Salam rakan2 ,
Tahun baru 1432 H dah pun tiba dan azam saya untuk
majukan diri dalam niaga cara online produk2 tradisional jualan
saya ni semakin mencabar tapi semakin menyeronokkan.
Sebenarnya, sebelum ni saya tidak berapa yakin dengan kekuatan
niaga online ni disebabkan banyak perkara antaranya :
1. Risau dengan keselamatan diri
2. Risau dengan keselamatan transaksi bayaran
3. Risau samada barangan yang dipos akan sampai
ke destinasi
4. Risau kerana tak berapa pandai niaga cara ber 'internet'
5. Risau takut permintaan produk tradisional jualan saya ni tak
diterima dan
6. Macam2 risau lagi....
Tapi setelah beberapa bulan menceburi niaga online ni ,
kerisauan saya tu ternyata tidak tepat sebab jika kita uruskan
niaga online kita dengan baik ,insyallah usaha kita akan berhasil.
Satu perkara penting yang saya pelajari ialah MESTI menjaga
hubungan baik dengan rakan2 blogger termasuklah pelanggan
serta bakal pelanggan dari segi :
1. Menjawab pertanyaan produk2 jualan sebaik boleh
2. Follow up bertanya kesan rawatan produk ni keatas diri mereka.
3. Bertanya samada bungkusan produk sudah diterima
4. Dan macam2 lagi...
Walaupun mungkin pada sesetengah , langkah2 ni remeh temeh
tapi pada saya, ini lah antara asas penting untuk majukan diri dalam
niaga cara online ni dan juga menjamin kekuatan perhubungan
dengan pelanggan serta bakal pelanggan.
Satu lagi saya nak nyatakan ialah jangan sesekali sombong atau
angkuh bila berurusan dengan rakan2 di web sebab hakikatnya
dunia siber ni sebenarnya Luas tapi Kecil.
'Luas' sebab urusan kita boleh menjangkau ke serata tempat
didunia fana ni dan 'Kecil' sebab kalau kita buat kesilapan walau
kecil sekali pun , dengan satu klik saja, pasti semua akan tahu.
Juga, JANGAN MALAS PROMOSI sebab ni lah langkah penting
untuk memperkenalkan diri sendiri serta produk jualan. Kalau
boleh, promosi hari2.....
Sehingga kini, saya banyak membuat blogwalking dan suka meneliti
cara2 blogger lain mempromosi blog masing2 dengan bermacam2
widget, template, banner, header dan lain2. Pada yang suka niaga
online pula, bermacam2 cara pula dilakukan untuk promosi produk
masing2.
Saya juga masuk forum dan membaca bermacam2 perbincangan.
Seronok juga sebab dapat belajar dan mengetahui macam2 perkara...
Dari sini, saya banyak pelajari cara2 niaga online ni untuk saya
ketengahkan pula jualan produk Bedak Muntah Belut serta
produk gamat jualan saya.
Saya amat berterima kasih kepada rakan2 blogger ni walaupun
pada hakikatnya saya cuma mengenali mereka ini melalui alam
siber saja dan tak pernah bersua muka pun tapi terasa macam
dah lama kenal.
Itu saja lah antara pendapat saya mengenai kekuatan niaga online
dan pada posting kali ini, saya ingin juga promosi sikit mengenai produk
jualan baru saya iaitu Bedak Benang Sila ( Berbau harum ) yang
sesuai untuk rawatan jeragat / bintik2 hitam dikulit.
Bedak Benang Sila ( Berbau harum ) ni digunakan secara kering tanpa
air. Cuma sapu saja di kulit muka, boleh pakai macam bedak biasa
sebab baunya harum.
Bedak Benang Sila ( Berbau
harum ) serta span
Saya juga ada menjual produk Bedak Benang Sila ( biasa )
tapi masih memberi khasiat rawatan sama.
Ini berbeza dengan rawatan Bedak Muntah Belut yang perlu dilarutkan
dulu dalam air tapi Bedak Muntah Belut ni mempunyai khasiatnya sendiri
untuk merawat penyakit kulit seperti jerawat, ruam, kayap,campak....
Satu nasihat, jangan lah kita lupa akan apajua produk2 tradisional
kerana produk2 ini lah dari dulu hingga sekarang mencerminkan
warisan kita dan mari lah kita kekalkan ni sampai bila2...
0 komen:
Post a Comment