Sunday, April 19, 2015

BULAN REJAB

BOLEH PESAN " HOME-MADE" BEDAK2 SEJUK DISINI... 


PESAN SIKIT2 PUN BOLEH....PESAN BANYAK2 PUN BOLEH..  

Bedak sejuk beras titik biasa                            
Bedak sejuk beras titik campur pati aloe vera                            
Bedak sejuk beras titik campur air gamat              
Bedak sejuk beras titik campur pati buah2an  
( Tomato / karot / Timun...)          
Bedak sejuk beras titik campur pati sayur2an  
( Daun pegaga /Daun  Pudina / Temulawak ...) 
Bedak sejuk muntah belut                            
Bedak sejuk benang sila ( putih atau ungu )                            
Bedak sejuk penawar sila                                          

Tunggu je selepas buat pesanan, pasti akan sampai                           
ke alamat di beri, insyallah.

****************************************************


Bulan Rejab, bulan ketujuh di dalam kalendar Islam ini 
adalah bulan yang sangat dimuliakan dan merupakan salah satu 
daripada 'al-Ashur al-Hurum' (bulan-bulan haram) selain bulan 
Muharram, Zulkaedah dan Zulhijjah. Bulan-bulan haram 
merupakan bulan mulia sebagaimana firman Allah SWT dalam 
surah al-Taubah ayat 36, yang bermaksud, "Sesungguhnya 
bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, 
(yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan 
langit dan bumi. Antaranya empat bulan haram (yang dihormati). 
Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka 
janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang 
dihormati itu (dengan melanggar laranganNya)...." Abu Bakrah 
melaporkan, Nabi Muhammad saw bersabda, "Sesungguhnya 
masa itu beredar sebagaimana hari Allah mencipta langit dan bumi 
iaitu setahun itu ada dua belas bulan. Antaranya ada empat bulan 
haram (yang dihormati) iaitu tiga bulan berturut-turut: Zulkaedah, 
Zulhijjah, dan Muharram. Seterusnya Rejab iaitu antara bulan 
Jamadilakhir dan Sya'ban." (Hadis sahih direkodkan oleh Imam 
Bukhari dan Muslim).

Rejab merupakan pintu gerbang kepada bulan-bulan mulia yang bakal menyusul, iaitu Bulan Syaaban, Ramadan dan juga Syawal.

Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya zaman itu akan 
terus berlalu sebagaimana saat Allah menciptakan langit dan 
bumi. Setahun itu ada dua belas bulan. Empat di antaranya ialah 
bulan yang haram, tiga di antaranya ialah berturut-turut, iaitu 
bulan Zulkaedah, Zulhijah dan Muharam. Bulan Rejab adalah 
bulan Mudhar (nama satu kabilah) yang terletak di antara 
Jamadilakhir dan Syaaban.” (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)

Kemuliaan Rejab kerana Israk Mikrajnya, Sya’aban dengan 
malam Nisfu Sya’aban dan Ramadhan dimuliakan dengan Lalilatul 
Qadr. 

Di bulan rejab ini, dengan tidak meninggalkan amalan fardhu , antara 
amalan2 lain yang boleh diteruskan pada waktu siang ialah puasa sunat, 
solat sunat, tasbih, selawat, membaca al-Quran, istighfar, sedekah dan seumpamanya. 

Manakala waktu malam diisi dengan solat tahajud, solat sunat 
tasbih, zikir, tasbih, selawat, baca al-Quran dan istighfar. 



No comments:

Post a Comment