Dapatkan macam2 bedak sejuk disini.
Bedak sejuk muntah belut
Bedak sejuk benang sila ( putih dan ungu )
Bedak sejuk penawar sila
Bedak sejuk beras titik ( + pewangi halal / air surah yassin )
Bedak sejuk aloe vera titik
Bedak Arab
Bedak Tanaka
***************************************************
Kepada para wanita...tingkatkan ketakwaan anda kepada Allah swt
untuk jauhi seksaan sebegini di neraka...
1. Orang perempuan yang digantung dengan rambutnya, kerana
dia tidak mahu menutupi (melindungi) rambutnya daripada dilihat
oleh lelaki lain. Iaitu tidak mahu menutup auratnya.
2. Orang perempuan yang digantung dengan lidahnya dan api neraka
yang sangat panas dituangkan ke dalam lehernya adalah kerana
dia suka menyakiti hati suaminya dengan kata-katanya.
Rasulullah s.a.w. telah bersabda "seseorang wanita yang menyakiti
suaminya dangan kata-katanya maka Allah SWT akan melebarkan
lidahnya di hari kiamat nanti selebar 70 zira dan akan mengikat
di belakang lehernya. Seseorang perempuan yang menyeksa
suaminya dengan kata-katanya maka Allah SWT dan para malaikat melaknatinya."
Dari Usman r.a. berkata "seseorang perempuan yang mengatakan
kepada suaminya dengan berkata "Aku belum pernah melihat
kebaikanmu" maka Allah SWT akan menghapuskan amal kebaikannya
selama 70 tahun, walaupun dia berpuasa pada siang hari dan
mengerjakan solat pada malam hari.
3. Orang perempuan yang digantung dengan buah dadanya dan buah
zaqqum itu dituangkan masuk ke dalam lehernya adalah kerana dia
menyusui anak orang lain tanpa mendapat izin suaminya.
Perihal buah zaqqum, baca sini ZAQQUM
4. Orang perempuan yang diikat dengan dua kakinya di dalam
kerongkongan api neraka itu adalah kerana dia keluar rumah tanpa
izin suaminya terlebih dahulu dan tidak mandi hadas besar. Yakni
mereka yang tidak mandi bagi membersihkan diri setelah kedatangan
haid dan nifas.
5. Orang perempuan yang tergantung dan memakan badannya sendiri
dan api neraka dinyala-nyalakan daripada pihak bawahnya adalah kerana
ia berhias untuk dilihat oleh lelaki lain dan tiada memperhiasi bagi suaminya serta mereka yang suka membicarakan aib orang lain.
6. Orang perempuan yang memotong-motong badannya sendiri
dengan gunting dari neraka adalah kerana dia memasyhurkan dirinya dikalangan orang ramai, dengan bermaksud supaya orang melihat
akan perhiasannya. Dan setiap orang yang melihatnya akan tertarik kepadanya sebab perhiasan yang dia pakai.
7. Orang perempuan yang diikat kedua-dua kaki dan tangannya
sehingga sampai kepada ubun-ubunnya dan dibelit dengan beberapa
ular dan kala jenking dan ular serta kala jenking itu memakan akan
dagingnya dan meminum akan darahnya adalah kerana dia itu
meringan-ringan solat dan tidak mahu juga mandi junub.
8. Orang perempuan yang tergantung kepalanya seperti kepala babi,
dan badannya seperti kaldai adalah kerana dia suka mengadu domba
( batu api ) dan sangat suka berdusta.
9. Orang perempuan yang berbentuk seperti anjng adalah kerana dia
itu ahli fitnah dan suka marah kepada suaminya.
Abdullah bin Umar berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda
bahawa: "Kalaulah semua yang ada dibumi ini berupa emas dan perak, kemudian dibawa oleh seorang perempuan ke rumah suaminya, maka
satu hari dengan bangganya dia berkata: 'Awak ini siapa, semua harta
yang ada di sini adalah milik aku, engkau tidak mempunyai harta
apa-apa pun' .Maka sesungguhnya Allah SWT akan menghapuskan
semua amal baiknya walaupun amal itu banyak".
Ibnu Abbas r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
"Seseorang perempuan yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya, sesungguhnya dia dikutuk oleh segala yang disinari matahari dan bulan sehingga dia kembali ke rumah suaminya"
Ibnu Abbas r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
"Apabila seseorang perempuan itu keluar dari rumahnya dengan memperhiaskan dirinya dan memakai wangi-wangian yang harum
dan si suami pula membenarkannya, maka sesungguhnya Allah SWT
akan membangunkan kepadanya setiap langkah isterinya itu satu
rumah dalam neraka"
Thalhah bin Abdullah berkata bahawa dia mendengar Rasulullah SAW
bersabda: "Apabila seseorang perempuan itu sentiasa bermasam muka terhadap suaminya dan menyebabkan suaminya itu susah hati maka sesungguhnya Allah memurkainya sehingga dia tidak lagi boleh tertawa dihadapan suaminya atau pun menggembirakan suaminya itu".
10. Dan adapun perempuan yang seperti rupa anjing dan api masuk
ia ke dalam mulutnya dan keluar ia daripada duburnya; maka bahawa sesungguhnya ia adalah sangat membangkit akan manusia (mengungkit-ungkit pemberian atau pertolongan) lagi banyak dengki mendengki
11. Dan adapun perempuan yang tergantung hal keadaannya buta
dan tuli dan kelu yang di dalam kerongkongan api neraka; maka
bahawa sesungguhnya ia mendatangkan daripada anak zina dan
ditambatkan kepada batang leher suaminya. (perempuan yang
menduakan suaminya hingga mendapat anak zina dan dinyatakan
anak itu adalah hasil daripada suaminya).
Monday, December 30, 2013
SEKSAAN UNTUK WANITA DI NERAKA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment