BOLEH PESAN BEDAK2 SEJUK BERAS TITIK , BEDAK2 SEJUK MUNTAH BELUT , BEDAK SEJUK BENANG SILA DISINI - CARA BORONG PUN BOLEH...BELI SIKIT2 PUN OK. BOLEH JUGA BUAT PESANAN AIR GAMAT, BEDAK PENAWAR, BAM ,MINYAK GAMAT, MINYAK URUT PANAS,...

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

Tima kasih sudi jadi sahabat :D

Monday, January 5, 2009

Ilham??

Ramai saudara mara dan kengkawan yg dah tahu mengenai novel saya, sering bertanya bagaimana saya dapat ilham menulis. Susah gak nak jawab. Sebab ilham ni datang dari banyak ceruk. Kadang kala ia datang ketika saya menonton tv, membaca majalah, atau pun dari kejadian yang berlaku di sekeliling saya.
Tapi untuk novel 'Memori Janji Kasih' saya dapat ilham ketika mendengar lagu Sahri AF1. Dicampur sikit dengan kisah2 yang saya baca dan saya selitkan sedikit unsur perubatan di dalamnya. Bukannya apa, at least buku saya tu taklah nampak kosong sangat isinya.



Macam itu lah bagaimana saya mula membina cerita rekaan saya. Mungkin ada sedikit persamaan cerita dengan penulis2 novel yang lain, itu biasalah. Sebab topik utama sesebuah cerita cinta tu tak boleh lari dengan halangan, perbezaan darjat, dan lain-lain unsur. Cuma yang membezakan cara penulis itu menyampaikan ideanya.

Saya berharap pembaca2 novel di sana tu dapat menerima kehadiran novel saya di persada penulisan ini. Jika nak kritik, boleh. Tapi jangan sampai ingin menjatuhkan semangat saya pulak hehe... Selamat membaca.....

Sunday, January 4, 2009

Ucapan Hari Jadi


Happy Birthday buat Alang dan Angah!!


Semalam genaplah usia Alang 13 tahun. Wah!! Dah remaja anak umi ni. Sekarang Alang takleh lai berperangai macam budak2. Kena control macho....(lol). Umi dan Abah sentiasa doakan agar Alang cemerlang dalam hidup di dunia dan di akhirat. Jadi anak yang soleh, tau...

Ini Alang.

Esok pulak ulang tahun Angah. Ha...dah 16 tahun. Apa?? Nak belajar bawak motor??!! Nooooo!!!! Jangan Angah, umi tak benarkan. Pergi sekolah naik basikal ataupun biar abah saja yang hantar.

Ini Angah.



Walaupun korang dah besar, dah remaja, tapi pada umi korang masih budak2. Biar semua berada dekat umi dan abah. Senang kami nak tengok dan control korang....haha....

Bulan ni banyak betul sedara mara dan kenalan yang sambut hari jadi. So untuk menjimatkan waktu dan duit (Hahaha...) saya tuliskan aje di sini.

Ayah Cik (1hb) dan anak perempuannya Nur Amalina (7hb) - Kami tak pernah lupa tarikh2 ni, cuma kadang2 segan nak sms pada Ayah Cik yang nampak tegas. Buat Amalina, u jauh kat paris, camne nak sms.

Adi (3hb) - adik ipar saya

Abang Ad (7hb) - abang ipar saya....

Nana (15hb) - adik sepupu saya yang comel....muahss

Joey (16hb) - adik sepupu gak. Handsome tapi dah ada anak dua. Nnt marah isterinya....

Safwan (17hb) - anak saudara saya yg tgh belajar kat Yogyakarta. Ambil medik... Wah! Pak nnt obati saya ya.... bagi free saja....

Amir (20hb) - anak saudara lagi. Masih sekolah rendah

Syakirin (23hb) - terror dalam tae kwan do ni. Jgn main2

dan tak lupa buat Eka Fahara (1hb) - rakan saya, ex jiran saya dan penulis yang sedang meningkat naik.... ada projek terbaru ke? Bila nak keluarkan novel terkini??




Happy Birthday to All


Those who mean
the most to us
Are never
out of mind.
And thoughts
of them
are always
Of the warm
and special
kind.

Wednesday, December 31, 2008

Salam Maal Hijrah 1430H dan Selamat Tahun Baru 2009



Saya rasa belum terlambat untuk saya ucapkan selamat Maal Hijrah untuk semua rakan-rakan pengunjung setia saya. Dan saya juga ingin ucapkan selamat tahun baru 2009!!
Saya terima banyak ucapan sms. Ingin saya kongsikan bersama di sini.
Imbas kembali perjalanan Rasullullah saw beserta para sahabat bergelar Muhajirin dari Mekah ke Madinah untuk mengembangkan syiar ISLAM dengan penuh sejarah besar .... 'SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH'

If ALLAH answers your prayers
ALLAH is increasing your faith
If ALLAH delays
ALLAH is increasing your patience
If ALLAH doesn't answer
ALLAH has better plans for u in 1430H

Saya juga doakan kepada semua pembaca blog ini (dan untuk diri saya sendiri)
Semoga tahun baru ini membawa nur yang baru dalam kehidupan kita,amin

Moga-moga kita semua dapat hadapi tekanan hidup dengan senyuman di bibir. Jangan cepat mengalah dan mengeluh.... tak baik beb...
www.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.ws



Tuesday, December 30, 2008

Keputusan PMR!!!!

www.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.ws


Hari ni kami sekeluarga bergegas ke Pulau Pinang untuk mengambil keputusan peperiksaan PMR yang dijangkan keluar hari ni.Tapi masa dalam kereta, perasaan was-was mula timbul. Dialog dalam kereta:

Saya : Betul ke keputusan keluar hari ni? Nanti penat je kita ke Penang tapi
keputusan keluar esok. Nak tidur kat mana?

Suami : Minggu lepas dah keluar dalam paper. Dah umum 30hb keluar.

Saya : (Buka radio dalan kereta - stesen Era (Kotlah ada keluar berita pasal PMR
ni))
Tak de pun cerita pasal result ni. Hish betul ke....

Suami : Call sekolah. Cuba tanya...

Saya : (Diallah nombor telefon sekolah...dapat cakap..)
Confirm keluar result hari ni.
(Jeling ke wajah anak lelaki saya yang nombor dua tu, alamak suspen je...)
Takut ke Angah? (Senyum)

Angah : (Angguk je dan berpaling keluar tingkap kereta)

Sepanjang jalan kami hanya bersembang biasa. Langsung tak sentuh pasal result Angah.


Bukan kami saja yg teruja nak tahu, Nenek serta sepupu-sepupunya jg ikut sama.. nah kau! penuh kereta!!!Tapi takpe..bukan selalu dapat kumpul camni. Semua tak sabar2 nak tahu keputusan Angah...

Dan keputusannya!!


Tu yang tinggi tu lah anak saya. Dia dan rakan baiknya sama2 dapat keputusan 8A....
SYABAS AND WELLDONE Angah dan Ashraf!!!
Kucupan Tahniah dari Ummi...

Wednesday, December 24, 2008

Novel pertama saya - MEMORI JANJI KASIH

Alhamdulillah.....

Hari ni saya gembira akhirnya novel pertama saya di keluarkan.
MEMORI JANJI KASIH....menggunakan nama pena saya
NOR ALYA sepatutnya NURALYA tapi saya tak kisah sebab
dah keluar dah setelah hampir 1 tahun lebih saya menunggu.

Terima kasih kepada CREATIVE ENTERPRISE SDN BHD juga
kepada editor saya Cik Norazlina yang tak jemu melayan kerenah saya.

Sila ke link ni ....

Sinopsis novel MEMORI JANJI KASIH.

"Zahier, ibumu tidak pernah merestui cinta kita. Tidak pernah sesekali mengizinkan untuk aku menyayangi anak tunggalnya. Membuat aku tertanya-tanya, salahkah pipit dan enggang terbang bersama? Lalu kutemui jawapannya. Ya! Pipit dan enggang tidak layak terbang berdua. Tidak layak menyulam harapan dan impian untuk hidup bersama. Zahier… demi sebuah ‘syarat’ yang tak mampu kukhianati, demi janji-janjiku pada ibumu, aku harus tega terima segalanya. Lalu perlukah kita teruskan impian yang sia-sia ini? Berhentilah daripada terus memburu diriku. Kerana langkahku tak panjang untuk berlari merentas benua bagi menghindari diri darimu. Cukuplah, aku telah letih untuk mendengar segala tohmahan dan kejian yang dilemparkan kepadaku. Kerana aku telah letih menyintaimu. Kerana aku telah jerih menyayangimu. Berilah ruang dan peluang untuk aku bina hidup baru, untuk aku terbang bersama sang pipit, biarpun tak
mampu terbang tinggi, namun kami serasi…"

Sila ke link ni ...