BOLEH PESAN BEDAK2 SEJUK BERAS TITIK , BEDAK2 SEJUK MUNTAH BELUT , BEDAK SEJUK BENANG SILA DISINI - CARA BORONG PUN BOLEH...BELI SIKIT2 PUN OK. BOLEH JUGA BUAT PESANAN AIR GAMAT, BEDAK PENAWAR, BAM ,MINYAK GAMAT, MINYAK URUT PANAS,...

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

Tima kasih sudi jadi sahabat :D

Tuesday, September 27, 2011

PETUA : CARA GUNA BEDAK MUNTAH BELUT UNTUK MERAWAT JERAWAT DEGIL

Disini saya nak kongsi satu petua caraguna Bedak Muntah
Belut ini untuk merawat masaalah2 jerawat yang DEGIL.


Jerawat DEGIL ni boleh dikategorikan antaranya sebagai
jerawat kronik yang tumbuh berulang-ulang serta adakalanya
bernanah, berwarna kemerahan, sukar sembuh, sukar
surut, kulit jadi mengelupas , berbentuk jerawat batu dan
berjerawat nasi.

Sudah tentu sesiapa yang punyai masaalah sebegini akan
merasa tidak selesa dan rungsing sangat2.

Perlu ingat disini jangkamasa untuk sembuh kemungkinan 
tidak sama antara seseorang dan seorang yang lain.
Kemungkinan akan ambil jangkamasa juga dari beberapa hari 
ke beberapa minggu disebabkan antara faktor penting ialah
keadaan jenis kulit kita tu samada berminyak, kering dll. 

Tahukah anda bahawa penyakit Resdung dan alahan
kepada sesuatu jenis makanan seperti makanan laut antaranya
udang, ketam, kerang dan kepah boleh juga mengakibatkan
tumbuh nya jerawat terutamanya yang gatal2 . 

Masaalah pembiakan jerawat jenis ini ( jerawat gatal2 ) ialah
apabila seseorang itu tidak tahan dengan keadaan kulit gatal2 
lalu mereka pun mula picit jerawat gatal ni. Dengan diperlakukan 
sebegini, jumlah jerawat gatal2 ini akan bertambah serta kelihatan
berparut2. Jadi jangan sesekali...ingat jangan sesekali ... menggaru 
atau memicit jerawat2 ini. 

Ini antara jenis2 jerawat DEGIL yang kita perlu rawat sebelum
ianya menjadi bertambah parah.





Petua bedak muntah belut










Jadi disini saya kongsikan petua cara guna bedak muntah belut
ini untuk bantu merawat jerawat2 DEGIL ni :



1. Jika kulit sensitif, elakkan melarutkan bedak muntah belut ini
    dengan air gamat. Gunakan saja air mineral atau air zam zam atau
    air2 yang tidak punyai atau kurang kandungan klorin. Elakkan 
    guna air paip biasa untuk larutkan bedak kerana kemungkinan 
   sesetengah kulit tidak sesuai dengan reaksi klorin dalam air.
   Air dengan kandungan klorin tinggi memang nampak bersih
   dan jernih, tetapi ada risikonya terhadap kulit sensitif.

2. Masa amal pakai bedak muntah belut ini, elakkan dicampurkan 
    dengan krim atau pencuci muka lain dirisaukan ada tindakbalas 
    yang tak sesuai pada kulit. 

3. Sebaiknya pakai bedak muntah belut ni pada sebelah malam 
    sebelum tidor dan keesokkan paginya cuci je dengan air biasa. 

4. Masa cuci untuk hilangkan kesan2 bedak ni, boleh guna air
    paip biasa. Selepas dah cuci muka awal pagi tu , nak pakai 
    makeup ke dll, ok la tu untuk ke tempat kerja atau keluar rumah. 

5. Bila nak pakai bedak ni semula pada sebelah malam tu, cuci muka
   dulu dengan air biasa . Larutkan bedak tu dengan air mineral atau air 
   zam zam atau apa2 air yang diketahui tiada atau kurang kandungan 
   klorin, bila dah larut, buat larutan tu nipis je, jangan bazirkan bedak tu, 
   dan ambil dan sapu kat muka atau bahagian2 lain yg perlu dirawat.

6. Boleh juga jadikan bedak muntah belut sebagai bahan SCRUB
    untuk memaksimakan kesan rawatan bedak ni.
    Caranya :
    - Larutkan bedak ni dalam air dan buat biar pekat sikit.
    -  Ambil dan scrubkan kat tempat jerawat tu.
       Gosokkan beberapa minit bahagian jerawat tu.
    -  Bila dah buat ni, cuci dan bersihkan bahagian jerawat ni dengan
       air biasa.
    - Bila dah bersih, ambil larutan bedak tu balik, masa ni buat
      cair sikit dan tempekkan kat bahagian jerawat tu dan biarkan
      semalaman. Cuma bersihkan bahagian ni keesokan pagi bila
      bangun dari tidur.
    
Petua ni boleh diamalkan sekerap yang boleh. Insyallah sembuh 
masaalah jerawat tu.

4 komen:

Unknown said...

boleh ke hilangkan parut jerawat yang dah bertahun tak hilang2..dah mcm2 try..dr yg moden samapi la herba2 asli..semua xmenjadi..jerawat tetap degil jugak...humm

tp mcm menarik info kat sini..nanti sy buat blogwalking :)

http://biqahatmin.blogspot.com/2011/09/aku-nak-buat-pesta-blog-walking.html

Unknown said...

salam BiQa HatmiN,
Ada 2 jenis bedak boleh digunakan.
1) Bedak Muntah Belut ( pakai cara basah, larut dgn air )- sapu bedak ni kat kulit utk sembuhkan jerawat.
2) Selepas jerawat sembuh, tentu ada kesan parut. Ini diikuti pula dgn Bedak Benang Sila ( pakai cara kering, cuma gosok kat kesan parut tu ), parut boleh hilang.
3) Kedua2 bedak ni sama kos.
Insyallah boleh sembuh walaupun
jerawat yang degil tu.

EyqaLuvender said...

akak,nk try lah...

Unknown said...

salam EyqaLuvender,
Sila lawat blog akk ni dan lihat sebelah kiri, scroll ke bawah, ada senarai serta kos. Boleh buat pilihan disitu. Bagitahu akk jika confirm nanti. TK