MENGAPA JERAWAT SUKAR SEMBUH BAGI SESEORANG ?
Banyak artikle2 di Internet membincangkan penyebab masaalah2
JERAWAT dan bagaimana untuk mengatasinya.
Ada juga yang memberi bermacam2 PETUA.
Ada yang suruh :
1. Guna macam2 ubatan moden / lotion / make up yang berkimia
2. Cuci kulit setiap hari jika terasa kulit berminyak
3. Kawal makanan yang di makan seperti kacang
4. Jangan picit jerawat bila ada kalau ia membiak
5. Jangan dedahkan diri kepada hawa panas terik
6. Amalkan wap air teh ke muka ( selepas daun teh dimasukkan ke air mendidih )
7. Minum bergelas2 air kosong setiap hari
8. Dan bermacam2 lain PETUA....
Memang, kita sebagai manusia, selalunya nak cepat. Kalau boleh,
hari ini pakai ubat atau amalkan sesuatu, esok hari harap masaalah2
jerawat tu sembuh. Ini mungkin sukar dan tidak logik.
Sebab apa saya katakan begini. Sebab masaalah JERAWAT ini bukannya
satu jenis saja tetapi bermacam2 bentuk. Ada yang menghidap masaalah
jerawat dari masaalah kulit dan ada pula dari masaalah alahan seperti
penyakit resdung. Ada yang masaalah keturunan dan ada pula yang mungkin
banyak toksik dalam badan. Ada jerawat kecil , ada besar , ada kat
dahi saja dan ada kat pipi saja dan yang kesiannya ada yang sudah
bernanah. Takutttt terkena macam ni ye..........!!!!
Tapi janganlah sampai kita guna cara ini untuk merawat masaalah2
JERAWAT kita. Kalau berani cuba cara ini , sila kan tapi saya
geliiiii...........!!!
Pokok pangkalnya terpulang kepada kita sendiri mengenai cara mana
yang kita ingin guna. Kita pilih cara mana yang serasi dengan kita.
Kalau kita nak guna rawatan moden yang mungkin mahal harga
ubatnya, pun boleh kalau mampu. Jika kita nak cuba rawatan tradisional
yang jauh murah harganya, pun boleh seperti amal pakai BEDAK MUNTAH
BELUT ni.
Sebelum kita cuba apa2 rawatan sekali pun, kita kena faham dulu
APA PENYEBAB JERAWAT dan KENAPA IA SUKAR DIUBATI
JIKA KITA AMBIL TINDAKAN MERAWATNYA ?
Secara kasarnya, jerawat akan terjadi bila kelenjar minyak mengeluarkan
terlalu banyak minyak di kulit terutamanya di bahagian muka , dada dan
belakang badan. Kawasan2 inilah yang mempunyai banyak bulu roma.
Apabila pori2 kulit mula tersumbat, ia akan menjadi bintik putih jika ia
terjadi di bawah kulit atau bintik hitam jika di lapisan luar kulit. Bahagian
kulit ini kemudian akan menjadi kemerah -merahan dan menyebabkan
terjadinya radangan di sekeliling pori2 kulit tersebut.
Ini diikuti dengan terbentuknya nanah dan akan mengakibatkan jerawat.
1 komen:
Thanks alya.. banyak info d sini. yeahh myna pun geli kalau nak letak siput tu kat muka.. Hohohoho!!
Post a Comment