BOLEH PESAN BEDAK2 SEJUK BERAS TITIK , BEDAK2 SEJUK MUNTAH BELUT , BEDAK SEJUK BENANG SILA DISINI - CARA BORONG PUN BOLEH...BELI SIKIT2 PUN OK. BOLEH JUGA BUAT PESANAN AIR GAMAT, BEDAK PENAWAR, BAM ,MINYAK GAMAT, MINYAK URUT PANAS,...

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

Tima kasih sudi jadi sahabat :D

Tuesday, July 8, 2014

SINAR CAHAYA AYAT KURSI

BOLEH PESAN DISINI UNTUK MACAM2 BEDAK2 SEJUK

Bedak sejuk muntah belut
Bedak sejuk benang sila ( putih atau ungu )
Bedak sejuk penawar sila
Bedak sejuk beras titik biasa
Bedak sejuk beras titik campur pati aloe vera
Bedak sejuk beras titik campur air gamat

Tunggu je selepas buat pesanan, pasti akan sampai
ke alamat di beri, insyallah.

****************************************************
BULAN REJAB SUDAH BERLALU.
BEGITU JUGA BULAN SYAABAN . 
KINI TIBA BULAN RAMADHAN 1435 H.

SELAMAT BERPUASA DAN MARI PERTINGKATKAN AMALAN 
SOLEH KITA KEPADA ALLAH SWT.

*****************************************************
Baca selalu surah Ayatul Kursi , ayat 255 surah Al Baqarah



Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah.

Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah.
Sebab itulah Rasulullah s.a.w tidak akan masuk
rumah sehinggalah baginda mendengar salam
daripada isterinya. Di saat itu, syaitan akan lari
bersama-sama dengan salam itu. 






Hikmat membaca Ayat Al-Kursi :
 
 1) Sesiapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah swt akan mewakilkan dua orang malaikat memeliharanya hingga subuh. 
 
 2) Sesiapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang fardhu, dia akan berada dalamlindungan Allah swt hingga sembahyang yang lain.

3) Sesiapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap
sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut.

4) Sesiapa membaca ayat ini ketika hendak tidur,
Allah swt akan memelihara akan dia dan juga ke atas
rumahnya , rumah jirannya dan ahli rumah-rumah
disekitarnya. 
 
 5) Sesiapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah swt akan menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2 serta Allah juga melimpahkan padanya
rahmat. 
 
 6) Sesiapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah swt akan mengutuskan 70,000malaikat kepadanya dan mereka semua memohon 
keampunan dan mendoakan baginya. 
 
 7) Sesiapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah swt akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid. 
 
 8) Sesiapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah swt berkenan memberi pertolongan kepadanya. 

9) Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.

10) Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.

11) Mengikut keterangan dari kitab "Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.

12) Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya.


13) Sabda Rasulullah saw : 

"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."


14 ) Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. 

15 ) Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat
Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan
ketika dalam perjalanannya. 


16) Ayat Kursi yang di baca dengan penuh khusyuk,
Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. 


17) Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan zahir dan batin. 

18) Baca setelah berwudhu, darjatmu akan dinaikkan 70 tingkat. Tumpu bacaan pada Tuhan, bukan tumpu ayat, erti wudhuk ialah menyucikan, yakni suci dari tidak mensyirikkan Allah.

19) Dari Anas bin Malik r.a. berkata, "Rasulullah s.a.w. bersabda : "Apabila seseorang dari umatku membaca ayat Kursi 12 kali, kemudian dia berwuduk dan mengerjakan solat subuh, nescaya Allah akan menjaganya dari kejahatan syaitan dan darjatnya sama dengan orang yang membaca seluruh al-Quran sebanyak tiga kali, dan pada hari kiamat ia akan diberi mahkota dari cahaya yang menyinari semua penghuni dunia."
 
 Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda, " Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat ."

0 komen: