Saya sekeluarga mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT TAHUN
BARU HIJRAH - 1 MUHARRAM 1433 bersamaan 27 November
2011 kepada semua rakan2 blogger.
BARU HIJRAH - 1 MUHARRAM 1433 bersamaan 27 November
2011 kepada semua rakan2 blogger.
Sedikit bualcara mengenai bulan Muharram ini.
Bulan Muharram ini merupakan bulan pertama dalam tahun Islam
(Hijrah). Sebelum
Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan pada masa itu dibuat
mengikut tahun Masihi.
Penghijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada umat Islam
dari segi dakwah nya , ukhuwwah nya serta dan syiar Islam .
Muharram bermaksud 'diharamkan' atau 'dipantang',
iaitu Allah SWT
melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah.
Namun
demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah
(surah Al
Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh
melaksanakan tugas
dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan
larangan berkenaan.
Peristiwa-peristiwa penting dalam bulan Muharram :
1 Muharram - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat
penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
10 Muharram - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu
10 Muharram - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu
banyak
terjadi peristiwa penting yang mencerminkan
kegemilangan bagi perjuangan
yang gigih dan
tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran.
Pada 10 Muharram juga terjadi :
Pada 10 Muharram juga terjadi :
- Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
- Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
- Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
- Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
- Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
- Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
- Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
- Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
- Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
- Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
- Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
- Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
- Hari pertama Allah menciptakan alam.
- Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
- Hari pertama Allah menurunkan hujan.
- Allah menjadikan 'Arasy.
- Allah menjadikan Luh Mahfuz.
- Allah menjadikan alam.
- Allah menjadikan Malaikat Jibril.
- Nabi Isa diangkat ke langit.
Amalan-amalan sunat boleh dilakukan :
Antara amalan disunatkan dilakukan dalam bulan Muharram:
- Berpuasa.
pahalanya bersamaan berpuasa 30 tahun. Barang siapa
berpuasa tiga hari dalam bulan Muharram ( hari Khamis,
Jumaat dan Sabtu ), Allah akan tulis pahala seperti mana
beribadat selama 2 tahun.
2. Perbanyakkan ibadat seperti solat sunat, zikir dan lain2.
3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah
selepas akhir Asar sebanyak 3X
4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X
10 Muharram ( hari Asyura ) :
- Melapangkan masa/belanja keluarga yakni anak isteri. Fadilatnya - Allah melapangkan hidupnya tahun ini.
- Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah melapangkannya dalam kubur nanti.
- Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat Allah memasukkannya dalam golongan yang redha.
- Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah penuhkan cahaya iman dlm hatinya.
- Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
- Bersedekah. Fadilatnya - Allah menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
- Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
- Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
- Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
- Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya - Allah memandangnya dengan pandangan mesra di akhirat nanti.
- Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
- Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini. Macam mana pun ajal maut di tangan Allah.
- Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
- Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk
waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini
maka akan berkata syaitan, "Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku
menggoda
anak Adam pada tahun ini dan Allah akan membinasakan aku
pada saat itu juga. Dengan membaca doa ini allah akan
mengampunkan dosanya setahun."
Berikut adalah Doa Akhir Tahun:
anak Adam pada tahun ini dan Allah akan membinasakan aku
pada saat itu juga. Dengan membaca doa ini allah akan
mengampunkan dosanya setahun."
Berikut adalah Doa Akhir Tahun:
Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.
Ya allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganMu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telah memerintah supaya aku bertaubat dari kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dariMu, ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau. Ya Allah, Ya Karim, Ya Zaljalali Wal Ikram.
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam...Amin...Doa awal tahun:
Doa ini dibaca 3 kali setelah masuk waktu maghrib pada malam 1 Muharram.
Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkata syaitan, "Telah amanlah anak Adam daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua malaikat untuk memeliharanya dari fitnah syaitan."
Segala puji hanya bagi Allah,
Tuhan yang memelihara dan
mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke
atas
junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga
baginda dan para sahabatnya.
junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga
baginda dan para sahabatnya.
Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agong dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadamu perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalian kuncunya, tenteranya dan penolongnya. Aku juga memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.
Selawat serta salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabat. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam....Amin...
2 komen:
selamat tahun baru, salam pelaut batam, Berita Kapal
baguslah info ni...mintak share yer
Post a Comment