BOLEH PESAN BEDAK2 SEJUK BERAS TITIK , BEDAK2 SEJUK MUNTAH BELUT , BEDAK SEJUK BENANG SILA DISINI - CARA BORONG PUN BOLEH...BELI SIKIT2 PUN OK. BOLEH JUGA BUAT PESANAN AIR GAMAT, BEDAK PENAWAR, BAM ,MINYAK GAMAT, MINYAK URUT PANAS,...

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

Tima kasih sudi jadi sahabat :D

Tuesday, April 20, 2010

Kenangan semasa dulu....




Bila dah tue2 ni mulalah terkenangkan zaman remaja yg dah lama ditinggalkan. (Walaupun di hati masih terasa muda belia uhukz) Selalunya kenangan itu pastilah waktu di sekolah kerana kita banyak menghabiskan masa kita di sana. Mana tidaknya dari umur 7 tahun hinggalah 17 tahun kat situlah tempat melepak kita.

Sekolah saya ni agak luas juga. Di situlah sekolah rendah dan juga menengah. Kantin pun berkongsi..!! Mujur tak kongsi tandas.. huhu... Bangunan sekolah pun berkongsi.. Bangunan tu ada 3 tingkat. Tingkat paling bawah, kantin sekolah. Tingkat dua untuk murid sekolah menengah dan paling atas ni kesian untuk murid sekolah rendah. Selalunya murid darjah 4 dan 6. Masa saya sekolah dulu murid darjah 4 bersekolah waktu petang. So berkongsi kelas dengan murid darjah 6.

Masa sekolah menengah yang paling saya tak suka kerana memenatkan ialah ketika tingkatan 4. Saya tak ada kelas tetap. Tak tahu kenapa. Setiapkali tukar masa belajar, kami pun tukar kelas. Angkut beg merata2. Kalu kelas bawah takpe jugak. Ada kala kena naik sampai tingkat tiga. Bayangkan.. dengan beg yang berat kena pulak mengira anak2 tangga tu. Fuh!!! Rasa nak terkeluar kepala lutut. Dulu masa menengah rendah, tengok senior berjalan2 tukar kelas rasa macam seronok sangat. Tapi bila kena kat batang hidung sendiri, balik rumah terus melepek.....

Bab kawan2 yang best. Saya ni tak ramai kawan yang rapat sebab saya jenis yang tak pandai bergaul gitu. Banyak mengelamun dan lebih suka mendengar dari berborak. Mana yang rapat tu sajalah yang dok kena ekor dengan saya. Mungkin diaorang pun jemu dan jelak dengan saya, sebab makin lama makin kurang yang nak berbual dengan saya. sadis betullll.....

Sekarang bila dah tua, terasa kekurangannya. Kurang kawan dan kureng pengelaman. Sebab tu saya nasihatkan anak2, biar banyak berkawan. masuk banyak persatuan. Jangan jadi macam mak diaorang. Macam katak bawah tempurung, tak ke haru.....

2 komen:

Zamz said...

takpe kawan sikit tapi baik pun ok dari kawan byk sorang pun takleh pakai lagi haru hehe

Unknown said...

betui zamz. tp lg bagus kalau kwn byk dan semua blh pakai, yei yei