Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat
& diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai
di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu
permata nan indah dan cantik.
Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati
Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika
baginda(SAW) bersedih atas kematian 2 orang yang
dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa
saudaranya Abu Talib.
Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini
dan boleh kita amalkan:-
1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa,
mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.
2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah
ini dan gosok di leher, Insyaallah hilang dahaga.
3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,
bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan
surah ini sebanyak 10x pada mata.
4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini
10x, mudah-mudahan ALLAH s.w.t. bagi ilham pada
kita dimana letaknya sihir itu.
5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut
dan khusyuk ketika menunaikan solat.
7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya
sebanyak 71x, ALLAH s.w.t. akan memberikan bantuan
kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.
0 komen:
Post a Comment