Untuk peringatan kita semua :
Allah telah memberi tanda kematian seseorang
muslim sejak 100 hari, 40 hari, 7 hari, 3 hari
dan 1 hari menjelang kematian.
Tanda 100 hari menjelang ajal :
Selepas waktu Ashar (Di waktu Ashar karena
pergantian dari terang ke gelap), kita merasa
dari hujung rambut sampai kaki mengigil,
getaran yang sangat kuat, lain dari biasanya,
bagi yang menyedarinya, akan terasa indah di hati,
namun bagi yang tidak menyedarinya, tidak ada pengaruh
apa-apa.
Tanda 40 hari menjelang kematian :
Selepas Ashar, jantung berdenyut-denyut. Daun yang
bertuliskan nama kita di lauh mahfudz akan gugur.
Malaikat maut akan mengambil daun kita dan mulai
mengikuti perjalanan kita sepanjang hari.
Tanda 7 hari menjelang ajal :
Akan diuji dengan sakit, orang sakit biasanya tidak
selera makan. Tapi dengan sakit ini tiba-tiba menjadi
berselera meminta makanan itu dan ini.
Tanda 3 hari menjelang ajal :
Terasa denyutan ditengah dahi. Jika tanda ini dirasai,
maka berpuasalah kita, agar perut kita tidak banyak
najis dan memudahkan urusan orang yang memandikan
kita nanti.
Tanda 1 hari sebelum kematian :
Di waktu Ashar, kita merasa 1 denyutan di ubun-ubun,
menandakan kita tidak sempat menemui Ashar keesokan
harinya. Bagi yang khusnul khotimah akan merasa sejuk
di bahagian pusar, kemudian ke pinggang lalu ke
tenggorok, maka dalam keadaan ini hendaklah kita
mengucapkan dua kalimat syahadat.
Sahabatku yang budiman, subhanAllah, Imam Al-Ghazali,
mengetahui kematiannya. Beliau menyiapkan sendiri
keperluannya,beliau sudah mandi dan wudhu,
mengkafani dirinya, kecuali bahagian wajah yang belum
ditutup. Beliau memanggil saudaranya Imam Ahmad
untuk menutup wajahnya.SubhanAllah.
Malaikat maut akan menampakkan diri pada orang-orang
yang terpilih. Dan semoga kita menjadi hamba yang terpilih
dan siap menerima kematian apabila dan di manapun
kita berada.
2 komen:
thanx 4 the sharing..=)
5 jenis roommate yang akan anda temui
http://iniblogabangkamil.blogspot.com/2013/04/5-jenis-roommate-yang-mungkin-anda.html
tq for sharing....
Post a Comment