BOLEH PESAN DISINI UNTUK MACAM2 BEDAK2 SEJUK
Bedak sejuk muntah belut
Bedak sejuk benang sila ( putih atau ungu )
Bedak sejuk penawar sila
Bedak sejuk beras titik biasa
Bedak sejuk beras titik campur pati aloe vera
Bedak sejuk beras titik campur air gamat
Tunggu je selepas buat pesanan, pasti akan sampai
ke alamat di beri, insyallah.
****************************************************
Baca lah surah al-fatihah pagi dan petang dan hadiahkan
pahalanya pada junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w serta
ahli keluarga dan kesemua sahabat2 baginda. Juga
di hadiahkan pahalanya kepada ibubapa kita serta kepada
semua muslimin muslimat yang masih hidup mahupun
telah meninggal dunia ..
Al fatihah
***************************************************************
Untuk menjadi seorang muazzin, amat penting untuk
membuat persediaan serta belajar dari guru bertauliah sebelum
ibadah mulia ini dijalankan.
Antara ciri2 untuk seorang muazzin ialah :
1) banyak kesabaran semasa melaungkan azan
2) melaungkan azan dengan tajwid @ makhraj yang betul
3) perlu disiplinkan diri untuk menjaga waktu azan yang diamanahkan
4) tidak mengapa jika tidak punyai suara merdu, yang utama ialah
keikhlasan semasa melaungkan azan
5) berselawat terlebih dahulu sebelum melaungkan azan
Jika ingin ketahui nikmatnya menjadi muazzin, hanya sesiapa yang
menjadi muazzin sahaja lah yang tahu betapa nikmatnya dan
tenangnya hati semasa melaungkan azan dan selepas melaungkan
azan.
Pergertian Azan.
Azan adalah satu lafaz khusus yang diamalkan oleh penganut agama
Islam sebagai tanda untuk menyatakan masuknya waktu solat fardu
supaya orang-orang Mukmin boleh diseru supaya bergesa berkumpul
untuk mengerjakan solat fardu.
Lafaz azan untuk waktu dzohor, asar, maghrib dan isyak.
Untuk laungan azan pada waktu subuh, di tambahkan :
Iqamat bermaksud sebutan tertentu untuk memberitahu para
jemaah untuk mula mengerjakan solat.
Kelebihan menjadi Muazzin (bilal).
1) Mengusir Syaitan
Hadis daripada Abu Hurairah katanya:
Maksudnya: “Sesungguhnya Rasulullah saw bersabda:
“Apabila dilaungkan azan untuk sembahyang, syaitan akan
menjauhkan dirinya sambil terkentut-kentut (kerana lari
sekuat-kuatnya) sehinggalah tidak terdengar lagi azan. Jika
selesai azan itu, syaitan akan kembali lagi sehinggalah iqamah
untuk sembahyang diserukan dia akan menjauhkan diri. Sehinggalah
selesai iqamah itu baharulah dia kembali lagi sehingga dia melintasi
antara seseorang itu dengan dirinya (mengwas-waskan). Dia akan
berkata: “Ingatlah begini-begini, ingatlah begini-begini terhadap
sesuatu yang tidak sewajarnya diingati, sehinggalah lelaki itu tidak
mengetahui berapa rakaat dia bersembahyang.”
(Hadis riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud dan an-Nasa’ie)
2. Diampunkan dosanya selama bilal itu mengalunkan azan.
Dalam satu hadis yang lain.
Daripada Al-Barra’ bin Azib r.a, berkata bahawa Rasulullah s.a.w
bersabda, “Sesungguhnya Allah dan malaikatnya berdoa untuk
yang berdiri di saf pertama. Para muazzin pula akan diampunkan
sebanyak mana suaranya dan siapa yang mendengarnya menjadi
saksi. Dia akan mendapat pahala orang yang mengerjakan solat
bersamanya”. (H.R Al-Nasai).
3. Jin Dan Manusia serta Selainnya Menjadi Saksi Di Hari Qiamat
Sebagaimana hadis daripada ‘Abdullah bin ‘Abdurrahman katanya:
Maksudnya: “Sesungguhnya Abu Sa‘id al-Khudriy ra berkata
kepadanya (‘Abdullah bin ‘Abdurrahman): “Sesungguhnya aku melihat
engkau menyukai kambing dan sahara. Jika engkau berada di lingkungan kambing atau saharamu lalu engkau azan untuk sembahyang, maka tinggikanlah suaramu ketika melaungkannya. Kerana tidak didengar
suara orang yang azan oleh jin dan manusia serta lain-lainnya
melainkan menjadi saksi baginya di hari qiamat.
Berkata Abu Sa‘id: “Aku mendengarnya daripada Rasulullah saw.”
(Hadis riwayat al-Bukhari dan an-Nasa’ie)
4. Pintu Langit Dibuka Dan Saat Doa Mustajab.
Sabda Rasulullah saw:
Maksudnya: “Jika dilaungkan iqamah untuk sembahyang, maka
dibukakan pintu-pintu langit dan dimakbulkan doa.”
(Hadis riwayat Ahmad)
Sabda Baginda lagi:
Maksudnya: “Bersabda Rasulullah saw: “Ada dua waktu tidak ditolak
doa orang yang berdoa, iaitu ketika iqamah sembahyang dan dalam
barisan jihad pada jalan Allah.”
Thursday, January 29, 2015
UNTUNGNYA MENJADI BILAL / MUAZZIN YANG MELAUNGKAN AZAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 komen:
perkongsian yang bermanfaat. terima kasih (=
Done follow
http://cikcandysour.blogspot.com
Post a Comment