Pada sesiapa yang ada masaalah jerawat ataupun pernah
alami masaalah berjerawat, tentu akan rasa geram
dengan masaalah ini.
Sambil2 mencari ubatan sesuai untuk menyembuhkan
masaalah jerawat, kadang2 kita ni suka untuk memicit
jerawat itu . Kenapa ye ? Mungkin sebab rasa gatal sangat ke
bahagian jerawat tu...
Mungkin juga ini sudah menjadi tabiat semulajadi manusia yang
geram melihat sesuatu perkara terjadi atas diri mereka
seterusnya cuba menggunakan cara mudah untuk menyelesaikan
masaalah itu seperti memicit jerawat walaupun ada cara semulajadi
untuk menyembuhkan jerawat dengan ubatan yang sesuai.
Tidak salah unutk kita memicit jerawat tapi biarlah dengan
cara yang betul supaya tidak mencederakan kulit dan mengakibat
masaalah lain seperti parut jerawat.
Tahukan anda jika tidak betul cara memicit jerawat,
akan mengakibatkan macam2 masaalah antaranya :
1. Jangkitan kuman dari kuku ke kulit yang akan
mengakibatkan tumbuhnya jerawat ditempat lain
2. Meninggalkan parut yang tidak cantik pada tempat
jerawat yang dipicit
Jadi bagaimana cara betul untuk memicit jerawat supaya
tidak tinggalkan parut yang ketara.
1. Mula2 perlu membasuh tangan supaya bersih. Gunakan
sabun dan bersihkan keseluruhan tangan serta bawah kuku
kerana kawasan kuku ini adakala mengandungi bakteria2
dan kotoran yang mungkin tidak kelihatan
2. Lepas tu basuh pula kawasan muka hingga bersih.
Boleh guna sabun pencuci muka untuk hilangkan kotoran dll
dari kawasan muka.
3. Gosok pelan2 bahagian jerawat tu untuk membuang kulit2
yang dah mati untuk menyenangkan kerja memicit jerawat
kemudiannya.
4. Jangan terus picit jerawat dengan gunakan jari tetapi
seelok2nya pakai lah sarung tangan ke, pelapik ke dll
untuk elakkan direct contact jari dengan kawasan jerawat tu
5. Cari bahagian atas jerawat. Ini selalunya dipanggil mata
jerawat.Picit pelan2 dibahagian tepi jerawat ini untuk keluarkan
isinya
6. Bila rasa sudah keluar isi jerawat tu, gunakan tisu bersih
untuk lapkan isi jerawat yang dah dikeluarkan itu. Kalau boleh
pastikan tidak sentuh jerawat tu secara terus kerana risau
akan mengakibatkan jangkitan atau tumbuhnya parut.
7. Kemudian jika ada, sapukan kawasan jerawat yang sudah
dipicit itu dengan ubatan ( contohnya Bedak Muntah Belut )
untuk mengecutkan jerawat itu dan seterusnya mengelakkan
ada parut.
Tapi kalau boleh jangan lah memicit jerawat tu. Sakit !!!!!
Gunakan ubatan sesuai untuk menghilangkan jerawat secara semula
jadi contohnya guna Bedak Muntah Belut...
2 komen:
sayalah tu...seronok. last2 dpt kesan.
betul ke boleh hilangkan parut ?
Post a Comment