BOLEH PESAN BEDAK2 SEJUK BERAS TITIK , BEDAK2 SEJUK MUNTAH BELUT , BEDAK SEJUK BENANG SILA DISINI - CARA BORONG PUN BOLEH...BELI SIKIT2 PUN OK. BOLEH JUGA BUAT PESANAN AIR GAMAT, BEDAK PENAWAR, BAM ,MINYAK GAMAT, MINYAK URUT PANAS,...

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

Tima kasih sudi jadi sahabat :D

Thursday, April 15, 2010

Tiba-tiba enjin kereta mati



Saya terbaca dalam akhbar mengenai tindakan yang boleh diambil sekiranya kereta yang kita pandu mati enjinnya secara tiba2. Maklumlah sebagai pemandu wanita seperti saya ( orang lain mungkin lebih terror dari saya) yang tak faham pasal kereta dan enjin kereta, hanya pandai bawak, mungkin akan panik bila kejadian begini berlaku. So saya rasa perlu untuk saya mengwar2kan hal ini sebagai ingatan untuk diri saya jugak...

Kita disuruh melakukan pemeriksaan seperti turutan yang akan saya berikan nanti. Mungkin kalau kita langkau, kita akan membuang masa saja.

Mula-mula, kita periksa air bateri. Tengok paras airnya cukup. Camner? Paras airnya mesti merendam keseluruhan plat bateri. Maknanya kalau dah berasap tu, dah kering le.

Kalu air okey, periksa pula kepala bateri. Tak berkarat atau ada keladak putih dan ketat. Kalau karat, buka kepala bateri, kikis karat dengan kertas pasir atau pemutar skru. Lepas tu pasang balik ketat2.

Kalau kepala pun okey, check air radiator. Kalau kering, tambah. Si make sure sentias ada sebotol air paip dalam kereta. Untuk emergency macam nilah...

Kalau air radiator pun penuh, cantik, tengok palam pencucuh pulak. Kalau da kesan minyak, bersihkan.Tukar palam pencucuh kalau terlalu kotor atau sudah lama tak tukar. Kita digalakkan tukar palam ni setiap 40,000 Km.

Itu pun okey, check 'coil'. Kalau ia panas, memang susah nak hidupkan. Dalam keadaan normal,'coil' mesti sejuk. Tunggu samapai sejuk dan cuba hidupkan enjin.Bila boleh hidup, lekas2 hantar ke bengkel dan tukar baru. Kalau dah apek tu tukarkan, masih susah nak hidupkan, ahh.. ada kerosakan pada bahagian kondenser.

Kalau hidup, tapi tersengguk2, besar kemungkinan masalah berpunca daripada penapis minyak yang dah tersumbat.

Ada faham ke? Saya rasa.....kureng faham benda2 saintifik yang digunakan pada bahagian enjin kereta ni. Hu hu

Lebih selamat, jika nak kemana2 hanto ke workshop atau minta hubby check dulu. Orang lelaki ni lebih handal tentang kereta. Saya tahu bawak jer, kadang2 minyak pun tak reti nak isi. Hish hish hish.... malu teman.....

0 komen: