Baru2 ni semasa berblogging, terjumpa resepi
Peria goreng tepung.
Alaa...sayuran Peria yang pahit2 tu.
Peria ni macam2 jenis juga...
- Buah peria biasa yang panjang , warna hijau muda
dan berdaun agak sederhana besar
- Buah peria kecil atau peria katak, kecil sikit saiznya,
warna kehijuan tua dan berdaun kecil
Orang putih panggil sayuran ni BITTER MELON.
Sesuai dengan rasanya...Pahit.
Kat tempat saya di Ipoh , rasa mahal juga buah peria ni,
sekilo lebih kurang rm 7.00. Sebiji buah peria
sederhana besar, harga rm3.00, jadi lah.
Antara khasiat memakan sayuran peria yang di ketahui :
- Jus peria merawat penyakit asma dan masaalah haid lewat
- Untuk mengurangkan gula dalam darah dan merawat
penyakit kencing manis, boleh minum air rebusan
potongan buah peria
- Jus daun tumbuhan peria dicampurkan dengan susu
boleh bantu rawat penyakit buasir
- Jus peria dicampurkan dengan jus limau bantu rawat
masalah darah kotor seperti bisul, kudis buta,
rasa gatal2
- Minum jus daun peria boleh bantu masalah ketagihan alkohol
Biasanya sayuran ni dimasak lemak untuk kurangkan
rangup juga bila di gigit.
Mmmmm...sedap !!!
Peria Goreng Bersalut Tepung |
Jika nak cuba, ni resepi yang saya guna :
Bahan2
- Sebiji buah Peria biasa
- Tepung Beras
- Tepung Jagung
- Tepung Gandum
- Garam
- Serbuk kunyit
- Minyak masak
Caranya
- Peria di hiris atau di potong bulat2
- Rendam dulu Peria ni dalam air garam halus seketika
untuk kurangkan rasa pahitnya sebelum di masak
- Bancuhkan semua tepung tu dengan air sekadar
pekatan yang dikehendaki
- Masukkan sedikit garam dan serbuk kunyit , secukup rasa
- Celupkan potongan peria tu dalam bancuhan tepung
- Panaskan minyak dan gorengkan peria bersalut tepung tu
- Lepas ni, makan lah....
Selamat Mencuba.....
1 komen:
salam Alya ;dah pernah makan dah peria goreng ni..kalau panas2 & rangup mmg sedap...
Post a Comment