BOLEH PESAN DISINI UNTUK MACAM2 BEDAK2 SEJUK
Bedak sejuk muntah belut
Bedak sejuk benang sila ( putih atau ungu )
Bedak sejuk penawar sila
Bedak sejuk beras titik biasa
Bedak sejuk beras titik campur pati aloe vera
Bedak sejuk beras titik campur air gamat
Tunggu je selepas buat pesanan, pasti akan sampai
ke alamat di beri, insyallah.
****************************************************
Baca lah surah al-fatihah pagi dan petang dan hadiahkan
pahalanya pada junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w serta
ahli keluarga dan kesemua sahabat2 baginda. Juga
di hadiahkan pahalanya kepada ibubapa kita serta kepada
semua muslimin muslimat yang masih hidup mahupun
telah meninggal dunia ..
Al fatihah
***************************************************************
Rasulullah saw dilahirkan pada malam menjelang dinihari, Isnin
tarikh 12 Rabiulawal tahun gajah bertepatan dengan tanggal
20 April 571 Masehi (kira-kira 1443 tahun masehi yang lalu ).
Ibu baginda bernama Aminah dan bapa Rasulullah saw pula bernama
Abdullah yang meninggal dunia dalam usia muda semasa perjalanan
pulang selepas berdagang dari Syria dan akibat jatuh sakit di Yatsrib
lalu meninggal dunia di situ.
Walaupun Aminah merasa sedih setelah mendapat berita kematian
suami tercinta tambahan pula Aminah kini dalam keadaan hamil tetapi
dia tetap sabar menanti kelahiran anak nya ini yang akan menjadi
penghibur duka kepada dirinya walaupun Aminah tahu anak nya
ini akan dilahirkan sebagai anak yatim.
Pada malam kelahiran Rasulullah, Allah swt utuskan perempuan2
muda bernama Aisyah dan Maryam yang menjadi bidan menguruskan
kelahiran Rasulullah dengan dibantu oleh bidadari2. Setelah selesai
proses kelahiran Rasulullah saw oleh Aminah, perempuan2 muda ini
tunggu sehingga waktu subuh sebelum meminta diri untuk
pulang.
Setelah Rasulullah saw selamat dilahirkan, datuknya Abdul Muthalib
begitu gembira dan diambilnya cucunya ini , diciumnya dan didakapnya
lalu dibawa ke kaabah sambil bertawaf mengelilingi kaabah.
Setelah ia kembali dari mengunjungi kaabah dan menemui menantunya
Aminah, dia berkata , " bayi ini akan kuberi nama Muhammad. Aku
berharap agar seluruh dunia sampai akhir memuji ia ( Muhammad )."
Padahal pada masa itu, ibu Rasulullah saw sendiri ingin memberikan
nama bayinya itu Ahmad sedangkan nama Ahmad itu sendiri telah
disebut2kan dalam kitab Taurat dan Injil.
Namun demikian, kedua2 nama tersebut iaitu Muhammad dan Ahmad
ada disebut didalam Al-Quranul Karim.
Begitu lah sejarah kelahiran Rasulullah saw dimana kelahiran baginda
memberi rahmat bagi seluruh alam dan menjadi pelita dunia yang
menerangi seluruh jagat raya ini dari timur hingga ke barat.
Selamat menyambut Maulidul rasul
pada 3 hb Januari 2015
bersamaan 12 Rabiulawal 1436H.
Friday, January 2, 2015
HARI PERAYAAN / KEBESARAN ISLAM : MAULIDUL RASUL
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment