Semasa merawat kulit bermasaalah terutama dibahagian wajah,
bagaimana cara untuk mengetahui samada penggunaan air gamat
sesuai atau tidak untuk dicampurkan dengan Bedak Muntah Belut.
Mula2 mari kita ungkap balik apa itu GAMAT atau SEA CUCUMBER ?
Gamat di darat
Gamat di dasar laut
Gamat adalah sejenis spesis laut yang kehidupannya didasar laut.
Sel2 gamat ini ada keistimewaannya tersendiri antaranya jika ianya
dipotong2 kecil, setiap potongan itu boleh tumbuh kembali
sebagai sel individu dan boleh sembuh dalam beberapa jam saja.
Dan bila gamat dibiarkan diudara pula, ianya akan meleleh2 dan
berlendir2 tapi ia tidak mati. Ianya akan hidup kembali bila dimasukkan
semula ke air laut.
Gamat mengandungi bermacam2 mineral ,vitamin serta nutriens tetapi
ianya tidak berkolestrol. Antara bahan2 terdapat pada gamat
ialah gula, lemak, vitamin, protein, zat besi, bermacam2 jenis asid , zink,
sulfat serta kalsium.
Antara kelebihan gamat pula ialah :
1. Cepatkan proses penyembuhan luka luar dan dalaman badan
2. Mengawal proses penuaan
3. Mengurangkan kedutan kulit
4. Membantu pertumbuhan tulang dan gigi
5. Mengurangkan kolestrol
6. Mengawal kandungan gula pada darah
7. Dan berbagai lagi khasiatnya
Tetapi walaupun dengan pelbagai khasiat dan kebaikan gamat ini,
adakah gamat ini sesuai untuk diri kita terutama untuk diet kita
serta penggunaan airnya ( air gamat ) untuk merawat kulit bermasaalah terutama dibahagian wajah kita .
Jika kita geli geliman melihat bentuk gamat yang berlendir2 dan
meleleh2 dipasaran semestinya kita tidak akan rasa sebegitu bila kita
melihat dan menggunakan airnya ( setelah gamat ini diproses ke bentuk air ).
Air Gamat
Sebelum ini, mungkin ramai yang tidak minat dengan air gamat disebabkan
dengan warnanya yang tidak menarik tambahan pula dengan baunya
yang meloyakan. Tetapi kini, air gamat telah di proses menjadikan
ia berwarna jernih atau sedikit kekuningan serta tidak berbau lagi.
Disini perlu kita tanya misalnya untuk rawatan kulit kita yang
bermasaalah, adakah perlu kita larutkan bedak muntah belut dengan
air gamat atau larutkan dengan air suam biasa saja.
Jawapannya bergantung kepada sensitiviti kulit kita sendiri.
Dengan ini, kita perlu peka dengan kesan2 awal semasa menggunakan
air gamat ini sebagai salah satu bahan larutan rawatan untuk kulit
kita yang bermasaalah.
Jika kita ingin juga menggunakan air gamat ini, apa perlu kita ketahui dan ikuti :
1. Mula2 sekali kita perlu mengetahui jenis kulit kita.
Adakah ia kering, berminyak, normal, sensitif ataupun adakah
ianya mempunyai kombinasi kesemua ini atau sebahagian darinya.
2. Bila kita sudah mengetahui jenis kulit kita, langkah seterusnya ialah
melarutkan sedikit air gamat bersama2 bedak muntah belut dan mula
sapukan larutan ini ke kawasan kulit bermasaalah misalnya jerawat.
Mulakan dengan hanya kawasan kecil saja dan perhatikan kesannya
untuk sehari dua.
3. Jika kita dapati kawasan yang dirawat itu mengelupas, jadi kemerah2an,
gatal2 berlebihan dan bertambah pula jumlah jerawat , kita perlu
hentikan segera penggunaan air gamat ini. Kemungkinan air gamat ini
tidak sesuai dengan keadaan kulit kita. Kemungkinan kulit kita terlalu
sensitif terhadap efek air gamat ini.
4. Sebagai langkah sampingan, apa yang perlu dibuat seterusnya ialah
hanya menggunakan air suam biasa saja untuk melarutkan bedak
muntah belut itu.
5. Seterusnya sapukan larutan bedak muntah belut / air suam ini ke
kawasan kulit bermasaalah sehingga sembuh masaalah kulit kita itu.
Ini lah cara paling mudah untuk mengesan samada penggunaan
air gamat sesuai atau tidak untuk rawatan kulit kita yang bermasaalah.
Kesimpulan disini bukan lah tujuan saya untuk mengatakan air
gamat tidak elok atau tidak sesuai untuk digunakan tetapi kemungkinan
penggunaan air gamat ini adakala sesuai untuk seseorang tetapi tidak
pula pada orang lain.
Jadi kita perlu membuat ujikaji mudah ini sendiri untuk menyakinkan
diri kita adakah sesuatu ubatan atau rawatan itu sesuai untuk diri kita.
Walaupun bedak muntah belut ini sememangnya telah lama dikenali
sebagai salah satu ubatan tradisional untk masaalah2 kulit tetapi
keberkesanan penggunaannya bergantung juga kepada caramana
kita guna - dengan air gamat atau tanpa air gamat ( hanya dengan air
suam biasa saja ).
1 komen:
haha, klu utk org cina, gamat dibuat sup gak, sedaaaaaappppppp! mknn yg pasti ade time tahun baru :)
Post a Comment