BOLEH PESAN BEDAK2 SEJUK BERAS TITIK , BEDAK2 SEJUK MUNTAH BELUT , BEDAK SEJUK BENANG SILA DISINI - CARA BORONG PUN BOLEH...BELI SIKIT2 PUN OK. BOLEH JUGA BUAT PESANAN AIR GAMAT, BEDAK PENAWAR, BAM ,MINYAK GAMAT, MINYAK URUT PANAS,...

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

Tima kasih sudi jadi sahabat :D

Thursday, May 16, 2013

11 GOLONGAN AHLI NERAKA , SATU GOLONGAN AHLI SYURGA
































Firman Allah swt dalam surah al-Naba ayat 18:-

“iaitu… hari (yang pada waktu itu) ditiup sangkakala

lalu kamu datang berkelompok-kelompok.”


Adalah diriwayatkan bahawa ayat yang tersebut diatas 
pernah ditanyakan oleh Saidina Muaz bin Jabal, katanya,

“Ya Rasulullah, apa maksudnya ayat ini?” Maka

Rasulullah saw menangis sebelum menjawab soalan
tersebut kerana inilah yang selalu dibimbangkan oleh
baginda. Lalu baginda menjawab:

“Ya Muaz, umatku kelak apabila bangkit dari kubur

akan menjadi 12 golongan. Sebanyak 11 golongan
akan memasuki neraka dan hanya 1 golongan sahaja
yang akan memasuki syurga. Adapun 11 golongan yang
memasuki neraka adalah seperti berikut:-

1.Mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan.

Ini adalah kerana mereka suka menyakiti hati jiran tetangga.

2.Mereka yang menyerupai babi. Ini adalah balasan

bagi orang yang suka melengah-lengahkan solat lima waktu.

3.Mereka yang perutnya besar seperti gunung dan

dipenuhi dengan ular dan kala. Inilah balasan bagi
mereka yang enggan mengeluarkan zakat.

4.Mereka yang keluar darah dari mulutnya. Inilah

balasan mereka yang berdusta.

5.Mereka yang berbau busuk seluruh badannya. Ini

adalah balasan mereka yang mengaut keuntungan
dalam jual beli atas penipuan.

6.Mereka yang dicincang-cincang pada tengkuk dan bahu.

Ini adalah balasan mereka yang menyaksikan maksiat
atau perbuatan jahat.

7.Mereka yang keluar dengan tidak berlidah dan keluar

nanah dan darah dari mulut. Ini balasan mereka yang
tidak mahu menyaksikan kebenaran.

8.Mereka yang keluar dalam keadaan terbalik iaitu

kepala dibawah dan kakinya keatas. Ini adalah balasan
mereka yang berzina serta mati sebelum bertaubat.

9.Mereka yang berwajah hitam, bermata biru dan

perutnya penuh api. Ini balasan mereka yang memakan
harta anak yatim secara zalim.

10.Mereka yang kulitnya penuh kudis dan penyakit2 lain

yang menjijikan. Ini adalah balasan mereka yang berani
melawan kedua ibu bapanya.

11.Meraka yang buta matanya dan hatinya, giginya

seperti tanduk, bibirnya berjuntai hingga keperut,
dari perut dan pehanya keluar kotoran. Ini adalah
balasan mereka minum minuman keras.

Dan satu golongan yang masuk ke syurga ialah:

1.Mereka yang wajahnya bagaikan bulan purnama,

berjalan di atas titian Mustaqim pantas seperti kilat.
Ini balasan orang yang beramal salih dan menjauhi
maksiat serta mendirikan solat lima waktu dan mati
dalam keadaan bertaubat.

Semoga kita bukanlah tergolong dalam 11 golongan

ahli neraka ini ,sama-sama kita menuju kearah 1 golongan 
yang masuk syurga.

1 komen:

Unknown said...

ramainya ahli neraka....