BOLEH PESAN BEDAK2 SEJUK BERAS TITIK , BEDAK2 SEJUK MUNTAH BELUT , BEDAK SEJUK BENANG SILA DISINI - CARA BORONG PUN BOLEH...BELI SIKIT2 PUN OK. BOLEH JUGA BUAT PESANAN AIR GAMAT, BEDAK PENAWAR, BAM ,MINYAK GAMAT, MINYAK URUT PANAS,...

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

Tima kasih sudi jadi sahabat :D

Friday, August 22, 2014

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA RASULULLAH S.A.W DI HARI JUMAAT YANG MULIA INI

BOLEH PESAN DISINI UNTUK MACAM2 BEDAK2 SEJUK

Bedak sejuk muntah belut
Bedak sejuk benang sila ( putih atau ungu )
Bedak sejuk penawar sila
Bedak sejuk beras titik biasa
Bedak sejuk beras titik campur pati aloe vera
Bedak sejuk beras titik campur air gamat

Tunggu je selepas buat pesanan, pasti akan sampai
ke alamat di beri, insyallah.

****************************************************
Baca lah surah al-fatihah dan hadiahkan pada ibubapa
kita setiap pagi dan petang dan sama2 kita berdoa untuk
semua muslimin muslimat terutama rakyat Palestine
di Gaza :
HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG


Aku memohon kepadaMu Ya Allah, engkau bantulah 
dan selamatkan serta berikan kemenangan kepada 
umat islam di dunia ini antaranya rakyat palestine 
terutama di Gaza , rakyat syria, rakyat iraq dan lain2 
yang sedang ditindas, dianiaya , dikejami serta diperangi  
oleh pemerintah masing2 yang kejam dan juga oleh kaum 
yahudi Israel yang kejam serta sekutu2 Israel yang 
menyokong tindakan ganas ini . Ya Allah bantulah untuk 
hancurkan mereka2 yang kejam ini supaya mereka akan
tahu Engkaulah yang lebih berkuasa dan bukan mereka2
yang kejam ini.

BULAN REJAB SUDAH BERLALU.
BEGITU JUGA BULAN SYAABAN . 
BERAKHIRNYA RAMADHAN TERASA PILU.
TIBANYA SYAWAL 1435H BANYAKKAN BERMAAFAN.

MAAF ZAHIR BATIN DAN 
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...

*****************************************************
Banyakkan berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w di
hari jumaat yang mulia ini. 




1) Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat 
keatasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 
10 kali ganda - (HR Muslim.)

2) Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita mengamalkan 
berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan 
solat fardu.

3) Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali 
sehari, insya Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama 
ada lelaki @ wanita.

4) Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali 
pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau 
memulas akan sembuh.

5) Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas 
solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam 
menghadapi apa jua masalah.

6) Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, 
insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. 
Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

7) Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap 
hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan 
dihargai oleh orang lain.

8) Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat 
walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan 
dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.

9) Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan 
dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, dan 
sebagainya dalam dirinya.

10) Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam 
Jumaat, Insya Allah akan beroleh kebahagiaan samada 
di dunia mahupun di akhirat.

11) Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu 
kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih 
disenangi di kalangan orang lain.

12) Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati,mudah 
memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping 
beroleh ketenangan fikiran.

13) Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana 
hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa 
jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.

14) Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap 
hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, 
lebih-lebih lagi pada saat kita menghadap kesukaran hidup.

15) Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap 
selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan 
menghindarkannya daripada sebarang bencana.

16) Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali 
setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang 
ancaman musuh serta bahaya fitnah.

17) Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu 
membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan 
segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.

18) Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat 
secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan 
serta tipu daya syaitan yang melalaikan.

19) Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan 
petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri 
daripada mendapat kemurkaan Allah.

20) Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 
7 Jumaat berturut2, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) 
daripada baginda SAW.

21) Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui 
Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat 
sebanyak 70 kali sehari.

22) Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 
80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, InsyaAllah 
akan dihapuskan dosa2 kecil seseorang.

23) Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap 
hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak 
disangka- sangka baginya.

24) Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, 
termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu 
Maha Luas rahmatnya.

25) Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat 
saban hari tak kira berapa hitungannya, insya Allah dihindarkan 
daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.

26) Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat 
mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan 
Allah akan hajatnya.

27) Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya 
dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 
kali setiap selesai solat Maghrib.

28) Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat 
yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap 
hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.

29) Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku 
sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada 
hari kiamat dengan keadaan bercahaya - HR Abu Naim.

30) Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali 
pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia 
akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat- HR Thabrani

0 komen: