KAMI, Nuralya Enterprise, adalah pengeluar Bedak Sejuk Beras Titik
dengan pelbagai pilihan campuran pati dan pilihan warna bedak sejuk
beras titik.
Juga ada menjual macam2 jenis bedak sejuk yang lain.
Beli sikit2 pun boleh...Beli cara borong pun boleh.
a) BEDAK SEJUK BERAS TITIK
Bedak beras boleh di campur dengan pati sayur2an serta buah2an
dengan pilihan warna bedak beras titik. Kami sedia menyediakannya
ikut permintaan.
Antara jenis bedak titik yang boleh kami sediakan :
Bedak sejuk beras titik biasa ( asli tanpa campuran pati )
Bedak sejuk beras titik Aloe vera
Bedak sejuk beras titik Air gamat
Bedak sejuk beras titik Tomato
Bedak sejuk beras titik Karot
Bedak sejuk beras titik Timun
Bedak sejuk beras titik Daun pegaga
Bedak sejuk beras titik Daun pudina
Bedak sejuk beras titik Temulawak
Bedak sejuk beras titik Daun semambu
Bedak sejuk beras titik Sagu bemban
Bedak sejuk beras titik Daun Mengkudu
Bedak sejuk beras titik Daun Gelenggang
ATAU lain2 campuran pati sayur2an serta buah2an
b) JUGA BOLEH DIPESAN :
Bedak sejuk muntah belut
Bedak sejuk benang sila ( putih atau ungu )
Bedak sejuk benang sila ( harum dengan span )
Bedak sejuk penawar sila
*********************************************
Bedak sejuk beras titik yang kami buat adalah hasil rendaman beras
berbulan2 lamanya sebelum dititikkan jadi bedak beras titik. Beras yang
direndam akan hancur dengan sendirinya. Penukaran air rendaman beras
itu akan selalu dibuat untuk elakkan rendaman beras menjadi terlalu
berbau.
Ini cara tradisional asli penyediaan Bedak sejuk beras titik, cara petua
mak saya yang juga seorang usahawan Bedak sejuk beras pada usia
muda nya.
Mak saya
Titikan rendaman beras untuk dijadikan bedak sejuk titik juga dibuat cara
manual yakni dengan cara guna tangan. Mak saya memang larang guna
peralatan mesin semasa titikan bedak jadi saya ikut petua ni sampai
sekarang dalam proses penyediaan bedak ni. Cara titik pun kena guna
daun pisang. Ini pun saya ikut.
Memang tidak dinafikan pasti ada bau sikit bedak sejuk beras titik ini
tapi itulah keunikan bedak ni.
Saya pasti ada pelbagai cara dalam penyediaan Bedak sejuk beras
titik ini dengan pelbagai ramuan campuran herba , tempuh rendaman
beras dll ...tapi pada saya, saya bersyukur di ajar cara penyediaan
dengan petua nya ....PETUA MAK SAYA.
Dulu bedak sejuk beras ini berwarna putih je...tapi kami serikan dengan
pelbagai warna...ikut permintaan dan hasil nya...
Sudi2 lah ye pesan Bedak sejuk beras titik dari
kami....
0 komen:
Post a Comment