Disini saya nak cerita sikit.
Setelah bertahun2 niaga sambil amal pakai
Bedak Muntah Belut ni, sehingga kini , saya
masih menerima pertanyaan2 yang agak aneh
dan lucu mengenai bedak ni.
Semuanya disebabkan oleh nama bedak ni
sendiri iaitu Bedak Muntah Belut.
Ada rakan2 bertanya saya , Kenapa guna
'Muntah Belut' untuk jadi bahan bedak ni dan
bagaimana cara nak kumpul muntah2 belut ni
dan berapa banyak muntah belut diperlukan
untuk buat sebiji bedak ni ?
Agak lucu juga bila saya dengar pertanyaan ni.
Sebelum ni pun, saya pernah terangkan yang
Bedak Muntah Belut ni cuma pada nama nya
saja. Pembuatannya tidak dimasukkan apa2
bahan pun dari mana2 bahagian mahupun dari
isi perut belut tu sendiri.
Bahan asasnya adalah dari sejenis tanah yang
di proses rapi untuk dijadikan bedak yang punyai
khasiat tertentu yang berkemampuan membantu
merawat masaalah2 kulit antaranya ruam, kayap,
jerawat, bisul, demam campak.
Jika saya nak kata bedak ni sesuai untuk semua
orang, mungkin agak keterlaluan TETAPI apa yang
boleh saya katakan dari maklum balas rakan2, ramai
juga yang serasi dengan penggunaan bedak ni untuk
merawat masaalah2 kulit mereka tu walaupun ada
antara rakan2 ini baru saja mencuba nya.
Ada faktor2 tertentu yang perlu di ambilkira untuk
memastikan bedak ni serasi atau bersesuain dengan
kulit seseorang iaitu dengan cara pemilihan "Jenis air"
yang perlu digunakan untuk melarutkan bedak ni sebelum
digunakan. Bedak ni perlu dilarutkan dulu sebelum guna.
Kebiasaannya saya akan cadangkan penggunaan jenis
air seperti Air Gamat, Air tapisan dari paip, Air zam2,
Air mineral atau Air kelapa muda. Jenis2 air ni
kebiasaannya lebih baik kandungannya berbanding
dengan air terus dari paip yang pasti punyai kandungan
klorin tinggi.
Oleh itu, saya selalu cadangkan jika boleh, elakkan
penggunaan air terus dari paip untuk melarutkan bedak ni
dikhuatiri dengan adanya air jenis ini, akan memudaratkan
masaalah2 kulit pada kulit sensitif disebabkan dengan adanya
kandungan klorin tu.
Rakan2 boleh mencuba jenis2 air yang saya sebutkan diatas
dan cari yang bersesuaian dengan kulit sendiri. Bila sudah temui
jenis air yang sesuai untuk dilarutkan bedak ni dan juga rasa
serasi bila guna bedak muntah belut ni, teruskan
guna jenis air ni untuk sembuhkan masaalah kulit tu.
Insyallah akan sembuh masaalah2 kulit tu.
Macam saya, anak perempuan saya pun guna bedak muntah
belut ni.
Sunday, March 25, 2012
CERITA SIKIT : BEDAK MUNTAH BELUT BUKAN DIBUAT DARI MANA2 BAHAN ATAU ISI BELUT
dicatat oleh Unknown sendiri 10:08 PM 4 komen
Labels: Bedak Muntah Belut
Saturday, March 24, 2012
ASMAUL HUSNA 99 NAMA ALLAH
Di pagi hari, sebutlah 99 nama Allah s.w.t
agar selamat dunia dan akhirat.
Doa ASMAUL HUSNA :
Ya Allah, sesungguhnya aku hambamu dan
anak hambamu dan anak hamba perempuanmu,
uburku dalam genggamanmu. Perintahmu telah
lalu atas diriku dan engkau maha adil dalam
Qada'Mu.
Aku memohon kepadaMu dengan segala namaMu
yang untuk engkau berikan atau Engkau turunkan
didalam kitabMu atau Engkau mengajarkan sesiapa
makhlukMu atau Engkau yang sembunyikan ilmu
ghaib ( dalam ) pengetahuanMu disisiMu supaya
jadikan Quran penyejuk hatiku dan penerang dadaku
serta menghapuskan duka dalam diriku.
Amin.
Wednesday, March 21, 2012
GAMAT & AIR GAMAT : APA KHASIATNYA ?
Tahukah anda, Gamat adalah obat tradisional serbaguna
sejak ratusan tahun yang
lalu.
Gamat atau timun laut atau sea cucumber jelly
adalah merupakan spesis haiwan dari khazanah laut
yang unik yang di kurniakan oleh Allah s.w.t. Ia hidup
dengan memakan plankton serta bahan organik yang
hidup di dasar laut yang bersih dan tidak tercemar.
Gamat kaya dengan protein, zat galian serta
mucopolysaccharida (lendir) dan sebatian lain
yang mana boleh dijadikan sebagai ubat serbaguna
bagi merawat pelbagai penyakit.
Gamat apabila dipotong dua akan bercantum kembali
di bahagian belah. Ini menjadikan gamat antara ubat
yang sesuai untuk merawat luka dan mampu memulihkan
tisu yang cedera.
Di negara China , gamat di panggil sebagai Haisom.
Dalam bahasa China : Hai berarti laut, dan Som
bererti ginseng. Orang China telah menganggap gamat
sebagai “ginseng laut”.
China sejak 5,000 tahun dahulu serta digunakan
dalam masakan di Asia (Malaysia, Singapore, Jepun,
Korea dan Indonesia).Gamat juga digunakan untuk
masakan di negara-negara Mediterranean seperti
Sepanyol yang digunakan sebagai sumber protein
yang unik.
antaranya Jelly gamat, Pati gamat, Krim gamat , sabun
gamat dan juga Air gamat.
Mengambil contoh air gamat, walaupun di pasaran
terdapat pelbagai jenama air gamat namun khasiatnya
lebih kurang sama saja. Setelah gamat ini di proses,
walaupun ada antara kita tidak suka akan baunya
mahupun rasanya bila di telan, tetapi sebenarnya air
gamat ini mempunyai banyak khasiatnya sehinggakan
air gamat kini di kenali sebagai tonik tradisional
bagi kesihatan .
Air gamat
Bertahun2 dulu, air Gamat yang diolah secara
tradisional memiliki kelemahan2 seperti warna tidak
menarik serta berbau tidak sedap. Kini, banyak
kaedah telah digunakan menghasilkan produk
Gamat contohnya air Gamat yang berkualiti,
berwarna jernih serta tidak berbau tanpa mengurangi
khasiatnya.
Percaya atau tidak, banyak khasiat gamat dan air
gamat ni. Mengikut kajian kesihatan antara khasiat
gamat dan air gamat ialah :
1) Bantu melarutkan Bedak Muntah Belut sebelum
larutan bedak ini digunakan untuk merawat masaalah2
kulit tubuh
2) Air gamat juga boleh dijadikan ubat untuk jantung
berlubang dan mencegah penyumbatan pembuluh
darah akibat kolestrol dan bantu lancarkan peredaran
darah
Friday, March 16, 2012
SURAH AL-FATIHAH
Sesungguhnya Ia Merupakan Satu Doa Yang Amat
Surah Al-Fatihah (سورة الفاتحة) -
Pembukaan - surah yang diturunkan di Makkah dan
Surah ini dinamakan Al-Fatihah (Pembukaan) kerana
Surah ini juga dinamakan Ummul Quran (ام القــرآن - Ibu
Surah ini turut dinamakan As-Sab'ul Matsaani yang

.jpg)
.jpg)




Time in Ipoh
Time in Mecca 
