BOLEH PESAN BEDAK2 SEJUK BERAS TITIK , BEDAK2 SEJUK MUNTAH BELUT , BEDAK SEJUK BENANG SILA DISINI - CARA BORONG PUN BOLEH...BELI SIKIT2 PUN OK. BOLEH JUGA BUAT PESANAN AIR GAMAT, BEDAK PENAWAR, BAM ,MINYAK GAMAT, MINYAK URUT PANAS,...

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

Tima kasih sudi jadi sahabat :D

Friday, December 6, 2013

EMPAT MALAIKAT YANG MENDATANGI ORANG SAKIT

Dapatkan macam2 bedak sejuk disini.

Bedak sejuk muntah belut
Bedak sejuk benang sila ( putih dan ungu )
Bedak sejuk penawar sila
Bedak sejuk beras titik ( + pewangi halal / air surah yassin )
Bedak sejuk aloe vera titik
Bedak Arab
Bedak Tanaka

************************************************

Apabila anak Adam sakit, ini harus disyukuri karena ini adalah 
bukti kasih sayang Allah pada kita.  Oleh itu, jangan lah kita 
mengeluh saat sakit kerana hanya Allah swt saja yang tahu 
akan rahsianya. 





Sewaktu sakit, Allah swt mengutus 4 malaikat untuk selalu 
menjaga kita. 

Rasulullah SAW bersabda: 

“Apabila seorang hamba yang beriman menderita sakit, maka 
Allah memerintahkan kepada para malaikat agar menulis perbuatan 
yang terbaik yang dikerjakan hamba mukmin itu pada saat sihat 
dan pada saat waktu senangnya.” 

Dalam hadith yang lain Rasulullah saw bersabda : 

“Apabila seorang hamba mukmin sakit, maka Allah mengutus 
4 malaikat untuk datang padanya.” 

Allah memerintahkan : 

1. Malaikat pertama untuk mengambil kekuatannya sehingga 
menjadi lemah. 

2. Malaikat kedua untuk mengambil rasa lazatnya makanan dari 
mulutnya 

3. Malaikat ketiga untuk mengambil cahaya terang di wajahnya 
sehingga berubahlah wajah si sakit menjadi pucat lesi. 

4. Malaikat keempat untuk mengambil semua dosanya, maka 
berubahlah si sakit menjadi suci dari dosa. 

Tatkala Allah akan menyembuhkan hamba mukmin itu, Allah 
memerintahkan kepada malaikat 1, 2 dan 3 untuk mengembalikan kekuatannya, rasa lazat, dan cahaya di wajah hambaNya. 

Namun untuk malaikat ke 4, Allah tidak memerintahkan untuk 
mengembalikan dosa-dosanya kepada hamba mukmin. Maka 
bersujudlah para malaikat itu kepada Allah swt seraya berkata : 

“Ya Allah mengapa dosa-dosa ini tidak Engkau kembalikan?” 

Allah swt menjawab: 

“Tidak baik bagi kemuliaanKu jika Aku mengembalikan dosa-dosanya 
setelah Aku menyulitkan keadaan dirinya ketika sakit. Pergilah dan 
buanglah dosa-dosa tersebut ke dalam laut.” 

Dengan ini, maka kelak si sakit itu berangkat ke alam akhirat dan 
keluar dari dunia dalam keadaan suci dari dosa sebagaimana sabda 
Rasulullah SAW : 

“Sakit panas dalam sehari semalam, dapat menghilangkan dosa 
selama setahun.” 

“Tiada seorang mu’min yang ditimpa oleh lelah atau pe­nyakit, atau 
risau fikiran atau sedih hati, sampaipun jika terkena duri, melainkan 
semua penderitaan itu akan di­jadikan penebus dosanya oleh Allah,” 
(HR Bukhari-Muslim). 

“Jika sakit seorang hamba hingga tiga hari, maka keluar dari 
dosa-dosanya sebagaimana keadaannya ketika baru lahir dari 
kandungan ibunya,” (HR Ath-Thabarani). 

“Penyakit panas itu menjaga tiap mu’min dari neraka, dan panas 
semalam cukup dapat menebus dosa setahun,” (HR Al-Qadha’i). 

Oleh itu, jangan lah kita mengeluh dan bersedih bila ditimpa sakit. 
Khabarkan berita gembira kepada sahabat, saudara atau sesiapa juga 
yang sedang sakit, bahawa Allah menyayanginya. Jangan diresahkan, 
jangan ditangiskan, jangan ditertawakan jika seseorang itu menderita 
sakit sekalipun mungkin kehilangan tangan, kaki, mata atau apa juga bahagian jasad... kerana Allah swt sedang mencuci dosa-dosa yang 
ada sebelum dikembalikan roh yang suci itu kepadaNya.

Yang belum sakit itulah yang sepatutnya resah gelisah, kerana entah 
bila dosa-dosa itu bakal dicucikan, atau apakah kita menghadapNya 
nanti dengan penuh dosa untuk dicucikan di sana.

1 komen:

Anonymous said...

nice sharing :)