BOLEH PESAN BEDAK2 SEJUK BERAS TITIK , BEDAK2 SEJUK MUNTAH BELUT , BEDAK SEJUK BENANG SILA DISINI - CARA BORONG PUN BOLEH...BELI SIKIT2 PUN OK. BOLEH JUGA BUAT PESANAN AIR GAMAT, BEDAK PENAWAR, BAM ,MINYAK GAMAT, MINYAK URUT PANAS,...

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

Tima kasih sudi jadi sahabat :D

Saturday, October 9, 2010

KULIT MANUSIA : SIHAT VERSUS TAK SIHAT DAN BAGAIMANA BEDAK MUNTAH BELUT BOLEH MEMBANTU ...

Rakan2,

Posting kali ini saya menyentuh serba sedikit mengenai
kulit manusia dan apa akibatnya jika kita TIDAK
JAGA KEBERSIHANNYA.

Mari kita belajar mengenai kulit manusia..


Struktur kulit manusia

Kulit merupakan organ terbesar yang Allah SWT
ciptakan pada tubuh kita. Secara kasar, ianya
merangkumi 16 % daripada keseluruhan berat
badan manusia dengan beratnya sekitar 6 paun.

Ada 3 lapisan utama pada bahagian kulit iaitu

- Epidermis iaitu lapisan paling atas yang merangkumi
antara 15 ke 40 lapisan sel kulit

- Dermis iaitu lapisan tisu

- Subkulitan iaitu lapisan paling bawah yang
mengandungi banyak sel-sel lemak

Antara fungsi kulit ini pula, ia bertindak sebagai

- perlindungan daripada kemasukan bakteria
dengan adanya lapisan Epidermis atau lapisan
berkematu. Ini pelindungan tahap pertama

- pencegah kehilangan air atau dehidrasi
dengan adanya lapisan berkematu ini

- mengesan pelbagai rangsangan seperti
tekanan, suhu, sentuhan dll dengan adanya
lapisan Dermis

- penyimpan lemak yang merupakan penebat
haba dengan lapisan subkulitan

- menghasilkan bau untuk tujuan pertahanan

- penukaran kepada vitamin D apabila kulit
terdedah kepada sinaran ultraungu

- proses penyalinan sel-sel kulit tanpa
orang lain sedari

Semua fungsi2 ini akan dinikmati oleh
kulit manusia yang sihat yang seterusnya akan membantu
tekstur kulit jadi lembap, tegang, licin , elastik
serta warna atau ton kulit yang sekata.

Dan ini juga dapat menghindar daripada masaalah2
penyakit kulit seperti jerawat, kudis, ruam dan sebagainya.

Tapi apa pula jadinya pada kulit manusia yang TIDAK
SIHAT bila tidak jaga kebersihannya.

Selain dari kulit mula hilang keanjalan semulajadinya
atau serinya dan tanda-tanda kedutan kulit mula jelas, kulit
juga menjadi kering , kasar dan akan senang terdedah kepada
jangkitan bakteria atau mikro-organisma yang
bahaya.

Tambahan pula, bila seri kulit sudah berkurangan , kulit juga
akan nampak penuaan dari usia sebenar.

Adakah ini yang kita mahu....!! Mesti TIDAK kan ...!!


Perbezaan struktur kulit muda dan tua


Nampak tua dari usia sebenar

Jadi sebelum alami masaalah2 kulit,
ambillah langkah2 awal untuk mencegahnya.

Salah satu cara ialah mengamal rawatan
tradisional dengan amal pakai
Bedak Muntah Belut untuk merawat kulit
dari masaalah2 penyakit kulit.

Apa-apa pun kita tidak mahu parasit dibawah
ini yang di panggil Scabies membiak dengan
banyaknya dibawah kulit kita jika kulit kita
tidak bersih . Scabies akan mengakibatkan
kudis.



Jadi jagalah kebersihan kulit dari sekarang
dan jauhi masaalah2 penyakit kulit.

Selamat mencuba rawatan tradisional ini...

0 komen: