendek kata hari ‘syura’ adalah hari istimewa. Banyak keistimewaan 
yang diberikan oleh Allah SWT di antaranya adalah gandaan pahala 
bagi yang melaksanakan ibadah pada hari ini. Oleh itu marilah kita mempraktikkan segala amalan di atas.

3 comments: