Sunday, July 28, 2013
KELEBIHAN MEMBACA SURAH AL MULK ...
Surah Al-Mulk ini menyelamatkan daripada azab kubur.
Kelebihan juga dinyatakan pada malam hari. Seseorang
yang membacanya pada malam hari telah melakukan
banyak ibadah dan telah melakukan satu amalan yang baik.
“Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak akan tidur melainkan
setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk.”
Di antara kelebihan Surah ini ialah:
1. Surah ini akan menjadi penyelamat.
2. Penegah pembacanya dari seksa kubur.
3. Berada di bawah naungan sayap malaikat (mendapat
rahmat Allah).
4. Di hari kiamat rupanya akan dicerahkan seperti wajah
Nabi Yusuf (cantik).
5. Dinamakan Surah gagah perkasa, pintar lagi cerdik.
Fadhilatnya dari Hadis
Terdapat banyak hadis tentang fadhilat yang terkandung
dalam Surah Al Mulk, iaitu:
1. Mendapat Syafaat
Daripada Abu Hurairah r.a dari Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya di dalam al_Quran ada 30 ayat memberi
syafaat kepada pembacanya sehingga diberi keampunan
untuknya iaitu surah al-Mulk.”
Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya: “Sesungguhnya
di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi
30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya.
Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu
pula ia meminta ampun untuknya. Surah itu ialah
surah Al Mulk.”
Rasulullah SAW bersabda: “Sebahagian surah-surah yang
terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi
30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada
orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari
Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga.”
Ulama berkata: ”Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan
pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal
jawab pada hari kiamat di hadapan Tuhan kerana menuntut
kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api
Neraka.”
2. Menyelamatkan daripada seksa kubur
Di dalam kubur orang yang telah mati para malaikat
azab datang pada sisi kakinya untuk memberi hukuman.
Kakinya berkata; “kamu tidak dapat hampir dari sisi kakiku
kerana orang ini pernah berdiri dalam solat dan membaca
Surah Al-Mulk”.
Kemudian mereka datang dari sisi dada (hati) dan perut,
dan mereka juga terhalang. Kemudian mereka datang dari
sisi kepala.
Pendekata, setiap sendi berkata; “kamu tidak dapat
datang dari arah ini kerana orang ini selalu membaca
Surah Al-Mulk”. Maka, Surah ini menyelamatkannya
daripada azab kubur.
Rasulullah SAW bersabda: “Surah Al Mulk itu memelihara
dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur.”
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sesiapa membaca
surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari
azab kubur.”
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah
Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang
ke dalam kuburnya surah itu sebagai penganti untuk
bersoal jawab dengan Malaikat Munkar Nakir”.
Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya di dalam
Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat.
Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada
pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur
sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga.”
Saiyidina ‘Abdullah bin Abbas berkata: “Sesiapa membaca
surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya
ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah SWT
di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke kepala,
terdengar satu seruan: “Tidak boleh engkau datang ke pihak
kepala ini kerana ada surah Al Mulk.”
Daripada Ibnu Abbas r.a berkata, seorang sahabat
Rasulullah SAW telah mendirikan khemah di atas kubur
dan beliau tidak tahu ianya kubur. Maka di dalamnya
terdengar suara bacaan surah al-Mulk sehingga khatam
maka beliau menemui baginda SAW dan berkata :
“Wahai Rasulullah SAW, saya dirikan satu khemah di atas
satu kubur dan saya tidak tahu bahawa ianya kubur dan
saya terdengar seorang manusia sedang membaca surah al-Mulk
sehingga khatam. ” Nabi SAW bersabda; “Itulah yang
menahan dan menyelamatkan dia daripada siksa kubur.”
(HR At-Tarmizi)
3. Hati Beriman
Rasulullah SAW bersabda: “Hatiku ingin supaya
Surah Al-Mulk berada di dalam hati setiap orang
yang beriman.” (iaitu setiap muslim hendaklah
mempelajarinya dan membacanya dengan istiqamah).
Rasulullah SAW bersabda: “Aku sungguh gembira, sekiranya
orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga
seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya.”
4. Mendapat Keistimewaan
Saiyidina ‘Ali berkata: ”Sesiapa mengamalkan surah Al Mulk,
nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat
serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf.”
Ulama berkata: “Sesungguhnya surah Yasin dan surah
Al Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan
kelebihan. Sesiapa mengamalkannya, nescaya ia mendapat
rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi
oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan
makhluk.”
Khasiat Ayat Dari Surah Al-Mulk
Ayat dari Surah Al Mulk juga mempunyai khasiat dan
keistimewaan yang lain. Diantaranya:
1. Khasiat Ayat 14 Surah Al-Mulk
أَلَا يَعْلَمُ مَنْ خَلَقَ وَهُوَ اللَّطِيفُ الْخَبِيرُ ﴿١٤
Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu
mengetahui (segala-galanya)? Sedang Ia Maha Halus
urusan PentadbiranNya, lagi Maha Mendalam
PengetahuanNya!
1. Dipandang hebat dan berwibawa.
2. Boleh mengetahui apakah kelebihan diri sendiri.
3..Dapat merasai apabila ajal telah hampir tiba.
4. Jika diamalkan menjadi wirid, zikir harian boleh
meluaskan rezeki dan menghilangkan fakir.
5. Dibaca 2,012 kali untuk menolak bala yang besar.
6. Jauh dari seksa kubur jika dibaca ayat 14 dan
15 surah Al Mulk.
7. Jika berhajat hendak melihat orang yang melakukan
jahat, pencuri, sihir, memfitnah, orang yang sudah
meninggal dalam kubur dan perkara yang penting
dalam peperiksaan lakukan:
a. Solat hajat.
b. Baca ayat di atas 9 kali dan diniatkan.
c. Tidur dalam keadaan berwudhu dan berdoa
(apa niat kita) dan tidur mengiring dengan lembung
kanan.
2. Khasiat Ayat 23 Surah Al-Mulk
قُلْ هُوَ الَّذِي أَنشَأَكُمْ وَجَعَلَ لَكُمُ السَّمْعَ وَالْأَبْصَارَ وَالْأَفْئِدَةَ ۖ قَلِيلًا مَّا تَشْكُرُونَ ﴿٢٣
Katakanlah (wahai Muhammad): “Allah yang menciptakan
kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu
pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu
bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur”.
Jika diamalkan ayat ini, iaitu dibacakan pada gigi yang
sakit. InsyaAllah, akan berkurangan dan sembuh sakit giginya.
Terdapat banyak keistimewaan daripada tiga puluh ayat
Surah Al – Mulk tersebut. Ia akan terus mensyafaati
bagi orang yang membacanya dengan istiqamah hingga ia
diampunkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment