Tahukah anda selain Bedak Muntah Belut , ada juga bermacam2
jenis tanaman dan cara2 yang boleh digunakan untuk merawat
jerawat dan masaalah2 kulit lain.
Bagi tanaman2 ini, boleh digunakan terus dari daun , bunga ,
buah , batang mahupun dari akarnya seterusnya cuma dari lendirannya
saja setelah diperah dari bahagian2 tertentu dari tanaman tersebut.
Tanaman2 ini ada yang susah didapati dan ada yang senang
di cari . Ada juga kemungkinan ianya di tanam di pekarangan
kawasan rumah sendiri saja cuma kita tidak sedari mengenai khasiat
tanaman2 ini terutama dari nilai perubatannya.
Jadi disini saya akan mula kongsikan jenis2 tanaman dan cara2 yang boleh digunakan secara tradisional untuk merawat masaalah jerawat mahupun masaalah2 kulit lain.
Ada pelbagai tanaman2 yang boleh jadi pilihan. Kita cuma perlu
cari dan gunakan yang bersesuaian untuk merawat masaalah2 kulit
kita tu. Cara memprosesnya pun boleh dibuat sendiri.
Tapi kalau tidak mahu susah2 memprosesnya , boleh saja amal pakai
Bedak Muntah Belut dari DIARI ALYA , insyallah sembuh juga.
Belimbing Buluh
Nama saintifik : Averrhoa belimbi linn dan berasal
dari keluarga Oxalidaceae.
Nama lain : Belimbing asam , Cucumber tree.
Buahnya : Ada dua jenis iaitu buah berwarna kuning dan hijau dan
kedua-duanya rasa masam. Terdapat di bahagian batang pokok dan
juga pada dahan-dahan yang matang. Berbentuk kecil dan empat segi
panjang. Jarang dimakan secara segar kerana rasanya masam. Boleh digunakan dalam masakan antaranya sambal belacan. asam
pedas dan masak lemak kuning.
Khasiat perubatannya : Antaranya digunakan secara tradisional untuk melicinkan kulit muka dan mengatasi masaalah jerawat.
Caranya : Buah belimbing muda diparut, dicampur sedikit air
dan sedikit garam dan kemudian disapu atau ditempekkan
ke kawasan masaalah jerawat atau kawasan kulit muka.
Amalkan hingga sembuh masaalah jerawat.
Kemudian setelah masaalah jerawat sudah sembuh dan jika
terdapat bekas parut yang tidak mahu hilang, cuba gunakan putih
telur ayam kampung. Setiap kali hendak tidur, sapukan putih telur
tersebut pada parut tu. Lakukan secara terus-menerus. Insyallah
parut beransur hilang.
1 komen:
wowww...tips menarik psl belimbing buluh ni..leh try ni..kat umah ade pokok ni..sy suke jek mkn mcm tu..msam2..aduhaiii..kecho da ni..hahah :p
Post a Comment