BOLEH PESAN " HOME-MADE" BEDAK2 SEJUK DISINI...
PESAN SIKIT2 PUN BOLEH....PESAN BANYAK2 PUN BOLEH..
Bedak sejuk beras titik biasa
Bedak sejuk beras titik campur pati aloe vera
Bedak sejuk beras titik campur air gamat
Bedak sejuk beras titik campur pati buah2an
( Tomato / karot / Timun...)
Bedak sejuk beras titik campur pati sayur2an
( Daun pegaga /Daun Pudina / Temulawak ...)
Bedak sejuk muntah belut
Bedak sejuk benang sila ( putih atau ungu )
Bedak sejuk penawar sila
Tunggu je selepas buat pesanan, pasti akan sampai
ke alamat di beri, insyallah.
****************************************************
Bulan Rejab, bulan ketujuh di dalam kalendar Islam ini
adalah bulan yang sangat dimuliakan dan merupakan salah satu
daripada 'al-Ashur al-Hurum' (bulan-bulan haram) selain bulan
Muharram, Zulkaedah dan Zulhijjah. Bulan-bulan haram
merupakan bulan mulia sebagaimana firman Allah SWT dalam
surah al-Taubah ayat 36, yang bermaksud, "Sesungguhnya
bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan,
(yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan
langit dan bumi. Antaranya empat bulan haram (yang dihormati).
Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka
janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang
dihormati itu (dengan melanggar laranganNya)...." Abu Bakrah
melaporkan, Nabi Muhammad saw bersabda, "Sesungguhnya
masa itu beredar sebagaimana hari Allah mencipta langit dan bumi
iaitu setahun itu ada dua belas bulan. Antaranya ada empat bulan
haram (yang dihormati) iaitu tiga bulan berturut-turut: Zulkaedah,
Zulhijjah, dan Muharram. Seterusnya Rejab iaitu antara bulan
Jamadilakhir dan Sya'ban." (Hadis sahih direkodkan oleh Imam
Bukhari dan Muslim).
Rejab merupakan pintu gerbang kepada bulan-bulan mulia yang bakal menyusul, iaitu Bulan Syaaban, Ramadan dan juga Syawal.
Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya zaman itu akan
terus berlalu sebagaimana saat Allah menciptakan langit dan
bumi. Setahun itu ada dua belas bulan. Empat di antaranya ialah
bulan yang haram, tiga di antaranya ialah berturut-turut, iaitu
bulan Zulkaedah, Zulhijah dan Muharam. Bulan Rejab adalah
bulan Mudhar (nama satu kabilah) yang terletak di antara
Jamadilakhir dan Syaaban.” (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)
Kemuliaan Rejab kerana Israk Mikrajnya, Sya’aban dengan
malam Nisfu Sya’aban dan Ramadhan dimuliakan dengan Lalilatul
Qadr.
Di bulan rejab ini, dengan tidak meninggalkan amalan fardhu , antara
amalan2 lain yang boleh diteruskan pada waktu siang ialah puasa sunat,
solat sunat, tasbih, selawat, membaca al-Quran, istighfar, sedekah dan seumpamanya.
Manakala waktu malam diisi dengan solat tahajud, solat sunat
tasbih, zikir, tasbih, selawat, baca al-Quran dan istighfar.
Sunday, April 19, 2015
BULAN REJAB
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment