Saya baca satu artikle menarik mengenai satu lagi cara
merawat serta mencegah masaalah kulit seperti jerawat.
Persoalan disini adakah kita setuju atau tidak dengan cara ini
dan juga adakah kita berani mengamal caranya.
Caranya ialah dengan menggunakan air kencing sendiri untuk
merawat dan mencegah jerawat. Aneh kan !!!
Kalau kita pernah menonton rancangan2 TV yang memaparkan
keadaan terdesak seseorang itu akibat tertimbus dan terperangkap
berhari2 dibawah runtuhan bangunan misalnya, satu cara untuk survive
adalah dengan meminum air kencing sendiri untuk elakkan diri dari
kekurangan air dalam badan. Ini bukannya persoalan jijik tetapi adalah persoalan HIDUP atau MATI.
Tapi menggunakan air kencing untuk merawat jerawat. Ini lain
pula ! Kemungkinan ada yang pernah membaca mengenainya serta
pernah pula mencubanya dan kemungkinan juga ada yang pertama
kali tahu perihal ini dan kalau sudah tahu pun, masih tidak sanggup
untuk mengamalnya diatas sebab2 tersendiri.
Jadi kita pun nak tahu juga apa sebenarnya khasiat dan kelebihannya air
kencing ini sehingga menjadi pilihan segelintir manusia yang sanggup
menggunakannya untuk merawat dan menyembuhkan jerawat masing2.
Dan jika benar pun, persoalan disini adakah cara ini benar2 mujarab untuk merawat jerawat dan juga mencegah tumbuhnya jerawat .
Mengikut kajian, cara menggunakan air kencing untuk rawatan dikenali
sebagai urotheraphy. Air kencing dikategorikan sebagai tiada kandungan
racun dan dengan adanya bahan kimia yang ideal didalamnya, air
kencing dianggap sesuai untuk merawat masaalah kulit contohnya jerawat.
Malah dengan ini, sudah ada beberapa negara membuat kajian mengenainya dan berjaya mengeluarkan produk2 kosmetik dan rawatan kulit berasakan air
kencing ini yang dikenali sebagai urea dan bahan ini kini terdapat pada produk2 seperti krim muka. Kebanyakan produk2 ini digunakan secara
sapuan ke kulit muka.
Tetapi dari kajian itu juga, ada yang lebih berani lagi iaitu dengan cara
membasuh kulit muka terus dengan air kencing . Selepas
dibasuh dengan air kencing, memang mula2 jerawat keluar dengan banyaknya.
Lama kelamaan , jerawat itu akan mula mengecut dan sembuh. Kemudian jika adapun jerawat tumbuh kembali, hanya yang kecil2 saja dan tidak banyak. Air kencing pula yang baik kualitinya adalah yang dikeluarkan
diawal pagi selepas bangun dari tidur.
Jadi persoalan disini, sanggupkah kita mengamal cara ini ?
Tetapi air kencing ini kesemuanya ciptaan tuhan juga dan jika difikirkan ,
mesti ada rahsia khasiatnya cuma kita sebagai manusia perlu membuat
kajian teliti mengenainya.
Mengikut kajian itu juga, air kencing bukan saja sesuai untuk rawatan
masaalah kulit seperti jerawat tetapi juga sesuai untuk rawatan2 lain
antaranya:
- merawat sakit mata ( cara titisan ke mata )
- menurunkan penyakit darah tinggi dan kolestrol ( cara minum )
- sembuhkan penyakit asma ( cara minum, boleh dicampur dengan teh )
Ada satu hadis mengatakan Allah tidak menjadikan kesembuhan seseorang pada barang yang diharamkan atasmu". (H.R. Bukhari).
Walaupun air kencing ini kini dianggap sebagai alternatif untuk ubatan masaalah kulit dan lain2 penyakit seperti disebut diatas tetapi air kencing ini masih dikategorikan sebagai najis kecil dan perlulah dibasuh dulu sebelum
beribadat seperti sembahyang, baca alquran dll....
Jadi selepas baca artikle saya ni, terpulanglah kepada blogger kalian
samada mahu menggunakan air kencing untuk rawatan masaalah
kulit contohnya jerawat .
Saya tidak mahu syorkan dan juga tidak mahu larangkan. Tetapi jika
rasa geli dan jijik, sentiasa boleh lah mencuba amal pakai Bedak Muntah
Belut untuk rawatan jerawat, insyallah sembuh juga.
2 komen:
betol ker??? air kencing boleh merawat jerawat??
apa hukumnya?
Post a Comment