Ada rakan2 kata saya ni ibarat orang dulu2 dalam
bab mekap memekap ni tapi sambil2 tu juga, mereka
bertanya macam mana saya jaga kulit muka saya .
Jawapan saya senang ..amal je guna bedak sejuk
pada siang atau malam. Lebih elok di pakai
hari2 sebelum tidur dan biarkan ia kering semalaman.
Tapi sebelum pakai bedak sejuk ni, basuh dulu lah
muka tu ye.
Dah lama saya ni pengamal tegar bedak sejuk ni .
Bermula dari amalguna bedak sejuk biasa macam BEDAK
SEJUK BERAS TITIK ke bedak sejuk rawatan macam
BEDAK MUNTAH BELUT, BEDAK BENANG SILA , BEDAK
PENAWAR dll...
Memang saya jarang sangat2 guna bahan2 kecantikan
berkimia mahupun pencuci muka berkimia walaupun
semurah atau semahal mana. Saya lebih selesa
mencuci mahupun merawat kulit cara tradisional saja.
Sememangnya bagi saya, saya memang hormat atau
bak kata sekarang TABIK SPRING kepada warga2 emas
dan warga2 sebelum mereka sebab di dalam zaman
mereka, mana ada produk2 kecantikan ( seperti yang
berlambak2 sekarang di pasaran ). Di zaman mereka,
kebanyakannya di buat sendiri untuk menampilkan
kecantikan kulit dan kejelitaan diri. Antaranya dalam
menyediakan bahan kecantikan untuk kegunaan diri
sendiri contohnya cara2 penyediaan bedak sejuk
tradisional .
Emak saya sendiri kata dari zaman muda nya (
dia dah berumur 76 tahun sekarang ), dia memang
buat sendiri bedak sejuk beras titik ni dan dia pun
belajar dari emak dia caranya. Dan alhamdulillah
ilmu nya dalam menyediakan bedak sejuk beras titik
kini diperturunkan kepada saya pula.
Rendaman beras untuk buat Bedak Sejuk |
Rendaman beras untuk buat Bedak Sejuk |
Bedak sejuk beras ( buatan sendiri ) |
Banyak kelebihan amal pakai bedak sejuk
( lebih elok jika pakai cara facial mask sekerap
yang boleh ) antaranya :
1) bantu melicinkan kulit muka
2) memberi kesegaran pada kulit
3) mengurangkan kadar pengeluaran sebum pada kulit
4) menanggalkan sel kulit mati
5) menyejukkan kulit muka
6) membersih serta menegangkan wajah
7) bantu kurangkan kesan minyak pada muka
Lelaki mahupun wanita boleh amalguna bedak sejuk
ni. Jangan segan2 guna dan bantu lah supaya bedak
sejuk tradisional kita ni tidak pupus di telan zaman.
Cuba la ye...
5 komen:
Banyak juga ya manfaatnya... makasih infonya kawan...
buat untuk jual tak?? nk beli boleh?
Camne nak buat bedak sejuk ? Penah Try Skali . tapi cam tak menjadi pun
Perkongsian yang best sangat.. Terima kasih admin.. :)
Kena pandai buat...kena bersih..kalau xbersih beras tu..muka akan jdi gatal..beli dengan shegadisstore @ cari facebook teha salim..die ada jual... 0167007973 no die...
Post a Comment