Sesungguhnya amat sukar sekali memberikan tafsiran tentang apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan kebahagiaan. Memang benar jika dikatakan kebahagiaan yang sebenar itu berada di hati. Jika benarlah anggapan itu, mengapa masih was-was? Bersalahkah menikmati bahagia atas derita orang lain? Apa hak mereka untuk menilai kebahagiaan yang sedang dikecapi?
Tak disangka dia menginginkan. Bukan saudara tua yang jadi pilihan. Sedarlah pihak ini bukanlah punca perpisahan. Izinkan putik-putik cinta kami berkembang di taman.
3 komen:
kak..
kita boleh mendoakan mereka.. dengan penuh keikhlasan.. sekiranya mereka juga ikhlas membuat kenyataan tentang perhubungan mereka sejak awal..
tapi mereka hidangkan penipuan demi penipuan.. helah demi helah..
mampukah seseorang itu menerima sejambak kenyataan yang memedihkan setelah sekian lama dirinya menanam keyakinan kesetiaan dan percaya sepenuh hati kepada insan yang dikasihinya..
mampukah kita menerima kelukaan yang dihiris oleh insan yang amat kita sayang..
bila hati telah retak.. semua kenangan manis menjadi pahit untuk dikenang.. semua kepercayaan manjadi serpihan kaca yang terhempas ke lantai..
mampukah mereka mengecapi kebahagiaan yang berpanjangan dengan menghancurkan kehidupan insan-insan lain....?
setiap perbuatan ada balasan.. cepat atau lambat..
walau hati lebur jadi debu.. kita tidak mungkin mendoakan yang buruk untuk insan yang pernah disayangi.. semoga mereka berbahagia sehingga ke syurga.. amein..
mereka yang sedang bahagia itu sering terlupa.. kesan penderitaan kepada insan lain mengambil jangka masa yang lama untuk dipulihkan.. di antara jarak masa pemulihan, pelbagai insiden lain akan berlaku kerana.. ia melibatkan emosi.. dan gangguan di dalam jiwa..
kebahagiaan mereka adalah sebuah kezaliman untuk insan derita tersebut..
Sememangnya betul kata2 rhea tu. Bahagia atas derita orang lain memang tidak enak untuk dinikmati. Inilah yang dikatakan takdir. Jodoh pertemuan. Walau sakit mana sekali pun, sebagai manusia y lemah, terpaksa hadapi dan terima dgn sabar.
Siapa yg suka derita? Tp tanpa derita dan bahagia pincanglah kemanisan hidup..
Post a Comment