BOLEH PESAN BEDAK2 SEJUK BERAS TITIK , BEDAK2 SEJUK MUNTAH BELUT , BEDAK SEJUK BENANG SILA DISINI - CARA BORONG PUN BOLEH...BELI SIKIT2 PUN OK. BOLEH JUGA BUAT PESANAN AIR GAMAT, BEDAK PENAWAR, BAM ,MINYAK GAMAT, MINYAK URUT PANAS,...

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

Tima kasih sudi jadi sahabat :D

Saturday, March 1, 2014

PULAU PINANG KU...

Kepada rakan2 yang mencari BEDAK2 SEJUK..Sini macam2 ADA...

Bedak sejuk muntah belut
Bedak benang sila biasa
Bedak benang sila harum serta span
Bedak sejuk beras titik biasa + pewangi halal + air surah yassin
Bedak sejuk beras titik + AIR GAMAT + air surah yassin
Bedak sejuk beras titik + pati ALOE VERA + air surah yassin
Bedak sejuk penawar benang sila
Bedak Tanaka
Bedak Arab

Nak tempah sikit2 boleh ...tempah banyak2 pun ok.
Insyallah boleh disediakan.

*****************************************************
Saya pernah menjadi warga Pulau Pinang selama hampir 20 tahun
sebelum berpindah pada tahun 2008.

Pelbagai kenangan manis dan pahit dialami semasa saya serta 
keluarga bermastautin di Pulau Pinang.

Itu lah yang membuat rindu saya pada kehidupan di Pulau Pinang
masih ada sehingga ke hari ini.

Pada saya, Pulau Pinang mempunyai keunikannya sendiri terutama
dari segi panorama semulajadi nya, pembangunan pesat nya serta yang 
penting dari segi pelbagai makanan yang boleh di dapati di sana.

Padang kota, Batu Feringgi, Teluk Bahang, Balik Pulau, kebun bunga,
Pulau Tikus, Pulau Jerejak, Georgetown dan tempat2 lain di Pulau Pinang menjadi kunjungan kami sekeluarga tidak kira hari biasa mahupun hari 
minggu terutama semasa mencari restoran2 besar dan kecil yang 
menyediakan makanan yang enak serta halal. 

Tidak boleh dilupakan juga keseronokan pengalaman menaiki feri
Pulau Pinang, Tram Bukit Bendera, berkelah di Batu Ferenggi, makan
durian di Teluk Bahang serta Balik Pulau. Juga akhir tahun ada
Pesta Pulau Pinang dan juga bermacam2 pesta lain seperti pesta
komputer di PISA Bayan Baru. 

Di bulan ramadhan pula, kawasan2 yang menjadi kunjungan kami 
sekeluarga untuk membeli juadah berbuka puasa bagaikan pesta
makanan. Tidak tahu apa nak pilih sebab banyak sangat dugaan
nafsu ketika itu semasa memilih makanan. Bubur lambuk jangan
cakap lah, TERBAIK juga terutama di masjid Sungai Nibung yang
menyediakan berkawah2 nasi lambuk untuk diagih2kan pada
penduduk setempat selepas waktu asar. FREE je. Lambat datang, 
pasti tidak merasa keunikan nasi lambuk ni. 

Rindu....Rindu kepada Pulau Pinang ku.

Nasi kandar Pulau Pinang juga adalah yang TERBAIK bagi saya.
Kalau kita merantau dimana2 negeri2 di Malaysia ni, tidak
sama rasa nya bila makan nasi kandar di negeri2 ini. 

Kita kena makan nasi kandar di negeri Pulau Pinang sendiri,
baru lah tahu keenakkan nasi kandar ini. Ini tidak disebutkan lagi
Pasembur, Rojak Pulau Pinang, Nasi Dalca, Sotong kangkung,
mee udang, ikan bakar , laksa Pulau Pinang, mee goreng mamak,
sup ayam, sup daging, sup tropedo, sup tulang, dll....

Tahukah anda...jika anda demam panas tak baik2, cari dan
makan lah sup2 ni...pasti demam akan reda secara ansur2.
Tak perlu jumpa doktor. Makan sup jadi pengubatnya, insyAllah.

Asam jeruk toksah kira la...para pengindamnya pasti akan
mencari nya di pasar Chowrasta, Pulau Pinang.

Berjalan2 petang di tepi pantai di Queensbay Bayan Baru dan
kawasan2 pantai berdekatan kawasan industri Pulau Pinang di
Bayan Lepas, kita boleh menikmati pelbagai2 hidangan petang
antaranya laksa, jagung bakar, air kelapa dll...

Saya bangga pernah menjadi warga Pulau Pinang dan bangga
Pulau Pinang pasti akan lebih maju dengan adanya jambatan kedua
ini.

Tahniah diucapkan kepada kerajaan pusat / tempatan yang
berjaya menyediakan jambatan kedua ini. 

Tidak sabar untuk melalui jambatan kedua Pulau Pinang ini
di dalam masa terdekat.









0 komen: