BOLEH PESAN " HOME-MADE" BEDAK2 SEJUK DISINI...
Bedak sejuk beras titik biasa
Bedak sejuk beras titik campur pati aloe vera Bedak sejuk beras titik campur air gamat
Bedak sejuk beras titik campur pati buah2an
( Tomato / karot / Timun...)
Bedak sejuk beras titik campur pati sayur2an
( Daun pegaga /Daun Pudina / Temulawak, Daun semambu...) Bedak sejuk muntah belut
Bedak sejuk benang sila ( putih atau ungu ) Bedak sejuk penawar sila
PESAN SIKIT2 PUN BOLEH....PESAN BANYAK2 PUN BOLEH..
Tunggu je selepas buat pesanan, pasti akan sampai ke alamat di beri, insyallah.
****************************************************
Terdapat segelintir wanita mengabaikan solat ketika leka
membeli belah di Shopping Kompleks. Alasannya tak bawa
telekung atau telekung yang disediakan di surau kat shopping
kompleks kotor dan tak menyenangkan. Yang agak beragama
pula memberikan jawapan yang terlalu menyimpang dari
landasan agama, iaitu nak qada solat kat rumah nanti.
Sebenarnya, Qada solat adalah untuk orang yang meninggalkan
solat tanpa sengaja seperti tertidur dan terlupa. Bagi yang
meninggalkan solat secara sengaja,termasuk dengan alasan tidak
bawa telekung hukumnya berdosa besar( malah sesetengah ulama menghukumnya sebagai kafir). Pelakunya mesti bertaubat dengan
sebenar-benar taubat dan menqada solat yang ditinggalkan itu
sesegera mungkin.
Jadi dalam situasi sebegini, jika wanita tersebut telah memakai
pakaian yang memenuhi kriteria menutup aurat sebagaimana yang
telah dijelaskan, maka wanita tersebut boleh langsung bersolat
dengan pakaian tersebut.
SYARAT 1 : Mestilah Menutup Dagu.
Ramai orang solat tanpa telekung tak bertutup lohong dagu dia.
Kalau pakai tudung bawal, boleh pin kan bahagian tepi. Kalau pakai
tudung sarung, kena la pakai dua lapis untuk tutup dagu tu. Gunalah
style apapun, yang penting mesti tutup. Jangan lupa pin kan belakang
tudung dengan baju! Nanti time sujud, boleh terselak tudung. Nanti
nampak leher, batal pulak. Jangan lupa bab tu. Isu dagu ni terdapat
khilaf, canggah pendapat. Jadi, ikutlah mana yang rasa betul.
SYARAT 2 : SEELOK-ELOKNYA PAKAI HANDSOCKS!
Yes, sebab time melakukan pergerakan solat, ada kemungkinan baju
lengan kita boleh tersingkap dan nampak aurat. Memang kita boleh
cepat-cepat betulkan, tapi solat kita akan jadi sangat tak selesa dan
kita tak sedar kalau terbukak aurat So, kenalah pakai ok. Handsocks
ni memang digalakkan.
SYARAT 3 : Memakai Baju Lengan Pendek Dengan Handsocks.
Ingat, syaratnya MENUTUP AURAT, bukan MEMBALUT AURAT. Kalau
handsocks nya ketat, maka tak dikira menutup aurat sebab ketat.
Paling selamat kalau pakai baju lengan pendek ni dipakai 3 lapis.
Baju luar lengan pendek, baju lagi kat dalam lengan panjang,
dan handsocks. Sanggup? Jadi, tak boleh. Baju kenalah longgar
semuanya. Tak boleh ada yang ketat, walaupun lengan tangan.
SYARAT 4 : Kain Tak Jarang Dan Nampak Dalam.
Seeloknya solat tanpa telekung biarlah pakai kain. Jadi bentuk kaki
semua lagi yakin tertutup. Cuma, pakailah seluar kat dalam kain.
Nanti time solat tersingkap kain tu, susah jugak. Baju rasanya tak
perlu risau. Cuma perlu labuh dan longgar. Kalau pakai tudung
labuh, lagi mudah. Dan tudung bawal ni kadang-kadang boleh
nampak bayang-bayang leher kita, jadi pastikan takde
bayang-bayang semua sebelum solat, ok. Nanti terbatal solat,
sayang je kita solat.
SYARAT 5 : Pakai Stokin Yang Tebal.
Pastikan stokin yang dipakai kenalah longgar dan tak nampak
warna kulit kaki kita. Dan tak nampak bentuk jari antara kaki. Jadi,
kita kena kasi longgar-longgar sikit stokin tu. Apapun, nampak jari
kat stokin tu pun ada khilaf jugak, bercanggah pandangan. Ada
yang kata nampak bentuk dimaafkan pada syarak.
Sebab tu la tak digalakkan pakai stokin terlalu pendek dan nipis.
Nanti susah nak solat.
SYARAT 6 : Pakai Seluar?
Seeloknya, pakailah kain. Sebab khuatir seluar ketat dan time
buat pergerakan solat akan tertimbul bahagian-bahagian yang
tidak diingini. Kita boleh pakai seluar. Tapi seluar tu mestilah
longgar dan baju yang kita pakai mestilah labuh hingga menutup
punggung dan peha.
Banyak benda perlu berhati-hati kalau nak solat tanpa telekung,
terutama bila lakukan pergerakan solat. Sebab tu pakaian semua
perlu longgar dan tudung seeloknya labuh.
Thursday, May 28, 2015
6 SYARAT AURAT SOLAT TANPA TELEKUNG
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment