Adalah amat penting untuk kita membuat kajian sendiri
untuk mengetahui jenis kulit badan kita terutama pada
bahagian muka sebelum kita membuat sebarang keputusan untuk
mendapatkan cara2 penjagaan kulit yang tepat ataupun rawatan
yang sesuai jika kulit bermasaalah.
Kita perlu bertanya soalan ini ? Adakah setiap manusia mempunyai
jenis kulit yang sama semasa dilahirkan dan adakah keadaan kulit
kita akan berubah2 mengikut penambahan umur ?
Dari analisa pelbagai artikle mengenai jenis2 kulit manusia, adalah
tidak tepat jika kita andaikan semua manusia mempunyai jenis kulit
yang sama .
Secara genetik, kualiti kulit awal ditentukan semasa kita dilahirkan.
Namun dengan penambahan umur dan keadaan persekitaran, kesihatan
dan kecantikan kulit akan bergantung kepada cara kita menguruskan
diri dan juga akan bergantung pada diet makanan kita.
Proses penjagaan kulit semestinya akan mengambil masa tetapi amat
penting kita mengambil langkah2 penjagaan yang betul untuk mengelakkan dari mengalami proses penuaan yang tidak semulajadi mahupun kekedutan
ketara pada kulit serta menghadapi masaalah kesihatan kulit yang tidak diundang.
Secara umum, ada lima jenis kulit asas pada manusia yang masing2
mempunyai cara2 tersendiri mahupun perhatian khusus untuk
penjagaan mahupun rawatan.
Jenis2 kulit ini adalah :
1. Lumrah / Normal
2. Kering / Dry
3. Berminyak / Oily
4. Kombinasi / Combination
5. Sensitif / Sensitive
Untuk menentukan jenis kulit mana kita punyai , satu cara mudah
ialah dengan menggunakan ujian tisu muka / facial tissue yang bersih.
Caranya ialah dengan mengesat muka atau wajah kita selepas bangun dari tidur di pagi hari dan kemudian meneliti keadaan di permukaan tisu itu.
1. Kulit lumrah / Normal skin
Bagi sesiapa punyai keadaan kulit lumrah, ujian tisu tidak akan
menunjukkan apajua kesan minyak. Kulit jenis ini kebiasaannya
adalah jenis kulit yang tidak bermasaalah dan kulit akan terasa
tegang dan tidak kendur. Kulit jenis ini akan kelihatan sihat dan
bersih warnanya.
Kulit jenis ini tidak memerlukan penjagaan kulit berlebihan.
2. Kulit kering / Dry skin
Untuk kulit kering, ujian tisu akan menujukkan keadaan bersih.
Tetapi kita akan merasa kulit wajah kita berkeping2 dan kering.
Kulit jenis ini akan menampakkan keadaan pucat, berkedut2 serta
lubang2 pori yang kecil. Kulit kita juga akan menampakkan
keadaan penuaan ketara dan kemungkinan akan terasa kulit gatal2.
Untuk mengawal dari masaalah ini, sekurang2nya menggunakan
pelembab muka yang bersesuaian dengan kulit untuk memulihkan
kesihatan kulit.
3. Kulit berminyak / Oily skin
Dengan punyai kulit keadaan berminyak, ujian tisu akan
menampakkan kesan2 minyak pada bahagian pipi, hidung
serta dahi.
Kulit berminyak akan menjadi masaalah pada seseorang
terutamanya akan kelihatan berminyak, berkilau-kilau, kasar
serta kesat. Jenis kulit ini akan mengakibatkan lubang pori2
membesar yang kemudiannya punyai potensi untuk merangsang
timbulnya jerawat.
Untuk mengawal keadaan ini, langkah2 segera perlu diambil
terutama meminimumkan pengambilan makanan berkarbohidrat,
awasi cara pencucian kulit, elakkan pengunaan krim2 yang
terlampau kaya khasiatnya.
4. Kulit kombinasi / Combination skin
Seandainya punyai kulit kombinasi pula, ujian tisu akan menunjukkan
kesan2 minyak dari bahagian hidung dan dahi tetapi akan
menunjukkan keadaan bersih di kawasan pipi .
Kulit kombinasi akan menunjukkan dua keadaan iaitu keadaan kulit
berminyak serta kering.
Pada bahagian kering biasanya terletak di pipi dan sekitar mata.
Andai ini berlaku, harus dirawat dengan krim pelembab sementara
pada bahagian kulit berminyak, biasanya di dahi dan hidung,
memadai dengan pencucian menyeluruh.
5. Kulit sensitif / Sensitive skin
Kulit sensitif pula kebiasaannya sangat kering, terasa tegang,
cenderung kepada radangan . Biasanya, kulit sensitif akan
menyebabkan keadaan kemerahan dan bersisik2 dikawasan tertentu.
Malah akan terasa gatal dan potensi mengakibatkan wujudnya
pembesaran lubang2 pori.
Jenis kulit ini amat bermasalah dan berkeadaan amat rapuh kepada
jangkitan. Kulit jenis ini seharusnya memerlukan jenis rawatan yang
bersesuaian dengannya.
Kita juga perlu tahu bahawa antara penyebab tumbuhnya jerawat ialah keadaan kulit yang kotor. Sewaktu tidur dan juga di siang hari,
kulit kita akan meresap kotoran dan lemak dari persekitaran. Ini potensi
untuk menyebabkan lubang2 pori kulit tersumbat seterusnya boleh
menyebabkan jangkitan kulit dan jerawat. Sebab itulah amat penting,
kita perlu mencuci muka pagi & malam hari untuk membuangkan
kotoran dan lemak ini.
Jadi sekarang, kini kita pasti boleh agak jenis kulit yang kita miliki?
Dan kemudian memilih produk penjagaan kulit yang bersesuaian
untuk kulit kita.
Tetapi seandainya kita tersilap langkah memilih produk penjagaan kulit
yang tidak sesuai yang sebaliknya menyebabkan radangan kulit berlebihan seterusnya menyebabkan jangkitan kulit dan tumbuhnya jerawat...jangan risau...ada rawatannya ....salah satu cara rawatan ialah dengan rawatan Bedak Muntah Belut...Insyallah akan sembuh.
1 komen:
salam...
Info & penjelasan yg menarik.Thanks for sharing.
Post a Comment