BOLEH PESAN BEDAK2 SEJUK BERAS TITIK , BEDAK2 SEJUK MUNTAH BELUT , BEDAK SEJUK BENANG SILA DISINI - CARA BORONG PUN BOLEH...BELI SIKIT2 PUN OK. BOLEH JUGA BUAT PESANAN AIR GAMAT, BEDAK PENAWAR, BAM ,MINYAK GAMAT, MINYAK URUT PANAS,...

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

Tima kasih sudi jadi sahabat :D

Tuesday, October 2, 2012

BAHAYA NYA PENYAKIT KAYAP....


Kayap di bahagian
badan






Kebelakangan ini banyak maklum balas
diterima dari rakan2 mengenai berlakunya
penyakit KAYAP atau shingles.



Saya pernah berkongsi mengenai penyakit kayap
ini di dalam posting sebelum ini. Disini saya
kongsikan lagi artikle ini dengan info tambahan
supaya sama2 kita dapat memahami masaalah
penyakit kayap ini dan bagaimana cara pantang
larang serta rawatannya.

Mengikut lapuran kesihatan, kayap atau shingles
disebabkan oleh jangkitan sejenis virus dikenali
varicella-zoster virus, atau VSZ.



Virus ini adalah virus yang sama yang menyebabkan
chickenpox sewaktu kita masih kecil. Virus ini biasanya
akan berada dekat pangkal saraf dan ianya membiak
semula kebiasaannya terjadi disebabkan oleh masaalah
seperti stress / tekanan, badan rasa lemah2, kecederaan
pada kulit dan juga akibat masaalah penyakit kanser.


Selepas jangkitan beberapa hari, bahagian kulit 
kayap itu akan menjadi kemerah2an, menjadi ruam
panas, ada yang bernanah, ada menjadi biji berbuih
dan mula menjalar.


Kawasan jangkitan :
mana2 bahagian kulit tubuh kita samada
bahagian badan, mata , ketiak mahupun bahagian
hidung.


Simtom-simptom dijangkiti kayap:
- berasa nak demam
- tekak rasa loya
- pening berpanjangan
- badan dijangkiti ruam panas
- badan rasa sengal
- hilang selera makan
- pesakit akan dijangkiti gelembung air pada bahagian
  tertentu di badan untuk jangkitan yang lebih teruk
-pesakit alami sakit teramat sangat apabila disentuh pada kulit
- kulit juga akan rasa gatal2
- kulit rasa geli2
- kulit terasa panas seperti terbakar
- timbul ruam2 panas.


Jenis2 penyakit kayap :
1) Kayap Ular
2) Kayap melukut
3) Kayap jagung
4) Kayap api2
5) Kayap setompok
6) Kayap selendar
7) Kayap harimau
8) Kayap bersambung (umur pendek)

Kayap Ular

- paling merbahaya dan boleh membawa maut
- boleh akibatkan badan kurus akibat hilang selera makan
- kayap jenis menjalar / melilit ( merebak )
- boleh terjadi dimana2 bahagian badan
- bermula dari tengah belakang dan menjadi semakin panjang
  sehingga mengelilingi badan ke bahagian dada
- ada juga menyerang bahagian dada saja
- boleh menyerang bahagian urat saraf ' rasa ' .
- Biasanya ruam kayap ular ini berkumpul ataupun berbaris 
  mengikut lengkaran urat saraf ‘ rasa ’. Bila ini terjadi, seseorang
  akan merasa pening2 dan sakit diikuti pula dengan tumbuhan ruam
  di bahagian dahi dan di bahagian tepi mata. Jika mata turut
  diserang ia kelihatan merah dan berlakulah masaalah ‘conjunctivitis’.
- keadaan kulit boleh melecet, gatal2 dan pedih serta sakit
- ambil masa juga untuk sembuh diantara beberapa hari ke
  minggu, ada yang sehingga bertahun2 disebabkan faktor usia
   
Pantang larang bila dijangkiti penyakit kayap :

1) Cepat2 jumpa doktor atau pakar perubatan
    untuk nasihat dan rawatan . Boleh juga jumpa pakar
    rawatan tradisional. 
2) Elakkan pakai pakaian ketat. Pakai pakaian yang longgar
    untuk mengurangkan kesakitan disebabkan geseran pakaian
    dengan bahagian kulit.


3) Jangan pakai seluar serta baju yang berhawa panas
    ( contoh jemur di luar rumah dibawah terik matahari atau
    yang baru digosok)
4) Jangan pakai seluar serta baju yang basah
5) Elakkan menggaru bahagian kayap itu dikhuatiri boleh
    merebak ke bahagian lain. Kayap ni akan rasa gatal2,
    minta ubat untuk kurangkan rasa gatal2.
6) Bila mandi, biasakan mengosok pelan2 bahagian kayap tu
    dengan sabun untuk pastikan kebersihan pada bahagian kayap tu.
7) Jika boleh, semasa dijangkiti penyakit kayap ni , elakkan dari
    mendekati ahli keluarga serta rakan2 dikhuatiri mereka2 ni
    akan dijngkiti pula.
8) Jaga pemakanan dikhuatiri rasa bisa dan gatal2. Makan
    kena pantang seperti orang dalam pantang bersalin,
    makanan gatal2 dan goreng2 cuba elakkan, hanya makan yang
    rebus, stim atau bakar. Jangan makan makanan berminyak.
9) Kurangkan makan buah tempatan atau sayuran yang menjalar/
    berjalur (contohnya tembikai,timun,labu)
10) Tak boleh dengar orang goreng lauk dan tak boleh goreng
      sebarang benda pun.
11) Bila kayap dah kering jangan dikupil parutnya, biarkan ia
      tanggal sendiri sebab jika bahagian kulit belum betul2
     kering ia akan terluka dan kembali merebak.



Petua2 rawatan boleh dicuba :

1) Sapu dengan BEDAK MUNTAH BELUT untuk keringkan /
    kecutkan kayap tu dan seterusnya menghilangkan
    parut kayap tu
2) Sapu dengan lendir daun alor vera
3) Sapu dengan kelapa parut campur gula melaka
    ke bahagian kulit terkena kayap tu
4) Gunakan daun cili dan kapur makan. Tumbukkan atau
    ramas daun cili serta campurkan sedikit kapur . sapukan
    dibahagian kulit terkena kayap.
5) Gunakan daun pokok duit2. Ditumbuk hancur , ambil
    daunnya serta air perahannya dan ditekap pada tempat
    dijangkiti kayap tu . Jika boleh, dibengkungkan semalaman.
6) Gunakan daun delima ditumbuk lumat dan dicampurkan dengan
    bedak sejuk (tanpa pewangi contoh BEDAK SEJUK MUNTAH
    BELUT ) dan tempekkan pada tempat kayap itu.
7) Gunakan daun bunga melur , Pucuk daun buah delima ,
    Daun setawar dan Pucuk daun mambu. Semua daun di atas
    di tumbuk atau di belender dan di campurkan dengan
    bedak sejuk ( tanpa pewangi contoh BEDAK SEJUK MUNTAH
    BELUT ) dan di bancuh pekat. Kemudain di sapu atau tampal
    atau tempekkan pada tempat kayap tu .
8) Gunakan ubi larut. Di gosokkan pada simen atau lesung batu,
    ambil pati nya dan sapu di tempat kayap tersebut.
9) Minum minuman yang menyejukkan badan contoh getah anggur
    dicampur dengan kembang semangkuk
10) Guna akar rumput kerbau, basuh dan celup dalam bedak sejuk.
      Sapu pada tempat yang kena kayap tu.
11) Gunakan garam bukit (rock salt). cara merawat dengan ambil
     sedikit garam bukit dan campur sedikit air biar garam bukit
    tersebut separuh larut dan sapu di kawasan kayap tersebut.
   Amalkan 2-3 kali sehari sebelah pagi dan malam.Selepas tu ambil
   4 cubit garam bukit dan masukkan dalam segelas air, lepas
   kacau sehingga larut sambil berselawat dan minum (sunnah rasul)
12)Ambil sebatang pokok keladi candik. Atau nama lainnya
    keladi merbah. Seterusnya, keluarkan air dari batang pokok keladi
    tu dan sapukan air tersebut pada kawasan badan yang dijangkiti
   kayap.


Sambil2 berubat tu, cuba dapatkan juga air penawar dari pakar
perubatan tradisional. Biasanya air penawar ni disediakan
berpandukan kepada ayat2 suci al-quran.

Semasa sedang berubat tu, selalu2lah berdoa kepada Allah
agar sembuh cepat. Insyallah boleh sembuh.


3 komen:

Mohamad Fathi said...

Pernah kena sekali.. time sekolah dulu2... Memang pedih Oooo

Jeff Ashjericho Awen said...

Pernh kena. Dn ada jmpa dr. Dha ok tp meninggalkn kesan parut yg mbuatkn rndah dri. Mcm mana nak hlang parut tu yer.

Unknown said...

Minta infonya pada semua sahabat semua..mak saya kena tu sudah lama dah 2tahun sampai sekarang masih terasa sakitnya..tolong info ubat apa yang harus saya cari..kawan saya hari tu kena tapi langsung tertangani dokter bwli ubat 200rm alhamdllh sehat.ubat apakah itu