Kini terdapat pelbagai produk2 yang boleh digunakan
secara topeng muka atau Facial mask untuk tujuan
pembersihan dan rawatan kulit muka.
Tidak kira apa jua jenis kulit anda, anda pasti akan
jumpa produk topeng muka yang sesuai untuk anda
amalkan.
Antara tip2 yang penting yang perlu diketahui dalam
mencari bahan topeng muka yang sesuai sebelum
membeli ialah anda :
1. Perlu mengenali jenis kulit anda samada berminyak,
kering dll..
2. Ketahui samada terdapat bahan2 dalam produk itu
yang mungkin akan memberi reaksi yang tidak diingni
kepada kulit anda seperti gatal2
3. Kuasa membeli. Tak perlu beli produk topeng muka
yang mahal2 jika produk harga sederhana atau murah
mampu memberi keputusan rawatan sama atau mungkin
lebih baik.
Dengan amalkan topeng muka , ia bukan saja dapat
membersihkan muka, mengetatkan liang roma anda malah
dapat mencerahkan serta kulit anda terasa seakan2 jadi
gebu.
Antara bahan2 untuk topeng muka yang boleh anda cuba
yang terdapat di pasaran ialah yang menggunakan bahan2
seperti :
1.Tanah liat
2.Ekstrak buah-buahan
3.Yogurt
4.Gel
5.Putih telur
6.Belahan buah tomato
Bedak muntah belut mengandungi bahan asas dari tanah liat
yang boleh diamal pakai sebagai topeng muka.
Topeng muka cara
pemakaian bedak muntah
belut
Cara buat topeng muka menggunakan bedak muntah belut
ini seperti berikut :
1. Buat larutan bedak cara nipis saja untuk
elakkan pembaziran
2. Pakai topeng muka bedak ini semasa kelapangan
di rumah. Elok juga disebelah malam sebelum
tidur.
3. Tidak perlu pakai hari2, cukup la sekali atau
dua kali seminggu
4. Bila nak basuh larutan topeng muka bedak ini selepas
pakai, boleh guna air biasa atau air sabun untuk hilangkan
kesan2 bedak ini
Kesimpulannya , amalkanlah cara topeng muka untuk
kebersihan kulit wajah anda.
1 komen:
betol ka muntah belut nie ?
Post a Comment