Hari Sabtu malam Ahad ( bermula lebih kurang pukul
7.31 malam ), 14 Muharram 1433 ( 10 Disember 2011 )
akan berlakunya Gerhana Bulan penuh.
jelas dikebanyakan kawasan di Malaysia. Kesan gelap
akan kelihatan sekitar jam 8.30 malam apabila bulan
mula menghampiri kawasan bayang2 bumi yang lebih
gelap dikenali sebagai Penumbra.
Melalui info di baca, Gerhana Bulan penuh ini akan
terbentuk selama 52 minit 16 saat bermula dari pukul
10.05 malam hingga 10.57 malam. Gerhana Bulan Penuh
ini akan tamat sekitar jam 12.18 tengah malam apabila
bulan sepenuhnya akan keluar dari bayang2 Umbra.
Gambar Umbra dan Penumbra.
Berpandukan kepada kiraan Skymap Pro 8 :
Bulan terbit 6.54 petang
Bulan mula memasuki Penumbra 7.32 malam
Bulan mula memasuki Umbra 8.46 malam
Permulaan Gerhana Penuh 10.06 malam
Waktu Gerhana Maksima 10.31 malam
Tamat Gerhana Penuh 10.57 malam
Bulan meninggalkan Umbra 12.18 tengah malam
Bulan meninggalkan Penumbra 1.31 pagi
Nota : waktu di atas ialah waktu tempatan Malaysia
dan bersamaan untuk semua negeri2 Malaysia
samada di Semenanjung Malaysia, Sabah mahupun
Sarawak. Cuma bezanya ialah ketinggian bulan
di langit dimana di bahagian timur Malaysia akan
nampak kedudukan bulan lebih tinggi jika dibanding
dari bahagian barat Malaysia. Sila lihat Falak Online.
Gambar Gerhana Bulan Penuh
Video di bawah merupakan simulasi gerhana bulan yang
dibuat menggunakan perisian Stellarium.
Memandangkan phenomena Gerhana Bulan Penuh ini jarang2
terjadi, elokkan semua rakan2 mengambil kesempatan untuk
mendirikan sembahyang sunat Gerhana Bulan mengikut
panduan di bawah.
PANDUAN SOLAT GERHANA
Ulama bersepakat hukum mengerjakan solat sunat Gerhana
Bulan ini hukumnya sunat muakkad.
Jadi janganlah lepaskan peluang ini. Ini adalah petanda
kebesaran Allah dan kita semua patut bersyukur kepada
Allah kerana memberi peluang kepada kita untuk melihatnya.
0 komen:
Post a Comment