BOLEH PESAN MACAM2 BEDAK2 SEJUK DISINI..
a) BEDAK SEJUK BERAS TITIK
Bedak beras boleh di campur dengan pati sayur2an serta buah2an
dengan pilihan warna bedak beras titik.
Antara jenis bedak titik yang boleh disediakan :
Bedak sejuk beras titik biasa / aloe vera / air gamat / Tomato /
karot / Timun / Daun pegaga / Daun Pudina / Temulawak /
Daun semambu / dan lain2 campuran pati sayur2an serta buah2an
b) JUGA ADA :
Bedak sejuk muntah belut
Bedak sejuk benang sila ( putih atau ungu )
Bedak sejuk penawar sila
PESAN SIKIT2 PUN BOLEH....PESAN BANYAK2 PUN BOLEH..
Tunggu je selepas buat pesanan, pasti akan terima.
In shaa Allah.
--------------------------------------------------------------------------------
6 tahun lepas kami berpindah dari Pulau Pinang ke Ipoh ( selepas
menetap di Pulau Pinang selama 17 tahun kerana suami berkhidmat
di sektor swasta ). Sekembali kami ke kampung halaman kami, kami
terfikir2 apa jenis perniagaan yang ingin dijalankan supaya masa tidak
terluang begitu saja.
Kami cuba beberapa jenis perniagaan antaranya penyediaan makanan
secara sejuk beku, katering kecil2an dan jualan ebook secara online
yang tidak perlu modal permulaan perniagaan yang tinggi.
Memang ada hasil pendapatan dari perniagaan2 ini tapi kami terasa
seakan2 perniagaan2 ini seperti tidak memenuhi citarasa kami untuk
mengetengahkan produk keluaran kampung atau tradisional.
Hendak dijadikan asas permulaan perniagaan bedak sejuk beras titik
ini, mak kami sudah pun jalankan perniagaan bedak sejuk secara
kecil2an bertahun2 lama nya sehinggakan penduduk2 kawasan ini
memang kenal sangat dengan makcik Supiah ( mak kami ) , penjual
bedak sejuk muntah belut.
Bedak sejuk muntah belut jenis ini selalu digunakan untuk rawatan
masaalah kulit seperti kayap, ruam, bisul serta masaalah jerawat pun
boleh dibantu sembuhkan...In shaa Allah.
Bedak sejuk Muntah Belut |
Agak lama juga kami bantu mak di dalam urusan perniagaan bedak
sejuk muntah belut ini sehinggakan satu hari, kami ingin tambahkan
produk bedak sejuk lain dan bertanya kepada mak, " Adakan dia tahu
cara nak buat bedak sejuk beras titik ? ".
Dia tahu...mak kami tahu !! Terkejut kami.
Mak pun ajar cara2 buat bedak sejuk beras titik , bermula dari pilihan
jenis beras, proses rendaman beras , pertukaran air rendaman
sehinggakan ke cara2 untuk menitik rendaman beras untuk dijadikan
bedak sejuk beras titik.
Dengan petua2 mak ini lah, kami ikutkan sehingga ke hari ni dengan
penambahan2 jenis2 bedak sejuk beras titik sehinggakan ke warna
pilihan bedak itu.
Begitu lah cerita secara ringkas cara penubuhan syarikat kami NURALYA
ENTERPRISE, pengeluar bedak sejuk beras titik kampung yang punyai
khasiat tersendiri mengikut campuran pati2 sayur2an atau buah2an
pada rendaman beras itu.
Memang seronok buat dan berniaga bedak sejuk ini. Sekurang2nya kami
dapat membantu untuk jadikan produk tradisional sebegini tidak akan
luput atau hilang dek peredaran zaman moden ini. Kami tahu masih ada
pengamal2 bedak sejuk beras titik yang tercari2 bedak sejuk beras titik
yang asli keluaran kampung.
Jadi sudi2 dapatkan bedak sejuk beras titik ini dari syarikat kami,
NURALYA ENTERPRISE.
Kami bersyukur pada Allah swt kerana memberi kami peluang majukan perniagaan bedak sejuk ini melalui mak kami dan In Shaa Allah...kami
akan usahakan sebaik yang boleh.
Jadi sudi2 buat pesanan bedak sejuk dari kami.
Sikit2 pun boleh, banyak2 pun boleh.
Bedak sejuk beras titik dengan campuran pati pilihan |
Aneka warna pilihan |
Bedak sejuk beras campur pati daun semambu |
Bedak sejuk beras biasa , Tomato serta Aloe vera |
Bedak BerasTemulawak |
1 komen:
SAYA SEKELUARGA INGIN MENGUCAPKAN BANYAK TERIMAH KASIH KEPADA AKI NAWE BERKAT BANTUANNNYA SEMUA HUTANG HUTANG SAYA SUDAH PADA LUNAS SEMUA BAHKAN SEKARAN SAYA SUDAH BISA BUKA TOKO SENDIRI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN AKI YG TELAH MEMBERIKAN ANKA JITUNYA KEPADA SAYA DAN ALHAMDULILLAH ITU BENER2 TERBUKTI TEMBUS..BAGI ANDA YG INGIN SEPERTI SAYA DAN YANG SANGAT MEMERLUKAN ANGKA RITUAL 2D 3D 4D YANG DIJAMIN 100% TEMBUS SILAHKAN HUBUNGI AKI NAWE DI 085-218-379-259
Post a Comment