BOLEH PESAN BEDAK2 SEJUK BERAS TITIK , BEDAK2 SEJUK MUNTAH BELUT , BEDAK SEJUK BENANG SILA DISINI - CARA BORONG PUN BOLEH...BELI SIKIT2 PUN OK. BOLEH JUGA BUAT PESANAN AIR GAMAT, BEDAK PENAWAR, BAM ,MINYAK GAMAT, MINYAK URUT PANAS,...

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

Tima kasih sudi jadi sahabat :D

Saturday, July 20, 2013

SETIAP PAGI DAN PETANG, HADIAHKAN LAH AL-FATIHAH PADA IBUBAPA KITA

Setiap pagi dan petang, hadiahkan lah bacaan 
surah Al-Fatihah kepada ibubapa kita.

Dengan amalan yang mudah dan mulia ini , kita
berdoa dan berharap kedua ibubapa kita akan mendapat
pahala serta manfaat dari nya. 

















Doa anak2 tu tanda kita mengingati ibubapa kita.

Juga jangan lupa untuk kita berdoa kepada Allah SWT 
semuga urusan harian kita juga dipermudahkan dan
diberkati Allah SWT.

Dato ’ Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata..... .

” setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu

bapamu ( tak kira masih hidup @ telah tiada ) ” nescaya 
pintu rezekimu akan terbuka buat kamu.

 Berdasarkan Hadis Nabi saw :

” Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak

meninggalkan doa kepada kedua ibubapa nya dalam 
sehari ”

Huraian dari hadis ini :

1) Jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua 
    ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )
2) Allah SWT akan memurahkan rezeki kepada mereka 

    yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa
3) Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah
4) Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. Tadahkan

    tangan dan bayangkan wajah kedua ibubapa kita , 
    termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong 
    kita
5) Mereka yang lupa berdoa kepada kedua ibubapa, 

    akan disempitkan rezeki oleh Allah
 
Antara doa boleh di amalkan :

"Ya Allah Ya Tuhanku, engkau ampunilah dosa2
ibubapaku dan ahli keluargaku , saudara2 ku serta
seluruh muslimin dan muslimat samada sudah mati
atau masih hidup , naikkan darjat mereka ini serta
kami diantara orang-orang yang mendapat hidayah,
dan lindungilah keluarga dan keturunan mereka yang
masih hidup. Ampunilah dosa2 mereka dan juga dosa2
kami samada dari dosa yang kami ketahui mahupun
dari dosa yang tidak kami ketahui serta dosa yang
hanya engkau Ya Allah ketahui , wahai tuhan sekelian
alam, luaskan kubur mereka yang telah meninggal dunia,
berikanlah cahaya didalamnya, jadikanlah kubur mereka
ini sebagai salah satu taman dari taman syurga dan
jauhkanlah mereka ini serta kami dari azab kubur,
azab akhirat, fitnah Dajjal, fitnah kehidupan dan
fitnah kematian. Dan kirimkan salam kami kepada
junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli
keluarganya dan sahabatnya sekelian. Amin "


1 komen:

ساريده سنين said...

Assalamualaikum Alya...

Entry yg sgt berguna...izinkan sy share utk panduan sy sendiri...